CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34555|Reply: 254

Ramai puji chemad, anak farid kamil pandai berlakon

[Copy link]
Post time 1-6-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Aksi bersahaja anak pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle iaitu Muhammad dalam iklan kempen kebersihan produk Lifebouy mencuri perhatian penonton.

Ramai memuji kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang dilihat mempunyai bakat semula jadi dalam bidang lakonan malah ada menjangkakan Muhammad atau lebih mesra dengan sapaan Chemad akan mengikut jejak langkah seperti bapanya.

Farid sendiri terkejut apabila menonton iklan tersebut kerana langsung tidak menyangka aksi dan lakonan Chemad bersahaja walaupun itu adalah pengalaman pertamanya.

“Jujurnya saya gementar kerana bimbang projek itu tidak sempurna sekiranya Chemad gagal memberikan persembahan baik untuk kempen itu.

Farid mahu Chemad menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

“Tetapi selepas menonton sendiri hasil akhir iklan itu saya lega dan tidak menyangka anak saya sebenarnya mempunyai bakat dalam lakonan dan tertanya-tanya juga dari mana dia belajar berlakon!

“Bukan saya tidak yakin dengan Chemad cuma apabila di set penggambaran saya tak rasa dia memberi seperti mana ditonton dalam iklan,” katanya.

Farid ditemui pada pelancaran iklan itu yang diadakan di KL Sentral di sini, Rabu.

Kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini adalah kerjasama di antara Lifebouy dan Media Prima dalam memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan.

Melihat kepada kecenderungan Chemad dalam bidang seni, Farid mengakui anaknya itu sering memberitahu ingin menjadi sepertinya.

Pun begitu kata Farid, pada peringkat ini dia tidak merasakan anaknya itu benar-benar ingin bergelar pelakon sebaliknya hanya terbawa-bawa dengan apa dilihatnya.

“Dia selalu cakap hendak jadi macam Baba (panggilan Chemad kepada Farid) tetapi dia tidak tahu apa maknanya menjadi seperti saya.

“Chemad cakap begitu kerana apa yang dia nampak dan saya tak rasa dia hendak menjadi pelakon namun sebagai ibu-bapa itulah tanggungjawab saya dalam mencorakkan kehidupannya,” katanya.

Farid juga memberitahu dia mahu Chemad menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain namun tidak menolak sekiranya ada tawaran yang tidak menggangu aktiviti hariannya.

“Saya tidak berhasrat untuk membentuknya sebagai pelakon tetapi ingin menekankan aspek pembelajaran.

“Perkara utama yang saya terapkan dalam hidupnya kini adalah ilmu agama dan sekarang pun antara aktiviti harian dia adalah pergi ke kelas mengaji dan kelas bola sepak.

“Tapi kalau ada tawaran yang tidak menganggu jadualnya saya akan pertimbangkan,” ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2017 09:49 AM | Show all posts
hensem gak anak diorang ni
dah besar sok bleh la adik ni kapel dgn ecah sbb sama2 muka kokesen
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 09:56 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 1-6-2017 09:49 AM
hensem gak anak diorang ni
dah besar sok bleh la adik ni kapel dgn ecah sbb sama2 muka kokesen

kalau meols jadik DD maafin yach meols tak berminat nak berbesan dgn cheta rso
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 1-6-2017 10:00 AM

meols dengan ini mengisytiharkan #MadEsah yachhh....mohon tular di tahun 2040 nnt... time tu harus meols acik acik.kertu wangi yg sakan menghestek #MadEsah utk drama astro yach!

MuhammadXAaisyah

#MadEsah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
habis la chemad couple dgn ecah.mil tu taste tinggi hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:14 AM | Show all posts
fotostat sgt muka maknya DD..comel

sejukkk kata org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem bdknya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem chemad ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2017 10:23 AM | Show all posts
ni kan bideo nya?

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mana iklannya.. tepekla sini nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:44 AM | Show all posts
kahkahkahkah

komfem awal sentap
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti leh jadi model calculator..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-6-2017 09:59 AM
meols dengan ini mengisytiharkan #MadEsah yachhh....mohon tular di tahun 2040 nnt... time tu harus m ...

Hepp iols dh tempah utk ship kan Che Mad X Gia Quinn yach..
#CHEMADGAYA

baru sekufu yach jd bintang utama "Anak-Anak Kalkulator".

sesambil boleh himpunkan sekali anak2 kalkulator yg lain.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:01 AM | Show all posts
hensem che mad ni...terpaksa meols berzikir untuk tidak menjadi pedo

#madpaku



tibahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:05 AM | Show all posts
kekecik dah nampak hensemnya. belum besar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:05 AM | Show all posts
comelnya chemad ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2017 11:05 AM | Show all posts
hahahahah!macam2 la korg ni..xmemasal da kena ship dr kecik lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:13 AM | Show all posts
Comelnya Chemad, sebijik muka DD. Dah besar nanti, confirm hensem
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:16 AM | Show all posts
jgn la di match kan ngn ecah...risau la dh la mak mer demand tinggi

iols tgk family dd ni simple2 je..xde la beriya duk show off brg designer

penah tgk rancangan apa nth dd pakai beg guess je

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 11:18 AM | Show all posts
bentuk kepala tu smua cam bapaknye.. tapi air muka mak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.467410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list