CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5636|Reply: 6

Sumpahan Anak Yatim Mitos Ban Pecah, Tanjung Piandang

  [Copy link]
Post time 29-5-2017 09:43 AM | Show all posts |Read mode




Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang ini merupakan salah satu destinasi popular bagi kaki pancing dan juga lokasi menarik jurugambar perkahwinan kerana pemandangan laut yang sangat cantik terutamanya sewaktu matahari terbenam. Tahukah anda lokasi yang menjadi pilihan keluarga bersantai pada hujung minggu ini rupa-rupanya mempunyai sejarah yang tersendiri.




Pantai unik ini menerima ramai pengunjung hampir setiap hari. Menurut penduduk tempatan, kawasan tersebut merupakan kawasan penanaman sawah padi yang subur pada sekitar tahun 1960-an. Hasil carian penulis orangperak.com telah menemukan cerita berikut di laman forum cari.com.my. Jom kita baca kisah di sebaliknya.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.

Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit. “Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah ‘lautan sawah’ padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.”

“Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya. Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik,” ujar Masjuri.

Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi. Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.

“Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar. Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, ‘Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya’. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.”

“Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas. Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang,” ujarnya.

Perkara itu diakui oleh seorang lagi penghuni kampung itu, Ahmad Mukri, 72. “Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.”

Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut. “Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai. Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu,” katanya.

Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza. Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.

“Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,”katanya.

Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.

Apapun cerita disebaliknya, marilah kita ke Ban Pecah di Tanjung Piandang ini yang dikatakan syurga pemancing dan juga lokasi penggemar makanan laut. Moh kiter..!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice story..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 12:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 01:22 PM | Show all posts
bila blaku bencana, jgn lupa ade kaitannya dgn org yg teraniaya; selain kuasa Allah jua
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya tiada hijab dari-Nya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa jadi pd bapa sedara yang tamak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana dengan pemilik tanah ni,kalau yang masih ada geran tanah masihkah laut ini dikira sebagai hak milik mereka juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.341613 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list