CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4835|Reply: 8

Islam Perlu Ditamadunkan, Supaya Tidak Memancung Kepala Sesiapa Dengan Pandangan

[Copy link]
Post time 16-6-2017 05:43 AM | Show all posts |Read mode
Islam Perlu Ditamadunkan, Supaya Tidak Memancung Kepala Sesiapa Dengan Pandangan Berbeza – S Thayaparan
By Some Random Guys -  April 28, 2017



Putrajaya: Agama Islam perlu melalui proses ‘pentamadunan’ sepertimana yang pernah dilalui oleh agama Yahudi dan Kristian sebelum layak membahaskan nilai-nilai liberalisme, dakwa kolumnis Malaysiakini, S Thayaparan. Suatu pemikiran menurutnya, tidak akan memancung kepala sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza dan juga tidak menyarankan agar mangsa rogol mengahwini perogolnya.

S Thayaparan mengemukakan pandangan sedemikian dalam artikelnya yang berjudul “Liberalism a threat only to the kind of Islam tyrants preach” bagi menempelak pandangan Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Abdullah Md Zin yang menyifatkan liberalisme sebagai ancaman besar terhadap agama Islam.

“Bilakah kali terakhir seorang Malaysia yang ‘liberal’, tidak kisah walau apa pun agamanya, pancung kepala seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengannya? Bilakah kali terakhir seorang Malaysia yang liberal menyarankan agar wanita mangsa rogol mengahwini perogolnya atau mereka di bawah umur adalah bersedia untuk perkahwinan?” soal beliau.

“Tanpa proses ‘pentamadunan’ (civilising) sepertimana yang telah dilalui oleh dua lagi kepercayaan samawi (Abrahamic), di mana Islam begitu terdesak memerlukannya, tentu tidak ada nilai-nilai ‘liberal’ yang boleh dibincangkan,” tambahnya lagi.

Beliau juga mendakwa bahawa golongan yang takut akan liberalisme pada hakikatnya takut akan kehilangan kuasa sekiranya masyarakat lebih memilih pemikiran Islam liberal daripada pemikiran Islam yang mereka bawa.

“Mereka yang takut akan ‘liberalisme’ tidak kiralah bagaimana mereka menafsirkannya, pada hakikatnya takut kehilangan kuasa apabila masyarakat yang telah diperkasakan membuat pilihan-pilihan lain. Jadi, ya, liberalisme adalah merupakan suatu ancaman kepada jenis Islam yang mereka ajar,” dakwa beliau.

S Thayaparan kemudian mendesak orang ramai agar menjelaskan pendirian dan tidak bertolak-ansur dalam isu ini hanya untuk mententeramkan umat Melayu-Islam sekiranya mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang dicita-citakan oleh golongan Islamis yang korup.

https://www.menara.my/islam-perlu-ditamadunkan-supaya-tidak-memancung-kepala-sesiapa-dengan-pandangan-berbeza-s-thayaparan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2017 08:27 AM | Show all posts
keeling mabok
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Isis, ya patut ditamadunkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 02:24 PM | Show all posts
Achong Mulhid yang patutnya ditamaddunkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap praktis yang ada di dunia ini perlu ada pemimpin yang bijak yang bersifat universal. Itu salah satu kunci kejayaan akhlak manusia yang berada dalam kepimpinannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:30 AM | Show all posts
Edited by Abah+Kau.Mulhid at 7-8-2017 06:42 PM
ibnur replied at 19-6-2017 06:24 AM
Achong Mulhid yang patutnya ditamaddunkan.

dengan potong kepala?   


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2017 02:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 11:46 AM | Show all posts
Geometry replied at 22-6-2017 03:26 PM
Setiap praktis yang ada di dunia ini perlu ada pemimpin yang bijak yang bersifat universal. Itu sala ...

Pemimpin yang bijak datangnya dari rakyat yang bijak.
Hanya rakyat yang bijak akan memilih pemimpin yang bijak.

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi penguasa bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Al An’aam: 129)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 12:16 PM | Show all posts

cuba kamu teliti betul2
kisah Muhammad di Madinah
tentang hukum potong tangan, rejam dgn batu, sebat 100 kali atau pancung kepala

dan ikuti gak kisah mereka2 yg mengadu ttg kejahatan/dosa mereka

kan boleh diterima akal
bukan sekadar macam dok sembang kedai kopi kannnnnnnn

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.184993 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list