CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1421|Reply: 7

Arab Saudi Bertindak Tutup Pejabat Al-Jazeera Di Qatar

[Copy link]
Post time 6-6-2017 09:56 AM | Show all posts |Read mode


sumber: SPA



Selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, selain menutup ruang udaranya kepada negara itu, Arab Saudi menutup pula pejabat rangkaian berita satelit berpangkalan di ibu kota Qatar, Doha, – Al Jazeera.


Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan keputusan itu diambil selepas Al Jazeera didakwa mempromosikan kumpulan pengganas, menyokong militan Syiah Houthi di Yaman dan cuba untuk memecah-belahkan barisan pegawai kanan kerajaan dengan menghasut mereka meninggalkan Arab Saudi dan mengancam kedaulatan kerajaan Arab Saudi


“Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi telah menutup pejabat Al Jazeera di Riyadh, Arab Saudi dan membatalkan lesen penyiarannya,” lapor SPA.


Dalam kenyataannya, Al Jazeera berkata, pihak berkuasa Arab Saudi telah memulakan langkah membatalkan lesen penyiaran stesen televisyen itu dan mengarahkan warga negara itu yang bekerja dengan Al Jazeera supaya pulang ke rumah.


Semalam, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar dan mengarahkan diplomatnya meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Apa plak di Qatar. Pejabat alJazeera di Riyadh la yang kena katup

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:19 AM | Show all posts
al jazeera bukan arab punya kan..
napa dia nak tutup ofis kat qatar pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:24 AM | Show all posts
Sotong aljazeera di KL gigih nak jatuhkan kerajaan pun takde disuruh tutup. Malaysia pandang rendah gak kebolehan qatar .Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr2 yaman pn ptuskn hubngn dgn qatar
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk x betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2017 10:34 AM | Show all posts
Isle vs Isle = Kafir tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 10:35 AM | Show all posts
bongok weyy ubah la tajuk bangang tu

“Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi telah menutup pejabat Al Jazeera di Riyadh, Arab Saudi dan membatalkan lesen penyiarannya,” lapor SPA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.192035 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list