CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Penuntut UPNM mati didera, dipercayai didera rakan dengan seterika wap. #399: Ma

   Close [Copy link]
Post time 2-6-2017 02:41 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun
al-fatihah buat mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 02:44 PM | Show all posts
geram nya baca berita gini...humban ja pelaku ke tgh laut biaq di makan oleh jawss
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 02:44 PM | Show all posts
dh masuk universiti pon otak pprt lg keje nk mmbuli org, di harap smpi dapat pembuli tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 02:48 PM | Show all posts
dah msk universiti kot
patut benda mcm ni x jd
hr tu kes mrms parit
ni UPNM plk
apa pun takziah buat family arwah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 02:48 PM | Show all posts
Tengok gambar dia kesiannye la haiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 02:56 PM | Show all posts
Mohon lepas dah tangkap yang membuli tu, tekap seterika tu kat vontot dia sampai lunyai!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyedihkan, dah jadi pelajar  universiti tapi ada  lagi yg mentaliti tak mencerminkan tahap pendidikan.  Buang masa je belajar tinggi2 if mcmtu :
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:00 PM | Show all posts
ifanonline replied at 2-6-2017 01:27 PM
ramai anak2 askar tak menjadi...sama dgn anak polis

apa kena mengena ni...

kat UPNM tu bukan anak2 askar n polis aje....huhuhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 03:00 PM | Show all posts
yg suka membuli kat uni ni jenis set2 budak kampong yg tak pernah merasa masuk boarding school
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:02 PM | Show all posts

innalillahiwainnailaihirojiun..
takziah pd keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:02 PM | Show all posts
Sampai tekap dengan seterika. Gila ke apa. Bulan puasa pun nak membuli orang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga diviralkan gambar, nama penuh dan ic pembuli tu. Jumpa kat mana2 ludah or tumbuk je. Tau la ko cemana rasa dibuli.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:06 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:06 PM | Show all posts
al-fatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:08 PM | Show all posts
Ya Allah.......dah besar2 pun ada jugak kes buli...
Nak antar anak ke asrama pun tak senang bila dengar kes mcm nie
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:10 PM | Show all posts
alfatihah... kesiannya.. apa nak jadi budak2 skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam nya manusia...Al Fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2017 03:34 PM | Show all posts
[UPDATE] 36 penuntut direman

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... 36-penuntut-direman

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 3:30 PM

Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my



SERAMAI 36 individu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.

Katanya, laporan polis telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya, di Shah Alam, hari ini.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain,21, pegawai kadet laut tahun tiga meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam semalam selepas dibawa beberapa rakannya untuk menerima rawatan mengenai kecederaan di badannya.

Allahyarham dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 bdk uniten pon ada... Bongok la diorg ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2017 03:40 PM | Show all posts
'Allahyarham pernah mengadu dipukul rakan'

http://www.hmetro.com.my/utama/2 ... ngadu-dipukul-rakan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 1:15 PM

Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my



“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini.”

Itu yang diluahkan Zulkarnain Idrus, 53, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Menurut bapanya, dia melihat kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya pada jenazah anaknya sebelum dibedah siasat.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Allahyarham dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan di universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.

“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.

“Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.877471 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list