CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3277|Reply: 12

[Falsafah] Walaupun Hidup Seribu Tahun, Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya

[Copy link]
Post time 6-6-2017 01:13 AM | Show all posts |Read mode
Aminuddin Kadir was feeling relaxed.
5 Jun 2017

Walaupun Hidup Seribu Tahun, Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya
By Dean Kadeer


Nak tau berapa banyak org Melayu "mengingati tuhan" dalam sehari?

Solat (Sembahyang) - 5 Waktu sehari (Subuh, tengahari, petang, awal malam dan akhir malam) Semuanya berjumlah 17 rakaat (1 rakaat terdiri dari gerakan berdiri, tunduk, sujud dan duduk).

Dalam 17 rakaat solat ada 34 kali sujud. Dlm satu sujud Melayu menyebut "Maha Suci Tuhan Yg Maha Tinggi, Segala Puji Hanya Bagimu". Disebut sebanyak 3x dalam satu sujud. Ini bermakna sehari sejumlah 102 kali Melayu menyebut perkataan yg meng "esa" kan tuhan yg satu. Banyak tu..

Di dlm solat ada juga bacaan-bacaan yg lain. Ada kalimah memuji tuhan dan membesarkan nabi. Selepas solat mereka membaca doa Arab yg mereka sendiripun tidak faham sepatah apa pun. Itu belum dicampur lagi dengan "ibadat2 sunat".

Tapi bila ada seorang Cina membunyikan hon didepan masjid sewaktu mereka solat, Melayu yg sebelumnya solat berjemaah tiba-tiba bertukar ibadat dengan memukul Cina tersebut secara berjemaah. Hilang semua pertimbangan akal dan bertukar menjadi barbarik. Inikah hasil solat?

Melayu yg memukul Cina tersebut ada yg telah pun berumur 60 tahun. Let say beliau telah bersolat semenjak umurnya 15 tahun. Sudah hampir 45 tahun beliau melakukan solat wajib kepada tuhan. Beliau telah sujud kpd tuhan yg maha besar sebanyak 558,450 kali dan telah menyebut "tuhan yg maha tinggi" sebanyak 1,675,350 kali.

Dengan sejumlah itu beliau sujud kpd tuhan, beliau masih gagal mengawal diri. Intipati agama yg paling asas iaitu SELF CONTROLLED atau dlm bahasa agama disebut (mengawal nafsu amarah-sifat mazmumah)tidak wujud untuk beliau. Apa punya biol Melayu!

Ostad telah memberi peringatan, katanya sabar itu separuh dari iman. Tapi Melayu punya iman selalu tinggal separuh tanpa sebab. Pelik,untuk solat sepatutnya harus punya iman, tapi apabila dalam keadaan yg memerlukan iman, mereka tiba-tiba hilang iman.

Melayu semakin ramai keliru dengan agama mereka sendiri. Semakin byk ostad memberikan ceramah, mereka semakin ganas, semakin cepat naik angin, semakin byk kes pukul dan buli serta semakin kronik sentimen mengkafirkan sesama Islam. Mereka defensive dan denial kpd kekeliruan mereka sendiri.

Kalau ada kes kecurian tabung masjid, dan budak yg mencuri tersebut berjaya ditangkap, alamatnya habislah beliau dilenyek separuh mati. Mereka bukan mahu menyiasat kenapa beliau mencuri. Rasional mereka telah hilang.

Yg peliknya mereka cuma sensitif dan marah sampai hilang akal hanya kpd pencuri tabung masjid (yg hanya ada beberapa puluh ringgit di dalamnya). Tetapi dengan pencuri berskala besar spt pencuri duit tabung zakat, duit orang miskin, duit rakyat yg berbillion dollar, mereka sikit pun tidak marah. Kalau betul mereka marah tak mungkin stadium masih penuh menyambut pemimpin Melayu yg diarak mengelilingi stadium.

Kami sewaktu di sekolah dulu memang kerap di rotan, di lempang. Ana sendiri pernah dirotan diatas kepala. Itu mmg makanan ruji kami. Tapi cikgu dulu garang secara rasional, bukan ganas.

Sebaliknya sekarang, murid boleh mati dipukul oleh cikgu Melayu. Warden sekolah agama (yg berjanggut mengikut sunnah) yg sepatutnya menjadi juara kpd nilai kesabaran (self controlled) bertindak spt binatang. Apa guna solat dan sujud berjuta kali jika tidak mampu mengawal perasaan dan bertindak rasional. Ini berlaku di sekolah agama, bayangkan.

Dalam bulan puasa spt skrg pula lebih ramai Melayu hilang sabar. Tengok saja apabila memandu balik dari opis. Mereka tak sabar hendak membeli juadah berbuka dan berbuka di rumah (baca : Melantak). Sebab itu perhatikan, dlm bulan puasa kes-kes potong que di jalanraya kdg2 lebih dahsyat.

Paling hebat, soal parking kereta pun mereka hilang sabar dan bertindak spt hendak berbunuhan, akhirnya tunjuk middle finger dan baling selipar.

Masalah Melayu mereka cuma faham tentang solat dan ibadah hanya sbg ritual wajib. Nothing more nothing less. Buat dapat pahala, tak buat dapat dosa. Mereka tidak melihatnya sbg suatu disiplin diri.

Apa yg Melayu faham, budak-budak Melayu jika mahu "menjadi baik", mereka wajib solat. Itulah mercu tanda utk "menjadi baik". Jika mereka enggan, paksa mereka dan pukul. Kata ibubapa dan ostad, "YG PENTING SOLAT". Tak solat jawapannya neraka dan seluruh hidupmu "tidak berkat".

Tapi kenapa selepas beribu-ribu kali Melayu solat, suatu impak yg baik pun tidak wujud dlm jatidiri, akhlak dan masyarakat mereka? Tidak nampak pun contoh yg mereka (masyarakat bersolat) lebih baik akhlaknya dari orang kafir laknatullah yg tidak bersolat?

Yg menyedihkan, bukan saja akhlak mereka buruk, kualiti hidup dan ekonomi mereka pun merudum. Apa lagi yg tinggal pada Melayu? Benarkah solat tonggang tonggek itu membawa manfaat kpd hidup mereka? Atau mereka sendiri buta dalam memahami fungsi solat? Kenapa tidak ada satu pun perbezaan paradigma antara orang yg bersolat dengan yg bukan bersolat?

Contoh mudah ana berikan dibawah ini bagaimana Melayu mengadaptasikan ritual ibadat solat secara membabi buta.

Ramai Melayu mahu berbuka puasa di kedai atau restoran. Selepas berbuka, mereka menggelabah mencari surau utk bersolat. Kemudian apabila waktu Maghrib sudah kritikal dan hampir habis, mereka solat dengan terkejar-kejar. Solat mereka spt ayam patuk padi kerana mengejar masa. Apa makna perbuatan ini semua?

Adakah itu yg tuhan mahukan? Mereka takut jika tidak solat, mereka akan di label "TIDAK INGAT TUHAN", walhal utk mengingati tuhan tidak perlu pun tergesa-gesa sehingga menyusahkan diri sendiri.

Jika anda di sebuah restoran di tengah-tengah New York, di mana anda mahu solat? Contoh sebegini juga terpakai kpd kes-kes Melayu yg memecut kenderaan utk balik kerana mahu "berbuka" pada saat azan dilaungkan. Biol betul Melayu!

SOLAT ADALAH SATU KAEDAH MEDITASI (to engage in thought or contemplation, to engage in transcendental meditation, devout religious contemplation or quiescent spiritual introspection).

TUJUAN SOLAT SECARA UMUM ADALAH UNTUK MEMPERTEGUHKAN KEKUATAN ROHANI. Tujuan solat adalah utk menjadi manusia yg punya "self control", yg boleh mengawal diri, rasional dan bertimbangrasa dlm semua keadaan di mana-mana saja. Ini konsep asas solat (sembahyang) bagi semua agama.

Kalau bertanya dgn orang Melayu kenapa mereka bersolat? Mereka akan menjawap; "untuk mengingati tuhan".


Biar ana jelaskan, konsep mengingati tuhan sudah tidak releven dan terbukti gagal utk orang Melayu. Konsep solat yg wajib dipakaikan kpd Melayu ialah "mengingati hamba tuhan yg lain".


Berdekad sudah Melayu mengingati tuhan dgn bersolat, hasilnya apa? Hampas! Adakah Melayu yg ingatkan tuhan selama ini menjadi kaum yg menyumbang kpd 80% kemajuan dan kebaikan kpd masyarakat secara umum?


Solat sepatutnya dijadikan medan utk "mengingati manusia yg lain". Solat sepatutnya jadi medan utk berteleku, berfikir dan mengingati apakah yg telah kita lakukan kpd masyarakat sekeliling pada hari tersebut.

Tuhan tidak pernah terkesan jika kita tidak bersolat. Tuhan juga tidak pernah akan rugi jika kita yg bersolat merampok duit rakyat sehingga 3 billion. Tindakan manusia hanya terkesan kpd manusia.Solat adalah waktu utk mengingati manusia.

Ostad menyatakan bahawa tuhan berwahyu,"SOLAT ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR". Memang lunak kenyataan ini. Perbuatan mungkar dan keji bukanlah semata-mata perbuatan yg salah disisi tuhan, tetapi juga salah disisi manusia lain.

Perbuatan mungkar dan keji bukan saja tidak berjubur dgn bini orang, merompak duit rakyat atau membunuh manusia, tetapi mencakupi semua perbuatan yg mengganggu manusia sekeliling dan masyarakat keseluruhannya termasuk tidak membuat bising dgn merempit, tidak makan rasuah, boleh bersabar di jalanraya, boleh berdiplomasi dgn manusia, boleh bertimbangrasa hidup bersama dgn orang2 kafir, tidak mengumpat,tidak membazir, tidak kotor dan boleh menjaga kebersihan alam sekitar serta membuang sifat2 perkauman yg menebal dalam diri.

Banyak lagi perkara mungkar dan keji yg terlepas pandang dari mata orang Melayu. Dan solat orang Melayu yg diamalkan selama ini tidak pernah membawa perubahan kpd masyarakat. Kenapa? Di mana silapnya?


Yang peliknya, di masjid Melayu pun masih banyak perkara keji dan mungkar. Kereta atau motor di letakkan merata-rata sewaktu solat Jumaat sehingga menyusahkan masyarakat, tandas busuk dan berlendir, pembaziran dlm meletakkan perhiasan masjid yg melampaui batas. Ini contoh-contoh perkara keji dan mungkar yg dilakukan secara tidak sedar oleh Melayu.

Mereka tidak faham apakah huraian "PERBUATAN KEJI". Mereka kabur tentang apa hubung kaitnya perbuatan keji terhadap masyarakat sekeliling. Mereka cuma faham makna perbuatan keji dlm ruang lingkup perbuatan individu spt minum arak, berjudi, tidak puasa, tidak menutup aurat dan lain-lain.

Solat, walaupun sehari dilakukan seribu rakaat, tidak ada maknanya jika "self control towards another human being" tidak mampu wujud dalam diri sendiri. Solat yg dilakukan "kerana takut dibalas neraka" adalah solat yg kosong.


Contoh paling mudah, lihat saja bagaimana Melayu menghina gimnas negara didalam FB suatu ketika dahulu hanya kerana pakaian. Lihat saja bagaimana telah wujud saranan untuk "membunuh" orang Islam yg murtad.

Lihat saja bagaimana mudahnya Melayu mengkafirkan sesama Muslim hanya kerana berbeza tentang fahaman agama. Bukankah ini simptom-simptom hilang kawalan diri walaupun mereka ini kebanyakannya bersolat? Ini bukanlah hasil solat yg di mahukan tuhan. Ini palat namanya.


Agamawan2 Melayu seronok jika melihat ramai Melayu "sudah berugama" (baca : bertudung, bersolat, berjubah, ceramah ramai yg dtg). Tapi adakah masyarakat Melayu berubah menjadi lebih baik setelah bersolat sebanyak 17 rakaat sehari?


Adakah menyuruh manusia "BERSOLAT" (tanpa berfikir) boleh mengubah mereka? Kenapa sehingga hari ini budak-budak Melayu masih merempit?Kenapa taraf hidup orang Melayu masih rendah dan akhlak mereka semakin membahayakan masyarakat?


Orang Melayu sangat takut dilihat "tidak berugama", tapi agama yg mereka amalkan, sangat menakutkan.


Dengan percaya bahawa "ISLAM ITU BENAR" tidak mampu memperbaiki akhlak dan sikap manusia. Melayu sudah membuktikan perkara ini selama berpuluh-puluh tahun. Mereka saban hari mahu memberitahu satu dunia bahawa "agama ini benar", agama anda palsu. Tapi yg jelasnya,mereka sendiri memalsukan agama mereka.

Agama jika tidak melahirkan manusia yg lebih baik dari mereka yg tidak beragama, apa makna agama tersebut? Nyatanya, dunia hari ini melihat golongan yg tidak berugama dan tidak bersolat juga boleh hidup dgn lebih baik dan penuh bertanggungjawab. Kenapa?

Orang Jepun dan Korea tidak perlu solat 17 rakaat sehari utk menjadi masyarakat yg baik, jujur, telus dan bertanggungjawap.

Inilah perkara yg terlepas pandang dari mata agamawan Melayu. Mereka sangat bimbang jika Melayu mahu keluar dari Islam tetapi mereka sendiri mengeluarkan nilai-nilai Islam dari tempat asalnya.

Kenapa setelah berpuluh-puluh tahun Melayu "beragama", mereka gagal mengawal diri dari bersikap prejudis (sangka buruk) kpd mereka yg bukan Melayu, bukan Islam atau mereka yg cuba mengkritik amalan orang Islam? Sifat perkauman mereka juga sangat tebal.

Seolah-olahnya manusia yg tidak berada dalam bahtera "1AKIDAH" dengan mereka adalah kotor dan jahat. Ini bukan ajaran Nabi, dan ini tertolak secara total.

Ana tidak memusuhi manusia yg bersolat. Itu hak mereka dan kepercayaan mereka. Tapi "obsession" mereka kpd solat terlalu rigid. Sehingga ada agamawan yg mengatakan cakap orang yg tidak bersolat tidak boleh dipercayai atau orang yg tidak solat sudah tentu tidak amanah. Ini suatu bencana dlm memahami intipati solat.

Bertaubat lah Melayu, mulakan hari anda dgn lebih byk berfikir.

https://www.facebook.com/DeanKadeer/posts/467215230289238

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tq for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus perkongsian ni Acong. Mohon banyakkan lagi benang perbincangan ilmu dan idea seperti ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:04 AM | Show all posts
bagus perkongsian ilmu mcm ni tt... lagi2 di bulan yg penuh barakah ni..

salam ramadan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 09:26 AM | Show all posts
sembahyang 5x sehari ditambah dgn solat sunat itu amat bagus untuk mengingatkan kita
pada tuhan..secara xlangsung akan menghindari diri dari perbuatan larangan
tetapi kalau yang solat tapi xtau makna ayat2 yg dibaca hanya sekadar menghafal saja
adakah solat itu betul2 terkesan ke diri....?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita solat dgn penuh kusyuk dan faham akan maksud2 ayat yg di baca...InsyaAllah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara sifat orang munafik ialah mereka melakukan solat dalam keadaan malas. Antara sifat orang fasik ialah mereka kekal melakukan dosa (tidak mahu solat). Antara sifat orang mukmin pula ialah mereka melakukan sesuatu perkara dengan tekun. Jadi, mana satu pilihan anda?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.

Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 12:07 PM | Show all posts
aku selalu melambatkan waktu solat...kdg2 paksa diri sbb malas...Allahu...inshaAllah di bulan puasa ni nak berubah menjadi lebih baik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:54 AM | Show all posts
bagus TT . tq for sharing...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 12:16 PM | Show all posts
Edited by miss.emy at 13-6-2017 12:28 PM

hmmmm.....

Kebelakangan ini, kita sudah pun di"ajar" bahawa untuk mendidik anak2 bersolat, jangan pi cakap "Sapa tak solat nanti masuk neraka!" TAPI ajari anak2 melalui kata2 " Sapa nak masuk syurga mesti kena solat". Pendekatan yang berbeza dan semestinya kesan dari kata2 yang positif akan memberi impak yang lebih bagus. untuk menjaga generasi akan datang, ibubapa amat memainkan peranan penting. PENTING SANGAT! Menyedarkan anak2 akan kepentingan solat adalah lebih bagus berbanding hanya arahan untuk bersolat dan hukuman jika tidak bersolat.

Jika kita solat kerana mahukan syurga Allah (setelah memahami bahawa betapa nikmatnya kehidupan di syurga itu nanti), maka kita akan mencari jalan , mencari kaedah dan tips2 untuk mendapatkan kesempurnaan dan kekusyukan dalam solat kita. Kebanyakan buku2 ilimiah yang ada banyak kat pasaran nih menganjurkan bahawa ANTARA kaedah nak kusyuk solat ialah memahami SETIAP perkataan yang kita bacakan sepanjang solat. semua tu kalau diteliti adalah doa dan pujian kepada Allah. semua dari lidah kita untuk Allah. dan semua tu kalau dibuat dengan betul harus turun dari lidah ke  hati jiwa raga kita untuk Allah.

Apabila kita belajar untuk kusyuk dan mencari kesempurnaan dalam solat, secara tidak lansung kita belajar untuk fokus dalam kehidupan. fokus di sekolah, fokus di tempat kerja, fokus bersama famili dan etc. Jadinya, insyaAllah apa saja yang kita akan menjadi lebih efektif dan efisyen.

Malah orang yang menjaga kekusyukan dan kesempurnaan solat ni, semestinya adalah hamba Allah yang menjaga hubungan dengan Penciptanya.bila kita menjaga hubungan dengan Allah, tidakkah Allah juga akan menjaga hubungan kita dengan makhluk2 yang lain? Tak mungkin la kita sanggup nak pukul orang ke, nak mengutuk orang ke, nak menghina orang ke, nak buat perkara mungkar ke atau buat bende lain yang ntah ape2 lagi. tak mungkin kita akan sanggup terjebak kepada perkara2 begitu kerana insyaAllah Allah melindungi kita..melindungi hati kita.

Memang ada orang yang solat, tapi perangai macam hantu jugak. Again, ini adalah berkaitan dengan kualiti solat mereka. Sikap "asal solat" nih la yang takkan mengubah kehidupan sesorang. orang yang begini, nampak saja ke masjid, nampak saja solat...tapi sikap baran, sikap perengus, sikap suka memaki dan etc masih ada. Ingatlah, ini adalah orang yang ada isu kualiti solat.

Solat itu sendiri adalah tiang agama. Untuk menjadi generasi yang berjaya, jagalah kualiti solat kita. jagalah hubungan dengan Allah. Didik anak2 dengan kesedaran dan kepentingan solat. Memang mudah untuk menyalahkan melayu2 yang berperangai hauk macam gitu walaupun mereka solat, tapi adalah lebih baik sekiranya teguran membina dan dakwah dapat dijelaskan untuk memperbaiki kesedaran tentang kualiti solat daripada menghentam sebegitu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 05:47 PM | Show all posts
terima kasih atas perkongsian...kadang-kadang kita sendiri yang malas dan melengahkan waktu solat...termasuk lah saya...banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan ibadah..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055327 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list