CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazrullah

Misteri warong tepi jalan

  [Copy link]
Post time 30-11-2018 05:54 PM | Show all posts
puteribaya replied at 30-11-2018 04:25 PM
entah2 makcik warung tu jelmaan hantu

takkan hantu siang2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaCitra replied at 29-11-2018 11:51 PM
Awak takder pengalaman ke?kongsi lah sama,,hehe

Kite tkde la cite mistik2 nie sbb tk kna ngan diri kita tapi kna pd kwn saya waktu tu saya ade dkat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapz replied at 30-11-2018 09:19 PM
Kite tkde la cite mistik2 nie sbb tk kna ngan diri kita tapi kna pd kwn saya waktu tu saya ade dka ...

So awak pnh tgok pengalamn org len la ni ,,kerasukan ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
rasuk?bkn....mcm kena histeria gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 12:24 PM | Show all posts

terpulang pd kepercayaan masing2... kalo kepercayaan korang, hantu hanya waktu mlm... mlm lah.. kalao dia nk muncul waktu siang, apa hak kita utk menghalang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 01:23 PM | Show all posts
beruangcomel replied at 3-12-2018 12:24 PM
terpulang pd kepercayaan masing2... kalo kepercayaan korang, hantu hanya waktu mlm... mlm lah.. ka ...

tp sy penah terbaca,,tghri kita adalah tgh mlm mereka...so,mungkin tu waktu diorg keluar.who knows..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 04:54 PM | Show all posts

hantu bukan malam jer..kalu dia nak terpa alam manusia..siang ke malam..dia datang jer..pertukaran shift biasanya 12 pm dan 12 am..sbb tu org tua2 larang anak2 main tengahari rembang (<> pukul 12pm)tapi kebiasaannya malam sunyi, gelap..dimana kegelapan tu kriteria yg dia gemar
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 06:15 PM | Show all posts
puteribaya replied at 4-12-2018 04:54 PM
hantu bukan malam jer..kalu dia nak terpa alam manusia..siang ke malam..dia datang jer..pertukaran ...

penah baca..tghri kita adalah tgh mlm diorg..and vice versa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 06:16 PM | Show all posts
ladyone replied at 3-12-2018 01:23 PM
tp sy penah terbaca,,tghri kita adalah tgh mlm mereka...so,mungkin tu waktu diorg keluar.who knows ...

bukan x percaya..cuma tu natural refleks...sy penah je dgr bunyi guli dalam umah masa belajar dulu,siang2 hari..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 12:57 PM | Show all posts
ladyone replied at 29-11-2018 01:40 PM
penah lalu jalan klan-teluk intan pokol 2pg.
husben cakap dia nampak ada gerai jual nasi lemak kat  ...

klang teluk intan?..kt mana ada hutan??
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:30 PM | Show all posts
Akuler replied at 5-12-2018 12:57 PM
klang teluk intan?..kt mana ada hutan??

aku rasa bukan hutan, tp ladang sawit kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:33 PM | Show all posts
beruangcomel replied at 30-11-2018 04:10 PM
aku pun nak tumpang nyelit... kisah ni pengalaman abg aku.. masa dia gi belah2 pahang.. time tu.. ra ...

mcm pengalaman kawan aku la
dr penang nk balik kedah
lalu hi way nk masuk tol gurun tu
ternampak orang usung keranda mayat tepi hi way
dah la malam-malam plak tu
pastu baru terfikir kenapa ada orang usung mayat, kenapa tak naik van mayat je?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 01:36 PM | Show all posts
annehuda replied at 5-12-2018 01:30 PM
aku rasa bukan hutan, tp ladang sawit kot

mungkin kot..sbb husben yg nampak..sy x nampak..dia cite bila dah sampai kg..cuma sepanjang perjalanan tu rasa x sedap hati..

waktu awal perjalanan,sy 'tertegur' benda kat tepi jalan..berbungkus.. mengikut kata mak mertua,tu anak pon*****k..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 05:43 PM | Show all posts
annehuda replied at 5-12-2018 01:33 PM
mcm pengalaman kawan aku la
dr penang nk balik kedah
lalu hi way nk masuk tol gurun tu

i byk dgr cerita pasal R&R dgn tol Gurun. ramai org nampak mcm2 kt situ. makcik i & cousin i antara mangsa. makcik i nampak cik pon dok bertenggek kt pokok dkt dgn parking area. cousin i nampak ape ntah, dia xnak cerita. tapi demam la seminggu

kt belakang R&R tempat bas berenti tu, ada jalan belakang. diorang buat jalan tar elok je, jenis jalan kecik utk one way. klo bertembung kereta, satu kene reverse terjun belukar sikit . jalan tu tembus ke pekan Gurun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2019 02:32 PM | Show all posts
#mymetro

Malam ada, siangnya hilang! Jangan berhenti jika nampak warung di Kuala Pegang

JIKA anda orang luar dan melalui lebuh raya Kulim-Baling pada lewat malam, berhati-hati terutamanya  jika nampak ada gerai makan di tepi jalan.Jika lapar sekalipun, tahanlah dahulu. Kalau berhenti, mungkin anda sedang mengisi perut di warung yang tidak wujud pada mata kasar manusia.Pernah berlaku beberapa tahun dahulu, sekumpulan pengkaji sejarah datang ke Baling, Kedah untuk melakukan kajian.

Setelah seharian menjalankan tugas, mereka pulang ke rumah penginapan yang disediakan, berdekatan dengan lebuh raya ini.Sebelum itu salah seorang penduduk kampung yang mengiringi mereka pernah berpesan. Katanya: “Kalau hendak keluar makan malam, nanti belok ke kiri bila tiba di jalan raya. Jangan makan di jalan sebelah kanan,” begitu pesannya.Awalnya, mereka menyangka tujuan penduduk itu memberitahu supaya mereka tidak tersesat jika keluar makan nanti.Apabila malam, perut sudah berkeroncong, kumpulan pengkaji itu keluar dari rumah penginapan untuk makan malam.Ketika mereka berada di tepi jalan, mereka menoleh ke kiri dan kanan lalu terpandang sebuah warung makan tidak jauh di sebelah kanan mereka.

Kerana lapar, mereka terus berjalan ke arah warung itu. Mereka terlupa tentang pesan penduduk kampung sebelum itu.Warung itu kosong, tiada pelanggan. Tapi, mereka tidak berasa aneh.Maklumlah, kedai kampung di tepi lebuh raya pula, bukan setiap masa ada pelanggan.Lagi bagus tak ada orang, bolehlah pesanan makanan mereka cepat sampai.Mereka duduk dan memesan makanan. Memang tiada yang aneh pun. Warung makan itu biasa-biasa saja. Tidaklah begitu besar, sekadar cukup memuatkan beberapa buah meja untuk pelanggan duduk.Pekerja yang mengambil pesanan mereka juga nampak biasa, tiada yang pelik. Cuma tak banyak bercakap saja.Sudah makan dan perut kenyang, mereka membayar bil dan berjalan pulang semula ke rumah penginapan mereka. Malam itu mereka semua tidur lena.Keesokan pagi setelah bersiap, mereka keluar untuk menyambung tugas di tapak kajian.Sampai di hadapan jalan utama, mereka hairan apabila kawasan di sebelah kanan mereka kosong. Mana gerai tempat mereka makan semalam?

Mereka bertanya sesama sendiri dengan rasa hairan. Mereka yakin di situ mereka makan malam tadi.Tapi kini kawasan itu kosong. Takkanlah pemilik warung semalam sudah membuka papan, tiang dan bumbungnya?Tak masuk akal langsung. Kalau warung itu dirobohkan sekalipun, pasti ada kesannya. Ini tidak, kawasan itu berpasir lapang, bagai tiada sebarang binaan pernah wujud di situ.Ketika bertemu semula dengan penduduk kampung yang berpesan kepada mereka sebelum itu, mereka bertanyakan tentang warung tersebut.“Kan pakcik dah pesan, jangan pergi ke arah kanan. Kenapa kamu tak ikut pesan pakcik,” ujar penduduk tersebut.Akhirnya baru mereka tahu kenapa. Dikatakan sebelum itu sudah beberapa kali berlaku orang luar yang lalu di situ waktu malam akan nampak sebuah warung dan singgah makan di situ.Hakikatnya, penduduk setempat tahu tidak pernah wujud warung di tepi lebuh raya itu.“Semasa jalan Kulim-Baling baru dibuka dulu, memang selalu dengar kisah warung misteri ni.

“Yang peliknya, selalu yang kena adalah orang luar yang lalu di situ pada waktu malam. Mereka nampak gerai tu, berhenti makan. Esok siang bila lalu semula, tak ada pun warung tu.“Penduduk setempat jarang kena. Sebab itu kalau ada orang luar datang bermalam ke sini, kadang-kadang kami pesan jangan berhenti kalau nampak warung di tepi jalan tu.“Kalau nak berhenti makan pun, tunggu betul-betul hingga sampai ke kawasan pekan atau kampung,” ujar Hamzah Murad, 50, salah seorang penduduk Baling yang tahu tentang kisah warung misteri itu.Menurut Hamzah, jika dari arah Baling menuju ke Sungai Petani, pemandu akan melalui sebuah kawasan bernama Kuala Pegang.Selain kilang getah, tepi jalan di kawasan itu hanya banyak hutan belukar. Selalunya di kawasan inilah gerai misteri itu muncul di tengah malam.“Dulu memang dengar kisah gerai misteri itu. Tapi tak ada pula yang muntah atau jatuh sakit lepas makan di situ. Tak pastilah apa yang mereka makan sebenarnya.“Semasa lebuh raya itu baru dibuka dulu, kisah ini memang selalu kedengaran. Tapi kini sudah jarang berlaku. Mungkin juga kerana sekarang sudah ramai yang melalui jalan tersebut.“Kawasan sekitarnya juga sudah banyak berubah dengan wujudnya binaan baru seperti kilang. Berbeza dahulu, jalan itu sunyi dan agak menyeramkan juga waktu malam,” ujar Hamzah.Hmmm... mungkin kerana persekitarannya sudah sibuk, warung misteri itu tidak muncul lagi. Atau mungkin ia sudah mendapat ‘lokasi’ baru yang lebih sunyi?Apa-apa pun, sesiapa yang hendak melakui jalan ini perlu berhati-hati.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 04:39 PM | Show all posts
nazrullah replied at 20-6-2019 02:32 PM
#mymetro

Malam ada, siangnya hilang! Jangan berhenti jika nampak warung di Kuala Pegang

huiii seramm...aku drive belah2 utara sampai perak je. Mmg jarang singgah mana2 pun, menonong aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 21-6-2019 03:39 PM
huiii seramm...aku drive belah2 utara sampai perak je. Mmg jarang singgah mana2 pun, menonong aje  ...

Perak pon bnyk tempat seram bro haha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 5-12-2018 05:43 PM
i byk dgr cerita pasal R&R dgn tol Gurun. ramai org nampak mcm2 kt situ. makcik i & cousin i antar ...

Correction.. Jln belakang rnr gi pekan gurun tu elok je boleh 2 kereta lalu.. Walaupun sempit sikit xde line tgh kiri kanan.. Tp xyh pun reverse klu selisih.. Hehe
I selalu turun bas kt rnr gurun ni.. Kadang2 tgh mlm, kadang2 pukul 4 pg.. Alhamdulillah xpenah serempak benda2 mistik walaupun dok temenung ngadap hutan belakang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2019 01:32 PM | Show all posts
nazrullah replied at 22-6-2019 12:32 PM
Perak pon bnyk tempat seram bro haha...

Ye betul, moga2 mata aku terus terhijab setebal-tebalnya. Ku tak sanggup sb aku pun bkn berani

Aku pernah drive tgh2 mlm kul 12-1-2 pagi kat sungkai melalui jln dlm, langkap, chenderong balai ke kg gajah. Alhamdulillah takde lintasan ataupun penampakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 25-6-2019 12:32 PM
Ye betul, moga2 mata aku terus terhijab setebal-tebalnya. Ku tak sanggup sb aku pun bkn berani
...

Aku rase dia tengok org jugak la... Situasi ko ni mcm aku jgk haha.. Xpernah nmpk lg la berdepan.. Klau meremang tu ade la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.198905 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list