CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3767|Reply: 22

[Tempatan] Video: Pelancong China sakan tayang duit dalam bas di tanah Malaya.

[Copy link]
Post time 27-5-2017 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-5-2017 12:09 PM

Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas
Published on May 27, 2017 in Gaya Hidup/Utama & Sensasi


https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=awJJ0US-psc




KUALA LUMPUR - Insiden pelik itu dilaporkan berlaku semasa mereka menaiki sebuah bas persiaran baru-baru ini sehingga rakaman video aksi tersebut menjadi tular menerusi media sosial.

Ia memaparkan sekumpulan pelancong China dengan angkuh menggenggam beberapa ikatan mata wang ringgit Malaysia dan ini sekali gus menimbulkan tanda tanya.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang wanita yang memakai cheong sam warna putih dan topi kuning merakam video yang berdurasi selama 59 saat di dalam sebuah bas.

Dia turut bercakap kepada penumpang kenderaan tersebut, dipercayai pelancong dalam bahasa Mandarin.

Kemudian, seorang penumpang lelaki menunjukkan segenggam wang RM50 yang diikat menggunakan getah kepada kamera wanita itu sebelum aksinya itu ditiru pula oleh penumpang-penumpang lain.

Dalam pada itu, satu lagi rakaman video yang berdurasi 10 saat pula menunjukkan sebuah bilik dipenuhi dengan wang RM50 dan RM100 yang dikeluarkan daripada beberapa kotak.

Dipercayai terdapat tiga individu termasuk lelaki yang merakam video tersebut berada di bilik berkenaan untuk menyusun semua wang itu.

Menurut seorang pengguna Facebook, Zaidi Saad, dia membuat terjemahan perbualan lelaki dalam rakaman video berkenaan menurut pemahaman bahasa Mandarin yang dipelajarinya.

“Esok dan lusa kami sekeluarga dari China akan pergi ke Malaysia untuk membeli emas. Tengoklah, inilah perbelanjaan kami,” tulisnya.

Kata Zaidi, tidak dinyatakan sama ada wang tersebut adalah duit palsu dan dia meminta netizen agar mengelakkan diri daripada berprasangka buruk yang boleh mengundang fitnah.

Menerusi komen, ada netizen yang berpendapat kumpulan pelancong itu menyertai skim cepat kaya dan sengaja menayangkan kemewahan mereka untuk mengajak orang ramai menyertai skim tersebut.

Ada netizen juga menganggap wang tersebut bukanlah wang palsu tetapi hasil daripada penyertaan mereka dalam satu skim cepat kaya.

“Ini bukan duit palsu… Tapi hasil profit share dari skim yang depa join..member bagitau MFace.. Selalu investor2 dari Taiwan, China dan Singapore turun sini,” tulis Izaad Shahril Ali.

Malah, ada juga netizen menganggap perkongsian video tersebut yang menjadi tular kini boleh mengancam keselamatan pelancong dari China itu.

Bagaimanapun, netizen mahukan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung video tersebut kerana bimbang wang tersebut adalah palsu.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan jumlah pelancong China yang menjadi mangsa rompakan ketika berada di Malaysia semakin meningkat terutama dalam tempoh empat bulan terakhir ini.

Menurut perangkaan dikeluarkan pejabat kedutaan China di Kuala Lumpur, sekurang- kurangnya 90 kes rompakan setiap bulan membabitkan pelancong China dilaporkan sepanjang empat bulan terakhir ini.

Ia dipercayai berjaya dilakukan oleh ahli sindiket yang berasal dari rantau Amerika Selatan.


http://www.mynewshub.cc/utama-sensas...iit-dalam-bas/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 08:28 PM | Show all posts
Tak kisah la. Asal jangan berak merata rata sudah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:35 PM | Show all posts
akak setuju dengan sister trakea. asal jangan berak kencing merata-rata sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:57 PM | Show all posts
duit banyak, minda pprt jua..


berak sepah2..cakap mesti kuat2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
..dengan kata lain, ummah PRC kuminis mencebik para Mulayu sunni semua dengan mesej tersirat: "Tengok, duit kami menimbun, kami boleh beli aja kalian semua, negara kamu pun boleh kami pajak dgn duit kami"....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Cina2 ni botak....kesan radiasi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada duit sengaja plak ditayang2, mmg mengundang perompak la
Cemana nak kesian
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 sami ke ni?nampak mcm ada yang berpakaian sami je hasil derma ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2017 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya. Sbb di China mmg byk dorang gunakan duit palsu. berhati2. duit palsu seakan sama dgn duit  betol. Ramai dah kene tipu lg2 pelancong. Money changer yg bsepah2 kat tepi jln tu tolonglah jgn tukar duit kt dorang. Dia selit2nya antara duit palsu n duit betol. Naik teksi pon bole terkena, kita byr duit betol, dia ckp duit palsu. Pdhal dia cepat2 tukar yg palsu.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 28-5-2017 06:02 AM
Kenapa Cina2 ni botak....kesan radiasi ke?


Kalau uol ingat lagi, dulu ada iklan dan billboard yg mewar2kan the future richest man in the world Mr Zhang Jian. Pihak berkuasa percaya dia wujudkan skim baru iaitu pengeluaran dan penjualan sejenis coin iaitu wu xin bi. Mungkin mcm bitcoin kot.

Pembantu2 Zhang ni sama ada  botak atau rambut kaler kuning. Yg dlm bas tu katanya datang meeting di Malaysia dan diberi ganjaran tunai oleh Zhang kalau peserta meeting tu cukur botak atau berambut kuning. Pembantu2 ni dakwa boleh buat duit berkepuk melalui penjualan coin tu.

Apparently, Zhang ni wanted di China, Malaysia dan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 27-5-2017 08:35 PM
akak setuju dengan sister trakea. asal jangan berak kencing merata-rata sudah.

hang pukui anak sindir menantu pada oren dgn nokiaman ka tuh?  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 09:10 AM | Show all posts
kakiselit replied at 28-5-2017 09:01 AM
hang pukui anak sindir menantu pada oren dgn nokiaman ka tuh?

alah engkau sister. dah takdak modal lettewww.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 09:23 AM | Show all posts
Ni dia billboard

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-5-2017 08:12 AM
Kalau uol ingat lagi, dulu ada iklan dan billboard yg mewar2kan the future richest man in the wo ...

Dia banyak tipu org PRC ke....harap org Malaysia tak tertipu la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 28-5-2017 09:23 AM
Ni dia billboard

Dekat sana mmg byk MLM dan Scam juga yer
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 10:48 AM | Show all posts
kakiselit replied at 28-5-2017 09:01 AM
hang pukui anak sindir menantu pada oren dgn nokiaman ka tuh?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
hai si miskin bila mau kaya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 11:06 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 28-5-2017 06:02 AM
Kenapa Cina2 ni botak....kesan radiasi ke?
Credit to @cmf_almondpecan  FC jumpa artikel ni :

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/12/bald-facts-of-becoming-an-aide-to-future-richest-man/

CHINESE national Zhang Jian – the self-proclaimed “future richest man in the world” – is said to have set up another multi-level marketing company, reported China Press.

This time, Zhang was said to be promoting a coin called Wu Xin Bi, which he claimed had investment value.

He was also said to have hired a group of women to be his assistants to promote the new “business”.

However, to be his assistant and to build up an image, the woman is required to shave her hair.

A man, who claimed to be Zhang’s “assistant”, posted on social media recently that the assistants could earn between 3,000 yuan and 30,000 yuan (RM1,925 to RM19,251) a month.

According to one of Zhang’s “assistants”, they only needed to promote the investment to their friends through social media.

A police station in Shaanxi province, China, warned the public not to fall into the Wu Xin Bi trap.

The whereabouts of Zhang, who was last reported to be in Thailand, is still unknown.

Bukit Aman Commercial Crime Investigation Department (CCID) (Intelligence and Operations) deputy director Senior Asst Comm Roslan Abd Wahid said police had yet to receive any report on the Wu Xin Bi. He, however, said the police were paying close attention to Zhang’s activities.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga2 leluhur jinjang ini dirompak berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-5-2017 08:07 PM
Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam BasPublished on May 27, 2017  in Gaya Hidup/Utama & Sensasi
...

ni bukan Mface, tapi money game under Zhang Jian, yg suatu kala ialah boss kpd Monspace...semuanya money game yg berisiko tinggi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.112819 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list