CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4827|Reply: 14

20 tahun penutup pen dalam paru-paru

[Copy link]
Post time 10-6-2017 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Penutup pen yang dikeluarkan dari pesakit. - Foto Asia Wire

HUNAN - CHINA. Punca batuk-batuk yang sering dihadapi seorang lelaki sejak kecil akhirnya diketahui selepas doktor menemui penutup pen tersekat di paru-parunya.

Doktor terkejut selepas menemui penutup pen berkenaan selepas lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Wang mula mengalami batuk berdarah dan pergi mendapatkan rawatan di hospital.

Ketika doktor menunjukkan penutup pen berkenaan, lelaki itu mengakui pernah menyedut objek berkenaan ketika kanak-kanak iaitu sekitar tahun 1990 an.

Dia sering mengalami batuk sejak kanak-kanak lagi dan lelaki yang kini berusia awal 20 an itu tidak menyangka ia sebenarnya adalah disebabkan penutup pen berkenaan.

Wang dari  Huaiha di wilayah Hunan memberitahu, dia mengalami batuk kronik dan ketidakselesaan pada dada sejak berusia enam atau tujuh tahun, namun tidak mengetahui punca sebenar.

"Saya sentisa mengalami batuk dan jangkitan paru-paru, namun ini pertama kali saya menjalani pemeriksaan ke hospital kerana saya mula mengalami batuk berdarah," katanya dipetik Mirror.uk.

Melalui imbasan, doktor Zhou Kangren dan pasukannya menemui penutup pen yang menghalang laluan udara yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Endoskopi dilakukan ke atas Wang dan objek berkenan berjaya dikeluarkan dari dalam badan pesakit.

Hanya selepas ditunjukkan kepada lelaki itu, dia mengakui pernah menelannya ketika kecil.

Wang masih dirawat dan dijangka keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2017 03:42 PM | Show all posts
msa heols dh btuk2 dlu xprgi hosp. ke? xde bt xray ke? lme plak tue pnutup pen tue dok kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 04:58 PM | Show all posts
20 years..must be painful
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 10-6-2017 03:42 PM
msa heols dh btuk2 dlu xprgi hosp. ke? xde bt xray ke? lme plak tue pnutup pen tue dok kt situ..

Mungkin keluarga pesakit ingat batuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lega betul dia rasa lepas ni..
Agak seksa sebenarnya bila kerap sangat batuk nak2 batuk kronik..tekak perit 1 hal, dada sakit n yg paling azab urat2 Kat perut smua rasa kejang aje..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 02:44 AM | Show all posts
Nasib baik dah selamat buang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2017 03:46 PM | Show all posts
lega lepas buang ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kena penyakit batuk selesema yg jrg2 tu pun dah rasa kurang selesa dan tak best ini kan pulak 20 thn terbatuk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2017 08:55 AM | Show all posts
mcmna boleh sangkut kat paru2? bukan ke pegi ke perut terus
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 09:49 AM | Show all posts
pergh...lama giler penutup pen dalam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 10:22 AM | Show all posts
mse kecik knpa x report kat family yg dia penah telan penutup pen?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:24 AM | Show all posts
that feeling.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamane boleh sesat ke paru paru ye ?.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 03:33 PM | Show all posts
boleh pulak penutup pen tu tak hancur kan, elok jer duduk sana 20 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 06:49 PM | Show all posts
Macamana boleh jadi camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.210919 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list