Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
7169
View
115
Reply

[BEST]Story dari Didi

[Copy link]

Author: didiandkids    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 11-7-2017 07:23 PM | Show all posts
Sedih kan..kerana harta, adik beradik bergaduh,bomoh membomoh...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-7-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AKU SRSLY LUPA

yang aku ada bukak thread

In sha Allah didi akan seramkan hidup korang balik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-7-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
10. Pengakuan

Aku pun pergi dekat Mama dan peluk dia. TM dan jiran meminta diri untuk pulang. Sempat aku dengar Ayah meminta maaf sebab dah kacau orang  tapi TM senyum dan kata takpe

Malam tu kami semua tak tidur. Ayah suruh mandi dan ambil wuduk. Buat solat hajat dan baca yassin. Ayah kata esok lepas sarapan pergi rumah Mak Yong.

Esok paginya, seawal pukul 8 lebih kami dah keluar rumah. Rumah Mak Yong bukan jauh mana pun dekat je.

Kami datang nampak muka Mak Yong terkejut dengan kedatangan kami. Mama cuba hulurkan salam tapi Mak Yong pfft muka tak ikhlas time sambut salam Mama.

Awal-awal lagi Ayah aku dah pesan kami adik beradik kalau Mak Yong jemput makan jangan makan. Minum air pun jangan. Siap di pesannya masuk rumah kaki kanan dan baca al fatihah dan raup ke muka dan badan. Nampak macam over tapi yelah mana lah tahu time tu. Kalau adik dia pun dia sanggup buat ni kan kami ni.

Anak-anak disuruh duduk jauh. Tapi mungkin sebab Along aku dah besar jadi dia dibenarkan menyertai diorang.

"Sebenarnya apa yang Abg tak puas hati dekat kami ni?" Ayah aku terus straight to the point.

"Apa kau cakap ni " tanya Ayah Wek sambil menghembuskan asap rokoknya.

"Kenapa Abg guna-gunakan bini saya ni. Akak pun sama yg dibuat ni adik akak sendiri. Takde hati perut ke?"

"Eh kau tu orang luar. Hal ni hal kamu adik beradik!"

"Saya ni laki dia kak. Kalau akak nak sangat harta tu hah ambil lah bukan boleh bawak masuk kubur pun"

*skrip diatas adalah olahan semula aku. Tapi maksudnya tetap sama*

"Kau jangan main2 aku boleh hantar lebih keras lagi" Ayah Wek ugut Ayah.

"Aku tak takut, aku takut Allah je. Jangan sampai bala datang dekat abg"

Ayah mengajak kami pulang.Mama hanya diam dalam perbalahan tadi. Ayah yang suruh Mama diamkan diri.

Kami balik ke rumah. Ayah cakap nak bawa Mama ke Melaka pada esok hari untuk berubat.

Alhamdullilah Mama makin pulih selepas berubat di sana. Dah boleh melakukan aktiviti macam dulu-dulu. Setahun selepas itu Mama sihat sepenuhnya.

Mak Yong? Dalam setahun adik-beradik pakat-pakat pulaukan keluarga diorang. Time raya pun bila balik rumah pusaka keluarga Mak Yong tak dijemput.

Tapi menurut Pak Nyah aku, Mak Yong aku ada try nak "hantar" lagi. Tapi tak berjaya, gelas tu pecah. Nasib Pak Nyah aku tak minum lagi.

Tapi ada balasan untuk Mak Yong.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye..ada sambung.... selamat hari raya..didi n friend
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
seronok. sila update ya TT.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:43 AM | Show all posts
best plak citer dik tt ni..sambung yer dik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-7-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
11. Balasan

Time ni umur aku dah 17 tahun. Semenjak kejadian mistik 4 tahun yang lalu dan semenjak adik beradik Mama pakat pulau keluarga Mak Yong kami dah tak dengar cerita Mak Yong. Sebab masa umur aku 15 Mak Yong sekeluarga pindah entah ke mana. Aku pun tak tahu.

Tapi sebelum tu ada juga kami dengar-dengar cerita yang katanya keluarga Mak Yong aku ada problem

Okay sebelum tu aku nak story sikit
Mak Yong aku ada 6 orang anak

Ain
Razlan
Zarul
Mimi
Fatihah
Yang seorang lagi *Adik* dah meninggal waktu umur dia 3-4 tahun

Tak lama lepas kami pulaukan keluarga Mak Yong, keluarga dia jadi panas.

Si Ain kena penyakit misteri. Badan dia bengkak-bengkak. Nak jalan pun tak boleh.

Yang Razlan troublemaker kat sekolah. Yang ni pun sebab si Angah cerita sampai akhirnya kena buang sekolah.

Si Mimi lari dari rumah. Sampai lah beberapa tahun lepas baru dia muncul. Dia lari ikut lelaki.

Yang paling normal adalah Fatihah dan Zarul. Alhamdullilah diorang membesar jadi manusia normal dan selamat.

Bukan tu je keluarga Mak Yong aku mula ada masalah kewangan. FYI Mak Yong aku ni ada buka kedai makan. Manakala Ayah Wek aku pula kerja polis. Rupa-rupanya di belakang Mak Yong, Ayah Wek aku main judi. Hutang sana sini. Sampai tanah yang diwariskan untuk Mak Yong aku habis kena jual.

Terbongkar perkara ni pun lepas ada orang cari Ayah Wek dekat rumah. Kedai Makan Mak Yong aku pun tutup sebab merundum.

Tahu-tahu diorang pindah. Sebab nak lari dari hutang. Sampailah masa aku final year Mak Yong rumah.uncul kembali.

Mak Yong aku tetiba muncul di rumah Mama. Time tu aku dengan Achik dekat U. Mak Yong muncul nangis-nangis minta ampun dekat Mama aku.

Rupanya lepas pindah tu hidup diorang makin susah. Mak Yong aku terpaksa kerja jadi tukang cuci. Suatu hari bila Mak Yong aku balik tengok-tengok Ain dah takde. Dia meninggal dalam tidur.

Yang si Razlan mengikut perangai Ayah Wek. Akhirnya hilangkan diri dari rumah.

Si Zarul sampai berhenti sekolah sebab nak sara Mak Yong dan Fatihah. Sebab time ni Mak Yong aku kena diabetis. Dah tak larat nak kerja.

Time jumpa tu Mak Yong aku nangis-nangis minta ampun. Mama aku maafkan dia. Yelah air dicincang enggak akan putus bukan.

Mak Yong aku pun dah jumpa semua adik-beradik minta ampun.

Sehingga sekarang hubungan  diorang dah kembali macam dulu.

THE END

Cr DIDI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:05 PM | Show all posts
Kiranya Mak Yong dapat pembalasan jugak
Terima kasih nak ..cerita yang penuh pengajaran


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 02:51 PM | Show all posts
didiandkids replied at 12-7-2017 05:56 PM
11. Balasan

Time ni umur aku dah 17 tahun. Semenjak kejadian mistik 4 tahun yang lalu dan semenja ...
Nak tanya.. harta yg diwariskan pada mak ko tue.. dibagikan kepada Mak Yong ke pas perjumpaan last tue?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-7-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 13-7-2017 02:51 PM
Nak tanya.. harta yg diwariskan pada mak ko tue.. dibagikan kepada Mak Yong ke pas perjumpaan last  ...

Tak juga. Sebab yang ambil malam tu seingat aku hanya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-7-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 13-7-2017 02:51 PM
Nak tanya.. harta yg diwariskan pada mak ko tue.. dibagikan kepada Mak Yong ke pas perjumpaan last  ...

Tak juga. Sebab yang ambil malam tu seingat aku hanya Makcu aku and Pak Nyah je yang ambil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 10:40 AM | Show all posts

bestnye citer TT. Hope ade story yg lebih menarik lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:13 PM | Show all posts
kudos to didi.. nice story , jlan cerita yg senang di fahami. bab harta pusaka/duit  mmg boleh buat manusia jadi hamba pada harta dunia kan?

tt , if ada cite up lah lagi.. ketagih lah pulak ,,, huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 01:27 PM | Show all posts
kerana harta...
dah tak kira syirik ke apa
asalkan dapat apa yang dihajati
moga mendapat balasan yang setimpal,
tak di dunia, akhirat menanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 03:36 PM | Show all posts
siannya yg jadik mangsa anak2
sian dekat ain
kesian jugak kat zarul yg kene benti sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 04:46 PM | Show all posts
means btol gak eh..org boleh gelap hati sbb harta. aih..  yg psl gelang emas berjawi tu xde story ke..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-7-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by didiandkids at 14-7-2017 07:50 PM

Hai guys. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita aku yang kedua tu. Maaf juga sebab aku terlupa yang sebenarnya aku ada buka thread. Kali ni aku nak story tentang pengalaman aku masa belajar di sebuah universiti dalam Malaysia ni.

Kuasa 2


Kejadian ni terjadi masa umur aku 21 tahun. Aku ni ada seorang kawan nama dia Yaya. Minah ni boleh dikategorikan sebagai anak orang berada. Sebab dia tengah belajar dah ada kereta sendiri. Ayah dia orang bisnes so tak hairan lah...

Yaya ni housemate aku. Selain Yaya, housemate aku lagi seorang nama dia Wani (Housemate aku ada 5 orang yang lain tu watak tak penting lagi). Wani ni senegeri dengan aku. Manakala Yaya pula asal daripada negeri tempat kami belajar ni. Walaupun Yaya adalah anak orang berada, tapi dia tak sombong. Chill je. Orang senyum dia senyum. Pakai selipar takde jenama. Makanan semua dia balun. Mungkin sebab itu aku dan Wani boleh paku sama dia.

Macam aku mention awal-awal tadi, si Yaya ni ada kereta. Suatu malam, Yaya ajak aku keluar teman dia makan. So aku pun on jelah. Si Wani takde sebab dia keluar dengan WTP (Watak Tak Penting). Ada projek katanya.... Time tu baru pukul 9 lebih

So kami pun singgah kedai tomyam dan melantak. Sempat jugalah Si Yaya bungkuskan nasi goreng kampung untuk diorang. Nanti merajuk kata kami tak ingat orang kat rumah pulak huhu.

Otw nak balik jam baru pukul 11. Si Yaya yang drive sebab aku mana ada lesen kereta. Ada lesen motor je.

Sampai-sampai bagi salam and masuk rumah. Aku tak perasan lagi time tu.

Yaya : "Eh korang makanlah ni aku beli nasi goreng kampung. Nanti kata lupa kawan pula makanlah."

Tapi semua diam je diorang asyik pandang aku atas bawah

Aku : "Oi kenapa tengok aku macam tu? Hahahaha"

Tetiba Wani and WTP.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen..sambung pleasw
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 12:48 AM | Show all posts
Alamak baru nak saspen...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 01:37 AM | Show all posts
Alaaa..baru nak saspen ni.

Tt..cepatla sambung, Tazabarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 06:44 AM | Show all posts
adoi dik nape tak taip habis
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 12:10 PM | Show all posts
didiandkids replied at 13-7-2017 04:56 PM
Tak juga. Sebab yang ambil malam tu seingat aku hanya Makcu aku and Pak Nyah je yang ambil.

tt..nk tnya..kalau mak ty x amik brg kemas bhgn mak tt..hbs tu..sapa yg amik bhgn mak tt ? Mak yong ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 06:14 PM | Show all posts
adoiiiiii dah kenapa terbantut siaran nii.... huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kesian anak2 mak long tu la..esp macam ain. Katanya baik dgn mak didi kan.. tak pasal2 kena tempias..

Sedih baca yang part ending tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh apesal ter-double post lak. Sori eh i lak tak reti camne nak delete post..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.060040s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list