CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3897|Reply: 45

[Tempatan] Bantu gelandangan? Ratusan makanan tidak terusik

[Copy link]
Post time 19-6-2017 06:32 PM | Show all posts |Read mode
SETIAP kali menjelang Ramadan ramai yang memilih untuk berbuat amal termasuk memberi makanan kepada golongan gelandangan.

Bagaimanapun niat baik bertukar sebaliknya apabila baru-baru ini tersebar foto beratus-ratus bekas makanan yang tidak disentuh di perkarangan Masjid Negara.

Foto tersebut yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial di akaun Facebook (FB) mula menjadi viral sejak Sabtu lalu.

Perkara tersebut mengundang rasa sedih dikalangan orang ramai dan mereka mencadangkan supaya ada pihak tampil menguruskan sumbangan diberikan dengan cara yang lebih sistematik.



Antara komen orang ramai di entri FB Penang Kini:

@bullet Ksatria: "Kalau nak bersedekah lebih baik beri sedekah dana seperti wang, sejadah, buku-buku agama, peralatan harian pada orang-orang miskin, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan pondok-pondok agama."

@nur Azlin: "Sedekah makanan secara random macam ni rasanya tidak penting sangat pun. Majoriti yang dijamu makan tu masih mampu beli dan masak sendiri. Kalau tak habis memang akan jadi pembaziran macam tu. Beri sedekah pada yang tak mampu dan yang memerlukan lebih baik daripada membazir."

@Razak Ann: "Pergi bagi dekat sekolah anak-anak yatim. Ubah konsep dari bagi kat orang macam itu saja. Baik fokus pada rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah agama. Cadangan saja. Nak ikut boleh dan nak kecam pun boleh."

@Arie Phakdee: "Sayangnya tengok nasi dibazirkan macam tu sahaja, orang kita ni pun satu jugak perangai, nak sedekah tu sedekah la, tapi jangan pakai longgok gitu saja, kena la pastikan sampai pada golongan sasaran, jangan letak dan tinggal macam itu saja."

Diharapkan ada pihak yang memandang serius perkara ini untuk mengelakkan pembaziran seumpama ini berulang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah abak yatim pon diorang prefer bg duit...biasa makanan dan bhn masakan kering mcm beras minyak mmg ramai sumbangkan .tp bdk2 tu pon perlukan duit utk bawak g sekolah...beli keperluan sekolah...byr bil letrik..beli bahan basah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau nk sedekoh makanan gini baik sedekoh time hari biasa. Bagi lunch kat pekerja buruh binaan ke, pekerja ladang ke. APA pahala tak sama klau sedekah kat gelenaangan atau anak yatim ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 06:46 PM | Show all posts
Sebelum mulakan elok le periksa dulu kalau2 ada ngo lain yang dah cover bagi makanan area tu ke tidak.  Kalau dah ada elok le salurkan je ke tempat lain baru le makanan tu tak membazir
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 06:47 PM | Show all posts
Masih ramai ke orang gelandangan merayau-rayau? Bukan ke kerajaan dah sediakan tempat tinggal utk mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 06:51 PM | Show all posts
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbangkan bantuan kepada gelandangan di sekitar ibu negara dinasihatkan agar mengikut saluran yang betul.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hal ini berikutan tindakan sesetengah NGO yang menganjurkan program buat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur menyebabkan kawasan tersebut kotor dan tidak terurus hingga mencemarkan imej ibu kota.
"Kerajaan telah menyediakan pusat transit gelandangan agar segala aktiviti atau program berkaitan gelandangan dapat dibuat di satu tempat dan pihak NGO seharusnya sedar mengenai perkara ini.
"Selain itu, sebelum mereka (NGO) menyumbangkan apa-apa jenis makanan terhadap golongan ini, kualiti makanan juga perlu dirujuk kepada pihak pengurusan pusat transit dahulu.
"Ada kes sebelum ini, pihak penganjur memberikan makanan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam dan sebaliknya. Ini adalah salah," katanya kepada pemberita selepas program Volunteer for Kuala Lumpur @ Unity (V4KL@Unity), di Kuala Lumpur semalam.
Tengku Adnan turut menasihatkan NGO dan warga kota agar tidak memberi terlalu banyak bantuan khususnya wang tunai, makanan dan pakaian yang dianggap dapat membuatkan golongan ini menjadi terlalu selesa dan malas.
"Di pusat transit itu, pihak kerajaan menyediakan pendidikan buat golongan ini untuk mereka ubah hidup sendiri serta ada juga yang diberikan peluang pekerjaan. Namun kalau sudah setiap hari diberikan makanan dan pakaian secara percuma, bukankah itu akan menyebabkan mereka jadi selesa dengan kehidupan sebegitu?
"Sehingga ada juga disebabkan terlalu banyak diberikan bantuan seperti baju, ada dalam kalangan mereka menjual semula baju tersebut di pasar malam. Kalau kita mahu menderma, mendermalah di tempat yang betul dan berilah kepada pihak yang sangat memerlukan," tegasnya.
Sementara itu, seramai 500 peserta terdiri daripada ibu bapa dan pelajar menyertai program sukarelawan V4KL@unity dengan mengecat semula struktur kemudahan awam di sekitar Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields sebagai persediaan penganjuran Sukan SEA 2017 di ibu negara pada Ogos ini.
Tengku Adnan berkata program, V4KL@Unity pada kali ini agak unik memandangkan ia turut melibatkan kerja-kerja pengecatan di luar rumah-rumah ibadat bagi pelbagai agama.

-------------------------
Aku setuju dengan kenyataan Tengku Adnan


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2017 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang ni mcm trend je jenguk muka kat program makanan utk gelandangan ni..yg penting tgk gmbo upload kat insta n facebook
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 06:54 PM | Show all posts
sayangnya makanan tak berusik berterabur atas lantai macam tu aje.. pembaziran yang nyata.. teringat kata afdlin shauki, kat syria orangnya kalau tak makan rumput,diorang makan kotak bekas isi makanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan kewangan utk umah anak yatim @ pusat tahfiz kena disalurkan ngan pantauan. Better bantu dgn cara settle billing ke yuran skolah ke. Me still x dpt nk husnuzon la bila tgk ada pusat tahfiz yg menolak bantuan makanan, bab duit laju jah. Pengetua hidup bermewah2 sedangkan pelajar2 serba daif . Now dah ttp sbb kurang dana
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang i rasa geng2 yg kononnya buat amal bg makanan pd homeless ni mcm pemalas je...asal boleh je..pdhal dah tau kot, bende2 ni dah byk pihak buat..sampai golongan homeless pun tak appreciate dah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm ngo yg x daftar n terus bagi je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik kasi kt budak2 ipt dari gelandangan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2017 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung minggu bukan bulan puasa pun byk NGO htr makanan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syg nye...
Salah golongan sasaran..
Kt kg2 byk je lg keluarga muskin yg bercatu mkn lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak join ngo tapi penah tengok few times bila ngo agih barang dkt dengan chow kit.. mostly yg datang bukan gelendangan pun.. ntah dari mana baju seluar semua ok je, stroller baby pun bukan yg teruk then que sama2 nak ambik brg.. makan dorg tak ambik sgt sbb rasanya dorg pun mampu beli n dah makan.. sebab ngo ni selalu dtg after 10pm
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bantu gelandangan, jgn bagi makanan. Sebab sekarang ni byk NGO yg aktif buat food bank. Masa I follow geng tukartiub buat volunteer, mostly diorang  perlukan barang personal grooming mcm sabun, ubat gigi, toothbrush, tuala, etc. So better if buat donation grooming items, and bagi access pekerjaan. Maybe kalau musim hujan boleh donate payung n baju hujan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
masalah org islam.ialah organizing
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 19-6-2017 08:31 PM
Syg nye...
Salah golongan sasaran..
Kt kg2 byk je lg keluarga muskin yg bercatu mkn lagi

Betul.
Setuju sgt.
Kat kg masih ramai yg bercatu, makan pakai.
Baru je jumpa baru ni ibu tunggal p cari baju raya anak naik motor 5 orang dengan anak2.

Sudah2 la suap bantuan kat gelandangan yg rata2 nya malas bekerja.
Nak sedekah xleh shortcut asal tuhan tau 'ikhlas'. Kena usaha cari org betul2 susah baru sampai matlamat.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 19-6-2017 09:16 PM
Betul.
Setuju sgt.
Kat kg masih ramai yg bercatu, makan pakai.

Ya..
Kat tempat i duduk ni, asnaf punya rumah..macam sikit lg nk roboh..tak tau la penah masuk bersamamu ke tidak. Kat kg i duk ni saja dapat cari lebih 10 keluarga miskin
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lps ada pegi pusat transit gelandangan sbb company nak buat csr. Pengurus pusat tu ckp dorg x perlukan brg makanan lg ms tu sbb sumbgn byk sgt..klu terima pon nnt tak habis n expired. Jd membazir. Pastu klu diagihkan barang2 terus pd inmate, nnt ada yg pegi jual sbb nak beli dadah atau sbb nak cash. Mlm tu ada org hantar sup byk sgt, sampai pengurus tu pon pening sbb inmate mostly dah tido & takde sapa nak makan. So nak bersedekah pon kena siasat dulu apa keperluan pihak tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.295139 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list