CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198181|Reply: 2855

[Tempatan] KES KEMATIAN PELAJAR UPNM:Terkini, reman 32 pelajar UPNM disambung , 4 Pelajar U

   Close [Copy link]
Post time 7-6-2017 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 9-6-2017 02:44 AM



Kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan jika disabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Zulfarhan yang juga pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia akibat didera rakan dengan seterika wap pada Khamis lalu.  

Untuk membantu siasatan, pihak polis telah menahan reman 36 suspek yang terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat lagi daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Mahkamah Majistret Sepang juga telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari kepada suspek setelah penuntut Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu meninggal dunia pada jam 10 malam Khamis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, beberapa rakan mangsa telah menghantarnya ke hospital untuk rawatan kerana mengalami kecederaan melecur dan lebam.

“Tangkapan telah dijalankan ke atas 36 orang mahasiswa yang berusia 20 dan 21 tahun.

“Mereka terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten),” jelasnya.


RENTETAN KEJADIAN:


MANGSA BERSAMA IBUBAPA:


ANTARA RAKAN MANGSA ????

   



Ini rumah baru yer....silakan acik2 kepam semua meneruskan spekuan dan CSI





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau didapati bersalah aku ade permintaan .aku minte mrk dikenekan hukuman suntikan  maut atau dicampak ke kandang harimau hidup2:zz
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:36 PM | Show all posts
check in! gigih kaka mod bukak rumah baru yach rumah lama pon iols xdan nak ligan...sedeyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan aku bce kes ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2017 02:40 PM | Show all posts
hyie replied at 7-6-2017 06:36 AM
check in! gigih kaka mod bukak rumah baru yach rumah lama pon iols xdan nak ligan...sedeyyyy

kakak dah khatam tered No.1.
Bila tgk rumah tu nk roboh, cepat2 kakak bina rumah baru agar acik2 kepam CI  dpt meneruskan komen mereka
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 7-6-2017 02:40 PM
kakak dah khatam tered No.1.
Bila tgk rumah tu nk roboh, cepat2 kakak bina rumah baru agar acik2 ...

Muke pertame acu buat kronologi kisah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2017 02:42 PM | Show all posts
dia tak call mak dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:42 PM | Show all posts
dia tak call mak dia ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 02:42 PM | Show all posts
anak akak duduk sbp dan mrsm. sentiasa call mereka setiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Penuntut UPNM mati didera

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... t-upnm-mati-didera-

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 12:42 PM

Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my


Gambar daripada akaun facebook ibu Allahyarhan Zulfarhan (baju biru) bersama keluarganya.

SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Mengesahkan kejadian itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.

“Innalillah... sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, " katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:57 PM | Show all posts
ada bukti ka depa ni hantar p klinik? resit hotel ada jumpa tp resit klinik?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 02:59 PM | Show all posts
checkin..harap dapat info update cepat utk kes ni..btw ayah arwah da buat report polis. so, sama-sama kite nantikan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sumber: www.etawau.com



“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisis sehingga hari ini dalam tentera kita."


“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan.”


Demikian pendedahan sumber yang memetik daripada laporan Malaysia Gazette berhubung kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Menurut sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.


Tegasnya, apa yang berlaku itu bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.


Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.


“Aduan-aduan pelajar kena liwat, oral seks dan banyak lagi itu sudah menjadi perkara biasa."


“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.


Tambahnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.


Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.


Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.- CARI

sumber: internet
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:02 PM | Show all posts
Nnati lepas dah complete, mohon admin merge thred neh dengan thred no.1 yea. Senang nak cari kalau nak recall this issue for future reference kalau2 jadi kes mcm neh lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:03 PM | Show all posts
manehnya replied at 7-6-2017 02:57 PM
ada bukti ka depa ni hantar p klinik? resit hotel ada jumpa tp resit klinik?

kenapa ada resit hotel?


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:05 PM | Show all posts
Moga ada keadilan untuk arwah....

Iols nak sangat keadilan ditunjukkan kat dunia nih, akhirat tu memang sure la pasti akan tegak keadilan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 7-6-2017 02:42 PM
anak akak duduk sbp dan mrsm. sentiasa call mereka setiap hari

Bagus kak... kipidap call n tny ada org sentuh bdn or ada org buli ank kak ke x. Kena suruh terus terang if ada n cecepat jenguk kalo dia ada ngengadu apa2. Beware aware n alert kak
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:07 PM | Show all posts

depa sorok arwah kt hotel bajet sis.. hotel lanai kat bangi tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:11 PM | Show all posts
takde ke muka muka pembuli ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 03:11 PM | Show all posts
Potpouri replied at 7-6-2017 03:07 PM
depa sorok arwah kt hotel bajet sis.. hotel lanai kat bangi tu

yang kata gi condo tu?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.692146 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list