CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5232|Reply: 80

[Tempatan] Parti Ajaran Setan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam

 Close [Copy link]
Post time 27-5-2017 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Kumpulan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam
Predeep Nambiar | May 26, 2017
Kira-kira 50 orang berkumpul di luar masjid di Jalan Macalister sambil melontarkan pelbagai panggilan terhadap ketua menteri Pulau Pinang.
VIDEO INSIDE


GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah apa yang didakwanya campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam urusan fatwa, sambil berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.
Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Lim mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu masuk Islam.

“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.

“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” katanya disambut pelbagai sorakan mencemuh Guan Eng oleh kira-kira 50 orang di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister di sini.

“Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam,” katanya.

Mereka yang hadir turut mengangkat sepanduk mengutuk Lim dan ahli tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man.

“Kamu bakar mercun, ada kami kacau. Pasal apa kacau agama kami?” soalnya.

Mereka turut menyeru Salleh berpindah kedudukan kerusinya dalam DUN Pulau Pinang ke bahagian pembangkang bersama Adun BN, memandangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.



Tuduhan kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa pertama kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.

Tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri.

Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.

Perhimpunan hari ini juga kecoh seketika apabila pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu.

Saksi berkata beliau ditampar.

Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya “lembu dan barua DAP”.

Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.

Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.

“Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi,” katanya.

https://youtu.be/a-2uZ-SFvxM
[youtube]a-2uZ-SFvxM[/youtube]

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/26/kumpulan-mahu-guan-eng-dilarang-berbuka-puasa-kecuali-masuk-islam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Taliban. What do u expect
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullahalazim

Inikah akhlak umat Islam??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm. Seriously??? X blh guna cara yg lebih diplomatik?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:47 AM | Show all posts
hahahahaha
sendiri perangai cam ungka yang membuka peluang pembenci islam bertambah benci
puak munafik penunggang agama je ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Betoi la tu..nak berbuka posa mesti la kena posa..kalau tak posa mcm mana nak buka posa..budak tadika pun tahu mcm ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa boleh nafikan bahawa pas ni berkenderong talibanism? terrorist yg belum angkat senjata saja?

mereka ni sampah utk malaysia yg berbilang kaum, budaya dan agama
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:07 PM | Show all posts
apa jadah mcm ni????? penunggang betol!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 12:07 PM | Show all posts
apa jadah mcm ni????? penunggang betol!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:11 PM | Show all posts
kat Thailand rilek ja orang kapir join majlis buka posa.

siap duduk celah2 orang tahlil lagi.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang punya org! Org2 cam kau ni lh buat buruk imej agama sendiri. Padahal pemimpin2 kaper negara lain aman2 jah buat majlis berbuka puasa dengan penganut islam demi meraikan  remdan. Pas dan teroris berpisah teda. Cc @whitemagic @sabbath_shalom @namirulmukminin selaku lobai tegar teroris
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:29 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 27-5-2017 12:27 PM
Bangang punya org! Org2 cam kau ni lh buat buruk imej agama sendiri. Padahal pemimpin2 kaper negara  ...

aman aman je pemimpin mca dan mic berbuka puasa

ahli parlimen mic hulu selangor banyak kali je buka puasa dengan penduduk
sahur pun dia join sekali

orang tak marah pun

sebab apa

sebab dia tak anti islam


lim guan eng tu orang marah

sebab dia tu anti islam
lepas tu nak berbuka puasa dengan orang islam
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:33 PM | Show all posts
Betul2 buat malu
main tampar tampar pula tu
tiada apa yang Islam tentang perbuatan dan tindaktanduk  mereka
ini semua personal agenda..
menunggang agama untuk politik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:36 PM | Show all posts
whitemagic replied at 27-5-2017 12:29 PM
aman aman je pemimpin mca dan mic berbuka puasa

ahli parlimen mic hulu selangor banyak kali je  ...

LGE anti islam?
or mereka2 diatas yang anti LGE?


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 27-5-2017 12:29 PM
aman aman je pemimpin mca dan mic berbuka puasa

ahli parlimen mic hulu selangor banyak kali je  ...

Bukti dia anti islam ada ke?? Ke kau nak menghina TYT pulau pinang lagi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pulauturtle at 27-5-2017 12:38 PM
whitemagic replied at 27-5-2017 12:29 PM
aman aman je pemimpin mca dan mic berbuka puasa

ahli parlimen mic hulu selangor banyak kali je  ...


tak puas dgn LGE? pi tampar dia la sohai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 12:40 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 27-5-2017 12:36 PM
Bukti dia anti islam ada ke?? Ke kau nak menghina TYT pulau pinang lagi ni?

http://cetusankenyalang.blogspot ... ak-sebenar-lim.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:41 PM | Show all posts
permainan politik lagik?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 27-5-2017 12:40 PM
http://cetusankenyalang.blogspot.my/2012/04/anti-islam-serlahkan-watak-sebenar-lim.html

Lawak hambar karya cacai bengong.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 12:54 PM | Show all posts
puak2 serban longgaq ni carik makan jadi barua penyamun. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079679 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list