CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11180|Reply: 78

Kisah baju raya, lauk berbuka Ruhainies

[Copy link]
Post time 8-6-2017 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Kisah baju raya, lauk berbuka Ruhainies
Oleh MOHD. HAIKAL ISA
Foto NORADZRENE MOHAMMED NO0R

Ruhainies mengakui walaupun mempunyai saiz badan kecil dia sebenarnya kuat makan. Oleh sebab itu, dia tidak boleh melepaskan waktu makan sahur jika mahu berpuasa dengan tenang setiap hari.

Adat menjadi selebriti, apa sahaja perkara yang dilakukan mudah menjadi ikutan ramai. Bahang populariti seseorang selebriti sebenarnya mampu memberi impak besar kepada peminat, namun dari sisi yang lain, ada juga segelintir pihak yang dengan mudah mengambil kesempatan daripada pengaruh artis untuk kepentingan peribadi.

Menyedari perkara tersebut berlaku terhadapnya, dramatis Ruhainies mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya sebagai jalan pintas mengaut keuntungan dengan menjual busana raya.

Tidak mahu perkara tersebut menjejaskan namanya, Ruhainies segera bertindak. Bukan dengan cara mengeruhkan keadaan atau mengambil tindakan undang-undang, dia sebaliknya menghasilkan rekaan baju raya sendiri. Koleksi raya Ruhainies kini sudah boleh didapati secara online.

“Saya tiada masalah kalau orang ingin menggunakan nama saya asalkan ia tidak membawa keburukan kepada mana-mana pihak. Namun, rasanya lebih baik saya juga hasilkan rekaan baju raya sendiri. Ia bukan untuk menutup periuk nasi pihak yang menggunakan nama saya tetapi untuk mengembangkan potensi diri dalam bidang perniagaan.

“Pihak terbabit cuma menggunakan nama saya secara terang-terangan namun tidak menggunakan gambar saya. Rasanya nama Ruhainies sangat unik dan saya seorang sahaja memiliki nama itu di Malaysia. Begitu juga nama kakak saya, Risteena,” ujar Ruhainies sambil memberitahu baju raya keluarannya boleh didapati di laman Instagram, @ruhainies.rosysecret.

Jodoh

Diusik pertanyaan berkenaan jodoh, pelakon drama Hello Mr. Perfect itu tersenyum, namun tetap memberikan jawapan ‘selamat’ sementelah menegaskan dirinya masih solo.

“Kalau boleh, esok juga saya mahu berkahwin, namun apakan daya, jodoh masih belum sampai. Usia saya pun sudah 25 tahun dan saya rasa pada tahap ini, saya sudah harus memikirkan soal perkahwinan.

“Buat masa sekarang, saya memang tiada teman lelaki yang istimewa kerana sangat sibuk bekerja. Doakanlah saya bertemu jodoh dengan cepat (ketawa),” kata Ruhainies.

Tambahnya, keluarga juga tidak memberi tekanan untuknya segera menamatkan zaman bujang.

“Ibu bapa jarang menanyakan soal kahwin kepada saya. Lebih baik Risteena yang kahwin dulu. Kalau boleh, saya tidak mahu langkah bendul tetapi kalau sudah ada jodoh, siapa saya untuk menolaknya,” tutur Ruhainies.


Baju raya Ruhainies kini dijual pada harga serendah RM299. Ia mempunyai tiga jenis rekaan iaitu Lily, Daisy dan Rose dan boleh dibeli menerusi Instagram @ruhainies.rosysecret.

Puasa

Melanjutkan bicara tentang Ramadan, Ruhainies sekeluarga mempunyai tradisi yang unik dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa.

Ceritanya: “Bulan Ramadan tidak sah kalau tidak ada lauk ayam masak merah. Untuk itu, kami sekeluarga akan mendapatkan ayam Belanda sehari sebelum disembelih.

“Memang setiap tahun pada bulan puasa kami sekeluarga berbuka dengan juadah istimewa yang dimasak sendiri oleh ibu. Saya cuma akan tolong apa yang patut. Ayam Belanda adalah lauk wajib dalam keluarga kami.”

Tambah Ruhainies lagi, walaupun fizikalnya kecil, pada waktu sahur, dia memastikan perutnya diisi secukupnya.

“Saya memang kuat makan. Badan sahaja kecil, namun nafsu makan saya amat besar.

“Saya pantang kalau tidak bersahur. Waktu bersahur, saya akan makan secukupnya kerana saya memang mudah lapar,” ujar Ruhainies yang bakal muncul dengan sebuah telefilem raya bertajuk Ratu Kebaya Masuk Universiti terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 3.htm#ixzz4jNXICx9H
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
So? Apa gosipnya disini sis?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:06 PM | Show all posts
so ruhainies makan tak gemok2? sendunya gosipppp
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:20 PM | Show all posts
boring nya cerita si kemut ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:27 PM | Show all posts
masih tak nampak point cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:34 PM | Show all posts
gosipnya nak jual baju harga 299
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dazzledazzle at 8-6-2017 12:35 PM

sendunya gosip..
cube lagi ye ruhainies dgn cite lg up..
artis2 yg lain masih lg tak dpt nak tandingi ratu gosip cari.com  neelofa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Birah sgt nak kawin esok juga katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 12:59 PM | Show all posts
malam td aku tgh borak2 dgn mak aku
tetiba dgr suara yg sgt annoying tahap gaban, bila tgk kat TV, rupanya rcgn bas ria kat ch104 tu, si kemut ni la
aku amik remote trus tukar cenel sbb menyampah tgk cara dia cakap..sket2 gelak syok sendiri and perasan lawa
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:02 PM | Show all posts
mmg lah kt malaysia x ramai nama gitu dekk...kt indon sana x pelik pun nama korang adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:04 PM | Show all posts
pada harga serendah rm299...rendahnya la hai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni gedik gila kan

Euwwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:16 PM | Show all posts
Dulu awal2 pernah ter tengok drama ruhaini dgn fatah kat tv3... sgt2 menguji kesabaran tgk drama tu... arahan atau terbitan a.aida ... tak ingat tajuk ape... sampai level i sanggup tutup tv drpd tgk cite tu... mase tu ade course yg dok ceruk kampung tak de siaran tv kecuali tv3... minah ni trying harder nak nampak cam nora danish...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:22 PM | Show all posts
kurus- tapi kuat makan

baju raya - serendah rm299 (rendah ke?)

itu je point yg meols faham apa dia nak beritahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2017 01:25 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 8-6-2017 01:16 PM
Dulu awal2 pernah ter tengok drama ruhaini dgn fatah kat tv3... sgt2 menguji kesabaran tgk drama tu. ...

kheng sis.. dia harder nk jd nora danish dan comel2x.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
so what....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 8-6-2017 01:16 PM
Dulu awal2 pernah ter tengok drama ruhaini dgn fatah kat tv3... sgt2 menguji kesabaran tgk drama tu. ...

hello mr perfect ....siap ada edisi raya lg
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya nama Ruhainies sangat unik dan saya seorang sahaja memiliki nama itu di Malaysia. Begitu juga nama kakak saya, Risteena,


ayyoo bimbonya statement... eh hello? Ruhainis tu nama common sejak 80an lagi..kawan sekolah.meols ada sorg nama Ruhainis.

Risteena tu lagi la berlambak bbnu pakai..siap masa kes liwat anwar ibrahim dulu pun ada saksi nama risteena
choyy perasan popular minah kemut ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
“Buat masa sekarang, saya memang tiada teman lelaki yang istimewa kerana sangat sibuk bekerja. Doakanlah saya bertemu jodoh dengan cepat (ketawa),” kata Ruhainies.


kuat propa ni..dah byk fans nampak sheols dok berendet dgn pelakon kayu nama Asyraf Ali tu... choyy kuasa dua!
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2017 01:33 PM | Show all posts
Leha_Janda replied at 8-6-2017 01:25 PM
kheng sis.. dia harder nk jd nora danish dan comel2x.

Tu la pasal... dalam gambar boleh la posing2 comel cam nora... tapi bile on tv... jauh panggang drpd api kottt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.077083 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list