CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2263|Reply: 2

[Jenayah] Sultan Selangor SANGAT MURKA Sivarasa guna masjid untuk berpolitik

[Copy link]
Post time 31-5-2017 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Sultan Selangor sangat murka Sivarasa guna masjid untuk berpolitik


Sivarasa menyampaikan ucapan di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang.-Foto/Media sosial
SITI ROHAIZAH ZAINAL
30 Mei 2017 9:27 PM

KLANG 30 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, baginda telah bertitah kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani supaya mengarahkan JAIS mengmbil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut.

Menurut beliau, rasa teramat murka Tuanku itu juga dizahirkan sebanyak dua kali secara peribadi kepadanya.

"Kita telah memanggil nazir berkenaan pada Jumaat lalu untuk menjelaskan berhubung kejadian tersebut dan telah menyembahkan laporan tersebut kepada baginda pada Isnin(semalam). Bagaimanapun, setelah membaca laporan ini, baginda menzahirkan rasa teramat murka dan pada Tuanku, Sivarasa tidak menghormati titahnya bahawa ahli politik tidak dibenarkan menyampaikan atau mengambil kesempatan dalam ruangan solat.

"Oleh itu, kita akan memanggil lagi sekali nazir berkenaan selewat-lewatnya minggu ini untuk diberikan surat tunjuk sebab mengapa membiarkan Sivarasa berucap dalam institusi masjid.

"Mereka harus ingat bahawa nazir yang tidak menghormati titah Tuanku boleh diambil tindakan sama ada diberi amaran, digantung atau dipecat mengikut Peraturan Kawal Selia Masjid Selangor," katanya kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar Klang di sini malam ini.



Semalam, Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa ketika berucap semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam semalam menegaskan pihaknya memandang serius isu pengunaan masjid dijadikan sebagai pentas untuk meraih sokongan politik.

Beliau membacakan ucapan tersebut di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada masa sama, Mohamad Adzib turut merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu untuk menyampaikan sumbangan yang mana ia dianggapnya bukan satu tindakan yang sesuai kerana larangan penggunan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik telah dikuatkuasakan di Selangor.

Malah, beliau turut meminta JAIS mengambil langkah yang sewajarnya mengenai perkara itu.



Dalam pada itu, menjelaskan berhubung laporan tersebut, Haris menjelaskan bahawa penganjur tidak mengetahui langsung berhubung kehadiran Sivarasa dalam aturcara program sumbangan moreh anjuran penyelaras Dewan Undangan Negeri itu.

"Nazir berkenaan sebenarnya berhak menghalang Sivarasa untuk berucap tetapi sebaliknya memberi peluang kepada beliau berucap. Tindakan itu menjadi satu kesalahan.

"Setakat ini, kita telah menghantar surat kepada semua ahli politik supaya menghormati titah Tuanku supaya tidak dibenarkan berpolitik dalam masjid," jelasnya.-UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/politik/sultan-selangor-sangat-murka-sivarasa-guna-masjid-untuk-berpolitik-1.487775
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2017 07:29 AM | Show all posts
haha..tuanku siap sebut nama sivarasa sebijik2...padan muka

ada yang nak bantah titah tuanku???

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kafir cemarkan masjid pun tak jadi hal , janji bukan umno lobai yg jadi musuh utama akhir zaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.226480 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list