CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: didiandkids

[BEST]Story dari Didi

  [Copy link]
Post time 17-6-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. ada story baru.. kalau didi free iter la panjang2 sikit.. baca jap dah sambung..huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 12:07 PM | Show all posts
ADA STORY BARUUUUU
dah lama xde story baru nak follow kt MPS
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb harta je adik bradik pon boleh bermusuh.. sedihnye lahai kalau atok n opah tu tgk adik bradik mak TT jd cmni

sambung lagi TT,hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in nak follow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2017 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh sorrylah sebab dah lama aku tak update in sha Allah aku akan update seperti biasa balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mirebus replied at 17-6-2017 08:45 AM
tt patlah sambung. kalau bab family ni mcm2 kan boleh jadi. lagi2 kalau pasal harta wasiat ni

Sebab tu ada pepatah kata " rambut sama hitam, hati lain- lain." Sedangkan adik- beradik pun boleh saling berhasad dengki, apatah lagi orang luar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
7. Ain

Malam tu Mama muntah darah. Terus di bawa ke hospital. Doktor kata nak buat ujian so Mama di tahan kena duduk dalam wad. Macam2 doktor buat kat Mama. Dicucuknya sana sini. Lepas 3 hari Doktor suruh balik.

Ayah mula bawa Mama berubat kat merata tempat. Dari Timur ke Barat, Dari Selatan ke Utara. Duit makin menyusut. Mama dah macam orang lain. Dah macam mayat hidup. Tapi makan macam biasa.

Time ni memang sengsara. Along bahagikan tugas kat kami adik beradik. Along tukang cuci/sidai baju. Angah and Achik tukang bersihkan rumah and aku pula tukang masak. Nasib aku ni terer juga memasak ni. Mama menangis, Mama kata dia rindu nak jalan2, nak masak, nak buat rutin dia dulu. Kami kata takpe kami boleh buat, kami boleh jaga Mama.

Adik beradik Mama semua datang melawat kecuali Mak Yong. Pak Long aku still ada "kena" tapi dah beransur hilang. Mak Cu aku kata jangan-jangan Mak Yong aku yang kenakan Mama and Pak Long. Tapi Mama marah mustahil Mak Yong nak buat macam tu.

Suatu hari ada orang melawat Mama iaitu anak Mak Yong si Ain.

Kakak Ain ni umur dah 23 dia ni cucu sulung. Ain ni rapat dengan Mama berbanding Mak dia sendiri. Aku pun rapat dengan dia sebab aku tiada kakak.

Ain datang rumah, tanya Mama aku macam mana tiba- tiba Mama suruh kami semua keluar kecuali Ain je. So kami pun ikut jelah. Time ni Ayah takde kat rumah.

Aku tengok Tv tapi aku perasan Along muka dia lain macam. Dia duduk dekat pintu curi dengar. Sekali dia buka pintu bilik Mama dan carutkan si Ain.

"Sial punya perempuan. Asal Mak kau buat Mama aku macam ni hah. Kau pergi balik aku tak nak tengok muka kau dah. Bagi tahu dekat Mak kau pergi mampus"

Kakak Ain terkejut dia terus lari keluar. Mama terus menangis marah Along. Mama kata dia tak salah. Dia tersepit.

Aku terpinga rupanya Ain datang rumah sebab nak bagitahu Mak Yong aku yang sihirkan Mama aku.

Terkejut aku. Sebab harta sanggup Mak Yong aku buat Mama macam tu. Along minta ampun kat Mama dia kata dia tak sengaja dia terkejut

Angah terus call ayah suruh balik. Tapi ayah kata dia tak boleh balik time tu. Kena tunggu malam.

Malam tu ayah balik dengan seorang pakcik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
8. Bangkit

Malam tu Ayah balik dengan seorang Pak Cik. Rupanya Tuk Imam. Geng masjid pun ada. Geng Mama aku pun ada. Diorang ziarah Mama.

Sebelum balik Tuk Imam bagi air yassin. Suruh Mama minum air tu. Along cakap kat kami dia dengar TM kata "Dia akan panas apa-apa panggil aku"

So Along cadangkan kami tidur ramai-ramai dekat ruang tamu. Aku pun on jelah seram sia dengar TM tu cakap macam tu.

Malam tu around 1-2 pagi aku rasa nak tershishi. So aku pun pergilah tandas. Aku nampak achik tengah makan. Sempat aku tegur " Oi tak kenyang lagi ke". Tapi achik buat dek je. Aku keluar tengok achik dah takde aku pergi ke toto tengok achik dah tidur. So aku syak achik dan habis makan. Aku pun menyambung mimpi aku....

Along pula dia kata dia bangun sebab tekak dia kering gila. Dia pergi dapur minum air tiba-tiba dia dengar anjing menyalak. Dia rasa tak sedap hati so dia pergi usha. Sekali ada kepala muka takde tengah menghadap dia. Along pun menjerit satu rumah dan pengsan.

Ayah pun bangun pergi dapur tengok Along pengsan. Time tu bau busuk gila. Aku terjaga tengom rumah dah huru hara. Ayah dengan Angah angkat si Along letak kat ruang tamu. Baru Ayah nak call TM. Tetiba Mama meluru keluar. MELURU KELUAR. Padahal dah 3 bulan Mama terbaring je tak bangun-bangun. Nak mengereng pun merintih.

Mama keluar lepastu dia duduk bersila. Gaya dia macam orang silat tu. Lepastu mulut dia terkumat kamit. Time ni aku dah menangis dah dengan si achik. Along cuba nak pegang Mama tapi Ayah tahan Along. Time ni rumah memang busuk gila sangat.

Tiba-tiba Mama jerkah aku.

Dan aku pengsan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 04:38 PM | Show all posts
didiandkids replied at 18-6-2017 02:08 PM
8. Bangkit

Malam tu Ayah balik dengan seorang Pak Cik. Rupanya Tuk Imam. Geng masjid pun ada. Gen ...

TM tu sapa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2017 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cengkihgirl replied at 18-6-2017 04:38 PM
TM tu sapa??

Tuk Imam
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
didiandkids replied at 18-6-2017 01:54 PM
7. Ain

Malam tu Mama muntah darah. Terus di bawa ke hospital. Doktor kata nak buat ujian so Mama  ...

Kat cni lost sikit..

" Pak Long aku still ada "kena" tapi dah beransur hilang. Mak Cu aku kata jangan-jangan Mak Yong aku yang kenakan Mama and Pak Long.."

Pak Long ke Pak Nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sambung ye TT....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 02:28 PM | Show all posts

Ingatkan telekom malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
aqua_marine replied at 18-6-2017 05:06 PM
Kat cni lost sikit..

" Pak Long aku still ada "kena" tapi dah beransur hilang. Mak Cu aku kata ...

Pak nyah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Guys aku akan hapdet malam ni sibuk sikit minggu ni:zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 10:50 PM | Show all posts
Kalau libatkan harta pusaka, adik beradik boleh jadi musuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
9. Jumpa

Aku sedar-sedar je tengok muka Ayah aku. Aku pun terkujat dan terus duduk. Dengan pening-pening lalat aku tengok sekeliling, aku tengok Mama aku elok terduduk sambil menangis. Baru aku sedar TM dan isteri pun ada sekali. Dengan jiran sebelah rumah aku Mak Nab dan laki dia.

"Tak boleh jadi ni Mad. Aku cadangkan kau jumpa jelah depan-depan kakak ipar kau tu"

"Aku tak sangka dia sbbnanggup buat aku macam ni. Adik dia sendiri ni sanggup buat macam ni."

Oleh sebab aku tak faham langsung dengan perbualan diorang jadi aku pun mendekati Angah dan meminta dia throwback apa jadi time aku pengsan

Angah punya citer

Lepas tengok si didi pengsan sebab jerkahan Mama, aku terus berlari keluar dari rumah dan minta tolong Mak Nab dan family. Sementara Ayah dan Along cuba untuk mengawal Mama yang keserupan aku terus tarik Achik. Yelah dia ni budak lagi nanti dia pula pengsan macam Didi.

Mak Nab and Laki dia terus datang rumah. Terkejut Mak Nab tengok Mama aku yang masih di posisi tadi. Mulut Mama terus bercakap bahasa yang aku sendiri tak faham.

Tiba-tiba muncul penyelamat yang aku tunggu dari tadi. Tuk Imam (TM) akhirnya muncul dengan coolnya. Rupanya laki Mak Nab telah mengcalling TM untuk menyelamatkan family aku yang dah huru hara.

TM terus meluru masuk. Dia minta Ayah aku dengan Along pegang Mama. TM terus baca sesuatu dan terus sambarkan serban dia dekat kepala Mama. Serentak tu Mama muntah dan terus pengsan. Busuk gila dan aku perhatikan muntah Mama tu ada seketul daging.

"Aku tak boleh buang benda tu. Aku dapat reda kan je"

TM terus membaca sesuatu dekat Air dan suruh Ayah bagi Dididan Mama minum.

Mama sedar dia terus menangis kuat-kuat.

Aku perasan mata Didi pengecut tu pun sedar.

.......
"Oh macam tu.  Dah tu diorang bincang apa tu" tanya aku separuh berbisik

"Mama dengan ayah nak bersemuka dengan Mak Yong"


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry lah lambat update aku sibuk gilaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 03:25 PM | Show all posts
nak raya kan???sibuk laa....
sambil tgk tv tu leh update
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.383275 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list