CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2524|Reply: 16

Kebakaran Di London: 12 Orang Terbunuh, Bayi Dicampak Dari Tingkat Atas Terselam

[Copy link]
Post time 15-6-2017 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Kebakaran Menara Grenfell, Utara Kensington, London, awal pagi kelamrin sememangnya menggemparkan semua orang dan ianya adalah satu kebakaran yang besar.


Setakat ini dilaporkan seramai 12 orang disahkan terbunuh akibat tidak dapat menyelamatkan diri dari api yang marak dengan cepat hingga ke atas.dan polis menjangkakan jumlah kematian terus meningkat.



sumber: http://media2.intoday.in/

Memetik laporan BBC, ramai penghuni yang bertindak mencampakkan anak-anak mereka ke luar tingkap dengan harapan mereka terselamat.



Seorang pemerhati, Samira Lamrani berkata dia telah melihat seorang bayi dicampak dari tingkap tingkat sembilan atau 10 menara.


"Orang ramai mula muncul di tingkap, sambil menjerit," katanya kepada akhbar London's Evening Standard.

"Ada satu tingkap terbuka sedikit, seorang wanita memberi isyarat bahawa dia mahu mencampak bayinya dan mahu seseorang menangkap anaknya dari bawah."

"Seseorang telah melakukannya, seorang lelaki berlari dan berjaya menangkap bayi berkenaan," kata Lamrani.







Lebih 60 orang dilaporkan cedera.


Pemerhati dan penduduk sekitar melaporkan adegan panik.


Sementara itu, kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kebakaran di barat London hari ini.


Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan sekitar kejadian yang ingin mendapatkan bantuan agar segera mengubungi Suruhanjaya Tinggi di London melalui talian 44 207 235 8033.- CARI

sumber : http://cf.c.ooyala.com/



sumber: www.thesun.co.uk/

sumber: www.thesun.co.uk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2017 01:57 PM | Show all posts
Innalillah... semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 02:58 PM | Show all posts
Sahur selamatkan mangsa kebakaran di London
GLOBAL Penghuni beragama Islam yang menjalani ibadah puasa, menjadi antara hero yang telah menyelamatkan penghuni lain di Grenfell Tower, apabila menjadi individu awal menyedari kebakaran itu.

Penduduk muslim berkenaan kemudian mengejutkan jiran-jiran lain dengan mengetuk pintu rumah mereka bagi menyelamatkan nyawa, sesetengahnya membahayakan nyawa sendiri.

Rashida, seorang penduduk tempatan memberitahu Sky News, ramai penghuni muslim yang berjaga untuk menunggu waktu bersahur ketika kejadian berlaku.

"Kebanyakan Muslim yang menjalani ibadah Ramadan biasanya tidak akan tidur sehingga kira-kira pukul 2 pagi, atau mungkin jam 2.30 pagi, kerana mereka bersahur.


"Oleh itu, kebanyakan keluarga di sekitar sini akan berjaga dan saya fikir ditambah dengan bunyi helikopter, ia menarik perhatian banyak penduduk termasuk bukan Islam, yang akan fikir sesuatu yang tidak kena berlaku," katanya.

Dia berkata penghuni di situ terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang hidup aman damai antara satu sama lain.

“Anda boleh berjalan-jalan dengan selamat pada lewat malam, kami semua kenal antara satu sama lain,” katanya.

Nadia Yousuf, 29, memberitahu penghuni muslim adalah antara individu pertama melihat kebakaran itu, kerana mereka bangun untuk menyediakan sahur.
"Mereka melihat api selepas mereka bangun untuk makan", katanya.

Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 70 lagi cedera dalam kebakaran besar yang memusnahkan sebuah blok kediaman 24 tingkat di London semalam.

Kejadian itu berlaku dua minggu selepas serangan pengganas di London Bridge yang mengorbakan tujuh nyawa.

-Malaysiakini- http://www.malaysiakini.com/news/385657



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Campak baby dari tingkat 10..cannot imagine

Moga ibunya jua selamat
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:13 PM | Show all posts
takziah.. mek tgk berita semlam,. cepat api marak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu laa..heran gak building tu tak runtuh cam wtc !  Mcm demolition work!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2017 03:31 PM | Show all posts
innalillah untuk heshe2 kokesen disana
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 03:38 PM | Show all posts
Hingga ke pagi ni geng bomba dok masih berusaha nak padamkan api kebakaran yang tak padam2 lagi tu.  Kesian bomba yang nak membantu pun ada yang cedera dan pastinya kepenatan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon merge dgn topik sedia ade ye momod..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 06:19 PM | Show all posts

The aftermath..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 06:36 PM | Show all posts

Mamat Melayu Ni Dok Tingkat Bawah


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 12:27 AM | Show all posts

tu la..  sape lari dia selamat..  yg ikot arahan polis jangan keluar suma mati rentung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 01:26 AM | Show all posts
Dah habis hangus rentung. Agaknya akan dirobohkan terus. Maklumlah tower ini umpama flat pprt di kawasan elit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 08:33 PM | Show all posts
ultra78 replied at 18-6-2017 01:26 AM
Dah habis hangus rentung. Agaknya akan dirobohkan terus. Maklumlah tower ini umpama flat pprt di kaw ...


Enggang sama enggang bak kata..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 05:31 PM | Show all posts

Sakit Jiwe Bila Mangse Ditempatkan Kediaman Percume

^CUN_GILA~. replied at 20-6-2017 08:33 PM
Enggang sama enggang bak kata..


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 06:17 PM | Show all posts
Sangat berharap akak gosh akan dilindungi tohan..sebab lama tak nampak dia online.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 06:24 PM | Show all posts

Ada mangsa yang mempunyai 5 orang anak.. sebelum kejadian yang sangat menyedihkan ini mereka tinggal di flat tu hanyalah mempunyai 2 bilik titur sahaja, tetapi bila council offer mereka rumah yang mana juga mempunyai 2 bilik tidur..mereka dengan sengaja tidak mahu menerima di atas alasan mereka mempunyai ramai anak. Tak sedar diri hidup ditanggung oleh tax payer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.774370 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list