CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3743|Reply: 45

[Tempatan] Akulah Tohan, sembahlah aku' kejutkan jemaah.

[Copy link]
Post time 29-5-2017 06:44 AM | Show all posts |Read mode
'Akulah Tuhan, sembahlah aku' kejutkan jemaah
HIDAYAH HAIROM & NORANIZA JAAFAR
28 MEI 2017








Kejadian berlaku di Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul.

KUALA LUMPUR - "Akulah Tuhan, sembahlah aku" kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Laungan itu diikuti dengan kata-kata "ha bagus, sembah lagi" ketika jemaah sedang rukuk dan sujud.

Meskipun terganggu dengan situasi mengejutkan itu ia bagaimanapun tidak menjejaskan solat yang masuk pada rakaat ketiga setelah imam menguatkan suara.

Salah seorang jemaah, Mohd Ali Oshman, 52, yang berada di saf ketiga ketika kejadian berkata, dia terkejut dan terganggu dengan insiden itu.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai tidak bersama dalam saf solat namun tiba-tiba masuk ke ruang solat utama mengadap jemaah sambil melaungkan kata-kata itu.

"Imam menguatkan bacaan takbir 'Allahhuakhbar' bagi meredakan situasi sebelum beberapa kakitangan dapur masjid datang membawa keluar lelaki itu,"katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Syabandi Saarani, 40, berkata, ketika insiden itu dia sedang mengambil wuduk.

"Saya dengar kekecohan itu dan bunyi bising ketika ada pihak yang membawa lelaki itu keluar dari dalam ruang solat,"katanya.

Sementara itu, Bilal masjid, Reza Iskandar, yang mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun menasihati jemaah agar tidak bimbang dengan keadaan itu kerana dalam keadaan terkawal.

Ujarnya, insiden itu merupakan kejadian ketiga pada tahun ini melibatkan individu sama di mana lelaki berkenaan juga pernah mengaku diri sebagai dajjal.

"Lelaki berusia 30-an itu merupakan kariah tetap masjid dan mempunyai masalah kesihatan mental dan bergantung dengan ubat. Dia dalam keadaan berhalusinasi dan tidak sedar apa yang dia buat.

"Sebelum ini ada laporan polis telah dibuat. Namun untuk hari ini pihak masjid telah uruskannya. Tiada sebarang keganasan berlaku dan semuanya terkawal.

"Lelaki ini dikenali dengan perwatakan yang baik dan merupakan jemaah tetap pada setiap solat fardu di masjid ini," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...emaah-1.681479


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2017 06:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 06:52 AM | Show all posts
dajjal dah .. tuhan pun dah.. lepas ni dia ngaku apa pulak? jesus?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian muda2 lg dah gila. Nasib baik dia diknali sbg seorg yg baik n jmaah ttap masjid tu. Klu x, msti aku teka heol mndadah. Tp sblm2 ni mnalah tau kot2 heol prnah mnddah smpai jd gila. Hrp2 nya bkn sbb ddah, mgkin prnah stress mlampau ataupun mmg ada ktrunan gila.

Fmily kna pastikn heol mkn ubat tepat pd masa n klau blh elakkn lah heol kluar sndiri, bkal mnakutkn n mgkin mmbhayakan org lain suatu hari nti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi dah jadi tuhan.

Tak kena penampar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecian orang macam ni ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2017 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong ke tuu hahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 08:00 AM | Show all posts
Set2 kuat agama neh selalu sewel yea?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia lupa makan ubat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 08:34 AM | Show all posts
org mcmtu tak usah dibiarkan, jap lagi dia bunuh org tau la
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 08:36 AM | Show all posts
muda lagi dah jadi gitu...belajar tak abih ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 08:39 AM | Show all posts
budak kurang 10sen...ini pun nak dijadikan berita??
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 08:39 AM | Show all posts
Kesian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 08:46 AM | Show all posts
gila isim kot...gila isism ni kalau belajar agama mendalam sgt sampai tak leh bawak leh jadi gila isim la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 09:03 AM | Show all posts
fami;y dia kena bwak berubat btl2 ni.. risau jd pkra x diingini nt
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 09:10 AM | Show all posts
Macam-macam gila orang sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu lah akibat nya terlebih berugama, tazkirah siang malam ujung2 jadi.gila.jah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 09:17 AM | Show all posts
mental dari kcil or bru je mental?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm tempat i belajar agama sampai jadi mental..ajaran sesat kot..kesian anak bini jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 10:34 AM | Show all posts
Macam macam orang gila ada. Ada yang ngaku tohan, ada ngaku anak tohan, ada yang ngaku utosan tohan ada ngaku kekaseh tohan, ngaku dajal dsb. Yang menghairankan lagi adalah ada joga orang yang porcaya kat depa tu. Tak tahu-lah siapa yang lobih gila sa-bener-nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.112604 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list