CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5273|Reply: 39

Pelarian Syria Makan Rumput Buka Hati Afdlin Shauki

[Copy link]
Post time 6-6-2017 04:05 PM | Show all posts |Read mode


[size=0.75em]Afdlin Shauki mengagihkan aiskrim kepada anak-anak yatim yang hadir pada majlis berbuka puasa di restoran barunya di Metro Point Kajang.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PELAWAK dan produser Afdlin Shauki terbuka hati untuk ke Beirut, Lubnan selepas mendengar penderitaan pelarian Syria di negara itu yang hanya merebus rumput sebagai makanan harian mereka.
[size=0.98em]Afdin berkata, memikirkan kesukaran hidup yang dihadapi mereka membuatkan dia terpanggil untuk melihat sendiri penderitaan itu selain membantu dalam misi 'Syria Di Hati' bermula Sabtu ini.
[size=0.98em]"Apabila saya dengar cerita tentang pelarian di Beirut yang merebus rumput untuk makan membuatkan hati saya tersentuh dan tidak sanggup untuk membiarkan sahaja perkara itu sebaliknya perlu dibantu," luah Afdlin.
[size=0.98em]Afdlin ditemui semasa majlis perasmian Afdlin's Shell Syiok di Metro Point, Kajang pada Isnin.




[size=0.75em]Perasmian Afdlin's Shell Syiok yang merupakan restoran kedua milik Afdlin Shauki selepas restoran pertamanya di Ampang.

[size=0.98em]Selain Afdlin rombongan berkenaan akan turut disertai lima orang wakil daripada Yayasan Kubra dan Yayasan Afdlin Shauki.
[size=0.98em]Dalam pada itu tambah Afdlin, dalam misi itu mereka akan menyalurkan bantuan dalam bentuk wang, makanan dan ubat-ubatan.
[size=0.98em]Katanya, walaupun sebahagian besar pelarian itu mampu untuk bekerja, namun disebabkan status sebagai orang pelarian, mereka tidak dibenarkan untuk melakukan apa-apa.
[size=0.98em]"Kehidupan mereka hanya bergantung kepada bantuan orang luar sahaja dan saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk membantu sebanyak  mungkin," kata Afdlin yang akan berada di negara itu selama tujuh hari.
[size=0.98em]Afdlin berkata ini adalah kali pertama dia melakukan misi bantuan Syria pada bulan Ramadan.
[size=0.98em]Dia mula aktif melakukan kerja-kerja amal sejak tahun 2012 selain pernah ke Jordon pada awal tahun 2015.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2017 04:14 PM | Show all posts
lebih baik afdlin letak no acc , boleh orang ramai menyumbang, lebih2 lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini
selain itu, kita juga boleh belanja orang lain berbuka puasa, banyak kelebihannya



Assalammualaikum saudara2 ku,

Alhamdulillah kita telah beberapa hari berada di bulan Ramadhan, bulan yang mulia, satu2 nya bulan yang disebut namanya di dalam Al Quran. Kita berpeluang mencari pahala yang banyak pada bulan ini,

BERILAH MAKAN ORANG YANG BERPUASA

Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).

kita punya banyak pilihan nak belanja golongan mana untuk berbuka puasa, utamakan ahli keluarga dahulu, kemudian jiran yg miskin, anak yatim, hantar makanan berbuka ke masjid/surau berdekatan rumah. hantar gula, hantar beras , hantar kurma . dengan 1 kg gula, berapa ramai orang yang boleh minum air untuk berbuka puasa. dengan 5 kg beras dihantar ke rumah org miskin, berapa banyak hari dia sekeluarga boleh berbuka puasa. Saudara ku jangan lepaskan peluang EMAS bulan RAMADHAN yang kita ada sekarang, kerana RAMADHAN Tahun Depan Belum Pasti lagi kita boleh sampai atau tidak, kerana ajal kita tak tahu bila.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat syria semasa hidup bukan dizaman perang katanya spesies meleis dimalaysia jugak. Byk membazir makanan.

Last2 sekarang makan rumput.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
antara retis yg rajin buat kerja2 amal. Semoga urusan dia utk bantu pelarian2 Syria tu akan dipermudahkanNya..
Sebak jugak tadi bila dngar pelarian2 Sana rebus rumput..rebus kotak2 utk makan berbuka puasa sedangkan yg Kat sini kdg smpai buang makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
koliba replied at 6-6-2017 04:14 PM
lebih baik afdlin letak no acc , boleh orang ramai menyumbang, lebih2 lagi pada bulan ramadhan yang  ...

Nak sumbang kt mana2 pn bley chuols. Bln ni la semua berebut2 nk raikan anak yatim etc. Sebab nk double triple kan ganjaran. Kan bagus kalau sepanjang masa diraikan   
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 08:28 AM | Show all posts
Selain afdlin shauki, Faizal Tahir antara artis yg bagi penuh komitment pada isu syria ni dan terlibat dlm misi kemanusian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2017 09:16 AM | Show all posts
sbb tu aku cepat bengang org xhabiskan makanan
xpaham org yg bley buang2 makanan ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 09:37 AM | Show all posts
syue86 replied at 7-6-2017 09:16 AM
sbb tu aku cepat bengang org xhabiskan makanan
xpaham org yg bley buang2 makanan ni

terlbih kaya tu sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 09:39 AM | Show all posts

kbykan x lah kaya mana pun
tp bab makan x habis tambah buang makanan..
hei..geram tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 10:34 AM | Show all posts
syue86 replied at 7-6-2017 09:16 AM
sbb tu aku cepat bengang org xhabiskan makanan
xpaham org yg bley buang2 makanan ni

aku pn sama... rasa rengsa sgt kalau org tak habis makan.. kadang alasan entah apa2 je bagi..

lainkali jgn makan langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 10:38 AM | Show all posts
duri_durians replied at 7-6-2017 10:34 AM
aku pn sama... rasa rengsa sgt kalau org tak habis makan.. kadang alasan entah apa2 je bagi..

l ...

setuju bab alasan tahpape tu
contoh amik nasi campur..
ko sdri ceduk nasi, pastu ckp kenyang la ape la
kbykan aku kenal pmpn acah2 perut kecik
penah gak la aku ignore lunch invitation ngn org cmni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 7-6-2017 12:49 AM
antara retis yg rajin buat kerja2 amal. Semoga urusan dia utk bantu pelarian2 Syria tu akan dipermud ...

Aamiin.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:27 PM | Show all posts
syue86 replied at 7-6-2017 09:16 AM
sbb tu aku cepat bengang org xhabiskan makanan
xpaham org yg bley buang2 makanan ni

terasa jah..uhuk..uhuk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 01:55 PM | Show all posts

pleaseeeee..mintak tolong sesangat jangan membazir
try makan portion by portion..sikit2 makan..

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
org kuat yg byk membantu pelarian syria ni adalah Capt(b)Asri khalid..kenal masa umrah..boleh lawat fb dia..yg ensem cam fikri(lawak solo)tu la dia..boleh terus tanya dia cara salur bantuan utk pelarian syria
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:24 PM | Show all posts
syue86 replied at 7-6-2017 01:55 PM
pleaseeeee..mintak tolong sesangat jangan membazir
try makan portion by portion..sikit2 makan..
...

bkn ape ,  masa membeli tahap lapa tu kemahen..bila dah makan tu jam rasa kurma 3 biji je dah kenyang..mahaap lah..kena behave lah lepas ni..thanks beri nasihat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian. Kite dok bazir
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Saper yg berminat nak derma bolehla kat sini..dorg bg makan berbuka dan sahur ada macam2 lagi..boleh pilih

https://www.syriacare.org.my/
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:23 AM | Show all posts
syue86 replied at 7-6-2017 09:16 AM
sbb tu aku cepat bengang org xhabiskan makanan
xpaham org yg bley buang2 makanan ni

yes betul aku mmg x suka orang membazir makanan n suka buang sampah merata2
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak suka tgk org bazir makanan..yg amik nasi campurtu satu hal..belum lg tgk yg g bufet ambil mcm nak bg mkn satu kmpung,pastu buang cmtu je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074535 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list