CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12229|Reply: 76

Ayda Jebat Artis Super Gedik, Boleh Pilih Pelakon Lelaki Utama?

[Copy link]
Post time 5-6-2017 02:56 PM | Show all posts |Read mode
X-POSE Bersama RR.
Pandanglah dengan mata hati, semoga anda lebih mengerti!



Kemunculan wajah baru sebagai pelakon, penyanyi dan model, kini melambak di pasaran! Ada yang lahir dari program realiti tv, dan pertandingan yang seangkatan dengannya! Semua cantik, masih muda dan miliki potensi menjadi bintang ternama. Sesuatu yang positif dan kompetitif... Tapi kalau sudah ramai bilangannya, bagaimana mereka hendak cari populariti? Populariti itu sangat penting, ia merupakan pasport untuk mendapat job dan bertahan dalam industri hiburan tanah air yang tak boleh diramalkan!


Dalam kelompok yang ramai itu, saya sangat tertarik pada seorang gadis @ artis  berusia 25 tahun yang dilahirkan sebagai Nur Suhada Jebat pada 17 Mac 1992 di Merlimau, Melaka. Lebih dikenali dengan nama kormesialnya, Ayda Jebat! Sebut saja nama itu tergambar seraut wajah ceria dengan senyuman lebar. Seorang pelakon yang hebat, penyanyi ngetop dan model jelita!


Saya kerap putarkan lagu hit 'dance music' dari gadis ini, Siapa diriku, Pencuri Hati dan terbaru Nakal Nakal Nakal! Secara peribadi saya suka genre muzik demikian. Ayda mempunyai vokal dan stail penyanyi K-Pop!  Bagus untuk industri ada macam macam gitu...  






Puteri sulung dan dua adik perempuan serta seorang lelaki ini memang dilahirkan sebagai gadis periang dan manja! Ketika berusia 13 tahun, Ayda dan keluarga berhijrah ke Christchurch, New Zealand, mengikut bapanya, seorang ahli perniagaan. Sempat bersekolah di Christchurch Girl's High School selama dua tahun dan kembali semula ke Malaysia. Itu adalah sedikit gambaran latar belakang artis cantik ini.


Kemunculan Ayda Jebat dalam persada seni dianggap sebagai satu tentangan bagi artis perempuan yang lain. Kecantikan, sikap dan bakat begitu terserlah!  Sebagai artis baru Ayda memiliki sifat semulajadi yang jarang ditemui di kalangan artis muda seangkatan dengannya. Happy go lucky!, -  tak perlu maintain ayu! Gadis yang tak boleh duduk diam itu  boleh membuatkan orang disekeliling suka malah  tidak keterlaluan  kalau dikatakan bakal jatuh cinta padanya walaupun kali pertama bersua dengannya. Itu adalah anugerah semua jadi.  Itulah sebabnya dilabelkan sebagai artis gedik! Gedik bukan sebarang gedik... Si gedik ini mampu julang banyak trofi !  

Ayda mula dikenali selepas sertai program realiti AF musim ke - 9. Tetapi dia `kalah' kerana Allah hendak memberikan sesuatu yang lebih hebat... kau ada? Dan paling penting wajah dan bakatnya mula dikenal pasti. Sebutir bintang mula bersinar. The star is born!


Tawaran membintangi drama Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin adalah pembuka pintu rezekinya! Sebagai pelakon, Ayda popular dengan watak-watak komedi dengan lakonan bersahaja biarpun dia mampu menjiwai watak dramatik. Selain popular di Malaysia, Ayda juga terkenal di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di Indonesia, Ayda pada awal dari berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis untuk lagu Biar Saja.






Anugerah dan penghargaan silih berganti,  memperakui kehebatan bakat gadis ini. Tidak ada artis baru yang mampu bersaing dengannya... Antara trofi terbesar yang pernah  dimenangi termasuklah, Anugerah Top, MeleTOP (Wanita) Artis Baru MeleTOP, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (Artis Baru Wanita Popular). Anugerah Ikon Seni MAYC. Artis Paling Popular APM.  Dan banyak lagi yang dimenangi oleh Ayda! Saya kagum dengan kejayaannya walaupun masih baru dalam bidang ini.  


Begitupun, Ayda melihat kejayaan mendadak sebagai ruang untuk dirinya terus melakukan yang terbaik pada masa mendatang.


Apakah rahsia Ayda rapat dengan peminat?


“Sebagai artis kita jangan malas layan peminat kerana sokongan mereka, saya berada di mana saya sekarang. Terlalu banyak jasa mereka pada karier saya walaupun kami tiada pertalian darah tetapi kasih sayang mereka cukup kuat. Sebab itu walaupun sibuk saya tetap cuba mencari peluang bersama peminat atau paling tidak membalas komen dan pertanyaan di laman sosial”.


Ala ala diva gitu, boleh pilih pelakon lelaki utama?


“Bila diberi kepercayaan oleh pengarah Osman Ali untuk filem terbaru  adalah satu cabaran! Kita tahu siapa yang peminat mahukan bergandingan dalam sesebuah filem itu. Ramai yang bagus dan meletop tetapi yang sesuai dengan kita masih belum ada. Apa yang peminat mahukan kita tahu. Terus terang saya cakap, saya takut untuk memberikan cadangan artis lelaki mana yang saya mahukan, bukan apa takut orang cakap saya nak ‘try’ pula.


Foto: IG Ayda


Ayda suka bodek produser ya?


Kadang-kadang takut juga bila dipilih Itu tak kena pula dengan watak dalam filem itu. Berlakon filem dan drama ini tak sama, jadi memang kena betul-betul yang ada jiwa ”.


Saya juga bukan jenis bodek produser kerana mereka lebih bijak menilai lakonan siapa yang bagus dan siapa artis yang diminati ramai. Saya mahu jadi orang terkenal dan popular bukan dengan cara yang ‘kotor’, biarlah peminat tentukan siapa artis pujaan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2017 03:09 PM | Show all posts
kalau tengok iklan aura white antara dia n amyra rosli..mmg nampak amyra lagi neutral beauty dr dia..

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:10 PM | Show all posts
suka dia nih, rajin sangat bekerja & layan fans. semoga rezki kau bertambah luas dekk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:13 PM | Show all posts
ok gudlak ayda mat aris
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:21 PM | Show all posts
Themilo replied at 5-6-2017 03:10 PM
suka dia nih, rajin sangat bekerja & layan fans. semoga rezki kau bertambah luas dekk...

iols memang bagi pujian kat AJ bila sheol jadi duta product atau barang sheols memang tau how to promote kat sheols punya IG
ig sheols pun semua pasal kerja sheols jek non hado hapdate sampah sampah




Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:25 PM | Show all posts
dalam iklan aurawhite tu...agak hodoh muka aj dengan rambut belah tengah kelepet macam tu

kalau ikut description laki mzz, muka dia  'muka kotak takdak dagu'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2017 03:26 PM | Show all posts
sementara tengah laku ni..kaut semua peluang yg ada.. kumpul aset, harta..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah laaa, iolls masih belum boleh minat lakonan sheolls ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2017 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi ponen kertu terlajak botox ni, kemain mengata Ayda super gedik.. Kalau atuk ponen kertu ni super apa pulak ek? Super bottom terjalak cucuk botox ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak blh blah dia asyik bahasakan diri dia adik. Kdg kenid la apa. Tak minat AJ berlakon tp suka lagu Pencuri Hati sbb catchy & happy2
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:44 PM | Show all posts
hai bakal adik ipar tiri kuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:45 PM | Show all posts
gedik2 dia pon...ayda ni hormat org tua
rmi suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 5-6-2017 03:21 PM
iols memang bagi pujian kat AJ bila sheol jadi duta product atau barang sheols memang tau how to p ...

Che ta boleh belajar dari ayda jebat ni macam mana bawak diri selaku duta sebuah produk/jenama  
Dengan cara che ta bercakap boleh bungkus terus jenama yang dia represent
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Smg murah rezeki aj
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 04:42 PM | Show all posts
setakat ni xde drama lakonan dia yg melekat kat hati akak ni
haha mahaplah eda jebat

tapi akak bleh layan lagu je
nakal nakal nakal

awwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 05:00 PM | Show all posts
kalau sheols dah habis menggesel nanti, baru meols boleh suka balik kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh baru tahu ayda ni pernah tinggal dan bersekolah di overseas. Tapi tak pernah dengar dia speaking.

Dan setahu iolss, mak ayah ayda jebat bercerai kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun ramai tak suka ayda ni tapi iols bole je layan lagu lagu dia. Mmg catchy and tak stress bila dgr. Part berlakon tu hmm bole la. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 06:03 PM | Show all posts
puasa tak boleh mengutuk....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh..
zzZzzzZzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077763 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list