CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 0

Kefasikan dan kemunafikan Pas Pis Pus

[Copy link]
Post time 1-6-2017 05:12 AM | Show all posts |Read mode
Ustaz Ahmad Awang
24 May at 10:04 ·



Sehingga hari ini sudah 13 buah masjid yang telah memberhentikan saya daripada memberikan kuliah. Ada masjid yang sudah 30 tahun saya sampaikan kuliah. Masjid ini bermula daripada sebuah surau dan kita bangunkan bersama sehingga di naiktaraf menjadi sebuah masjid. Ada juga masjid yang telah 10 tahun memanggil saya memberi kuliah turut memberhentikan tanpa sebarang notis.

Saya merasakan ini adalah disebabkan penyertaan saya bersama dengan Parti Amanah. Wujudnya sesetengah golongan yang merasakan apabila seseorang itu bertukar wadah siyasah seolah-olah menukarkan akidah. Tidak mengapa jika kuliah saya diberhentikan secara serta-merta, namun jika disebabkan kerana Parti yang saya sertai sekarang ia seharusnya menjadi muhasabah semula adakah itu tindakan yang tepat.

Walau apa yang telah berlaku, segala kerja agama ini harus diteruskan sehinggalah saat Allah mengambil nyawa. Supaya di akhirat kelak apabila ditanya apa kerja agama yang telah dibuat. Kita mempunyai jawapan yang kukuh untuk dijawab dihadapan Allah.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩)

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" (Al-imran: 139)

https://www.facebook.com/ahmad.a ... ts/1744510272507694



alahai parti ajaran setan nie......... semakin lama, semakin nyata kesetanan mereka  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.370539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list