Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
10542
View
130
Reply

[BEST]Story dari Didi

[Copy link]

Author: didiandkids       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 14-6-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry lah sebab lambatbupdate in sha Allah malam ni akan ku update lagi
Berkaitan dengan sri iskandse nanti aku citer
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hish..... Apo tergamak niaya adik badik ni....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-6-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
6. Mama

Okay sebelum aku ceritakan bab ni aku nak bagi biodata ringkas pasal family aku.

Adik beradik aku ada 4 orang

Along
Angah
Achik
Aku

Aku satu-satunya perempuan (senanya 2 perempuan tapi adik aku tu meninggal masa umur setahun)

Rumah aku ni rumah taman. Ada 3 bilik 2 bilik air. Satu tu bilik parents aku. Satu lagi bilik abang2 aku and satu lagi bilik aku. (Ni pelan rumah time umur aku 13)

Sambungan...

Aku tersedar bila aku dengar suara orang menjerit. Aku pun meluru lah keluar tengok-tengok ayah aku tengah pegang mama aku. Yang Mama aku pulak terjerit-jerit macam orang tak waras. Abang-abang aku terus pegang Mama aku. Aku nampak mulut Ayah aku terkumat kamit, sebelum Mama aku pengsan macam tu je.

Aku pula masih terpinga-pinga, Ayah aku terus suruh kami tidur kat ruang tamu ramai-ramai. Aku cuba tanya Ayah tapi aku tengok Ayah muka stress je so aku pun batalkan lah niat murni aku tu.

Pagi tu Mama bangun sihat walafiat. Macam tiada apa-apa je. Aku tanya Mama ingat ke apa berlaku malam tadi. Dia tanya balik aku "kenapa jadi apa?"

Ayah aku pun cerita lah kat Mama aku. Tapi Mama aku siap sumpah kata dia tak ingat apa-apa pun. So Ayah aku pun terus tutup mulut.

Kebetulan sarapan pagi tu nasi lemak yang alas daun pisang, terus Ayah aku kata jangan nak alas-alas daun pisang dah. Dekat kami adik beradik pun dia pesan jangan beli makanan yang ada alas daun pisang. Achik pun tanyalah tapi Ayah aku suruh ikut je.

Pagi tu memang Mama sihat walafiat, tapi asar tu...

Dalam pukul 4 lebih macam tu tiba-tiba Mama aku mengadu kata kaki dia sakit macam ada orang pijak kaki dia. Tapi lepas azan Mahgrib terus kaki dia elok.

Hal ni mula berlanjutan sampai seminggu. Pukul 4 lebih je mula Mama aku mengadu. Kami adik beradik semua urutkan Mama. Ayah bawa Mama pergi klinik mana tahu ada penyakit apa-apa. Tapi Doktor kata Mama aku sihat je.

Hari ke 7

Malam tu Mama muntah darah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh penulisan TT baik sekali, bahasa teratur dan senang paham. Tak sabar nak tunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 12:56 PM | Show all posts
sila sambung kalau sempat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-6-2017 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum aku nak sambung perlu diingatkan kisah ni memang panjang kesnya. Dekat 4 tahun wo sampai aku dah nak spm baru setel
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketagih dah neh.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
waklaikomsalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 09:10 AM | Show all posts
tak sabar nak tunggu tt update.. terbaik lah tt
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tak Sanaa nak tunggu TT sambung
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 09:57 AM | Show all posts
didiandkids replied at 15-6-2017 04:04 PM
Sebelum aku nak sambung perlu diingatkan kisah ni memang panjang kesnya. Dekat 4 tahun wo sampai aku ...

jom sambung jom...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 03:26 PM | Show all posts
Aiseh dgn penuh harapan aku bukak trid ni ingatkan ada update
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela.. TT cpt cpt update yer.. x sabar nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
yuhuuu...tt sila sambung ye..hari2 update baru habis kisah 4 thn tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tt patlah sambung. kalau bab family ni mcm2 kan boleh jadi. lagi2 kalau pasal harta wasiat ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. ada story baru.. kalau didi free iter la panjang2 sikit.. baca jap dah sambung..huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 12:07 PM | Show all posts
ADA STORY BARUUUUU
dah lama xde story baru nak follow kt MPS
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb harta je adik bradik pon boleh bermusuh.. sedihnye lahai kalau atok n opah tu tgk adik bradik mak TT jd cmni

sambung lagi TT,hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in nak follow
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-6-2017 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh sorrylah sebab dah lama aku tak update in sha Allah aku akan update seperti biasa balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mirebus replied at 17-6-2017 08:45 AM
tt patlah sambung. kalau bab family ni mcm2 kan boleh jadi. lagi2 kalau pasal harta wasiat ni

Sebab tu ada pepatah kata " rambut sama hitam, hati lain- lain." Sedangkan adik- beradik pun boleh saling berhasad dengki, apatah lagi orang luar.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-6-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
7. Ain

Malam tu Mama muntah darah. Terus di bawa ke hospital. Doktor kata nak buat ujian so Mama di tahan kena duduk dalam wad. Macam2 doktor buat kat Mama. Dicucuknya sana sini. Lepas 3 hari Doktor suruh balik.

Ayah mula bawa Mama berubat kat merata tempat. Dari Timur ke Barat, Dari Selatan ke Utara. Duit makin menyusut. Mama dah macam orang lain. Dah macam mayat hidup. Tapi makan macam biasa.

Time ni memang sengsara. Along bahagikan tugas kat kami adik beradik. Along tukang cuci/sidai baju. Angah and Achik tukang bersihkan rumah and aku pula tukang masak. Nasib aku ni terer juga memasak ni. Mama menangis, Mama kata dia rindu nak jalan2, nak masak, nak buat rutin dia dulu. Kami kata takpe kami boleh buat, kami boleh jaga Mama.

Adik beradik Mama semua datang melawat kecuali Mak Yong. Pak Long aku still ada "kena" tapi dah beransur hilang. Mak Cu aku kata jangan-jangan Mak Yong aku yang kenakan Mama and Pak Long. Tapi Mama marah mustahil Mak Yong nak buat macam tu.

Suatu hari ada orang melawat Mama iaitu anak Mak Yong si Ain.

Kakak Ain ni umur dah 23 dia ni cucu sulung. Ain ni rapat dengan Mama berbanding Mak dia sendiri. Aku pun rapat dengan dia sebab aku tiada kakak.

Ain datang rumah, tanya Mama aku macam mana tiba- tiba Mama suruh kami semua keluar kecuali Ain je. So kami pun ikut jelah. Time ni Ayah takde kat rumah.

Aku tengok Tv tapi aku perasan Along muka dia lain macam. Dia duduk dekat pintu curi dengar. Sekali dia buka pintu bilik Mama dan carutkan si Ain.

"Sial punya perempuan. Asal Mak kau buat Mama aku macam ni hah. Kau pergi balik aku tak nak tengok muka kau dah. Bagi tahu dekat Mak kau pergi mampus"

Kakak Ain terkejut dia terus lari keluar. Mama terus menangis marah Along. Mama kata dia tak salah. Dia tersepit.

Aku terpinga rupanya Ain datang rumah sebab nak bagitahu Mak Yong aku yang sihirkan Mama aku.

Terkejut aku. Sebab harta sanggup Mak Yong aku buat Mama macam tu. Along minta ampun kat Mama dia kata dia tak sengaja dia terkejut

Angah terus call ayah suruh balik. Tapi ayah kata dia tak boleh balik time tu. Kena tunggu malam.

Malam tu ayah balik dengan seorang pakcik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-6-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
8. Bangkit

Malam tu Ayah balik dengan seorang Pak Cik. Rupanya Tuk Imam. Geng masjid pun ada. Geng Mama aku pun ada. Diorang ziarah Mama.

Sebelum balik Tuk Imam bagi air yassin. Suruh Mama minum air tu. Along cakap kat kami dia dengar TM kata "Dia akan panas apa-apa panggil aku"

So Along cadangkan kami tidur ramai-ramai dekat ruang tamu. Aku pun on jelah seram sia dengar TM tu cakap macam tu.

Malam tu around 1-2 pagi aku rasa nak tershishi. So aku pun pergilah tandas. Aku nampak achik tengah makan. Sempat aku tegur " Oi tak kenyang lagi ke". Tapi achik buat dek je. Aku keluar tengok achik dah takde aku pergi ke toto tengok achik dah tidur. So aku syak achik dan habis makan. Aku pun menyambung mimpi aku....

Along pula dia kata dia bangun sebab tekak dia kering gila. Dia pergi dapur minum air tiba-tiba dia dengar anjing menyalak. Dia rasa tak sedap hati so dia pergi usha. Sekali ada kepala muka takde tengah menghadap dia. Along pun menjerit satu rumah dan pengsan.

Ayah pun bangun pergi dapur tengok Along pengsan. Time tu bau busuk gila. Aku terjaga tengom rumah dah huru hara. Ayah dengan Angah angkat si Along letak kat ruang tamu. Baru Ayah nak call TM. Tetiba Mama meluru keluar. MELURU KELUAR. Padahal dah 3 bulan Mama terbaring je tak bangun-bangun. Nak mengereng pun merintih.

Mama keluar lepastu dia duduk bersila. Gaya dia macam orang silat tu. Lepastu mulut dia terkumat kamit. Time ni aku dah menangis dah dengan si achik. Along cuba nak pegang Mama tapi Ayah tahan Along. Time ni rumah memang busuk gila sangat.

Tiba-tiba Mama jerkah aku.

Dan aku pengsan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 04:38 PM | Show all posts
didiandkids replied at 18-6-2017 02:08 PM
8. Bangkit

Malam tu Ayah balik dengan seorang Pak Cik. Rupanya Tuk Imam. Geng masjid pun ada. Gen ...

TM tu sapa??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047529s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list