CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32094|Reply: 108

[Tempatan] ASB tanpa buku..apa pendapat U all?

[Copy link]
Post time 20-6-2017 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zidane_ziege at 20-6-2017 09:00 AM

URUS NIAGA ASB DITANGGUH SEHARI PADA 23 JUN 2017
UNTUK MIGRASI SISTEM

Kuala Lumpur: - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan [
penangguhan sementara urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 23 Jun 2017 untuk migrasi dan penambahbaikan sistem bagi meningkatkan keberkesanan operasinya.

Oleh kerana penangguhan berkenaan bersambung terus dengan cuti umum sempena Aildilfitri, ASB hanya akan mula diurus niaga semula pada 28 Jun 2017 (Rabu).

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Encik Mohammad Hussin berkata, langkah menambah baik sistem operasi ASB ini akan membolehkan operasi ASB diuruskan di bawah satu sistem yang mudah, sama seperti produk unit amanah ASNB yang lain.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan ASNB kepada pelabur kerana kami kini dapat menawarkan perkhidmatan yang sebelum ini tidak dapat diberikan menerusi sistem lama.”

Menurut Mohammad, selaras dengan langkah menaik taraf sistem ASB ini, ASNB akan memperkenalkan opsyen sistem urus niaga tanpa buku dan mengguna pakai sistem satu nombor akaun untuk pelaburan dalam semua unit amanah ASNB.

“Opsyen sistem urus niaga tanpa buku dan penggunaan satu nombor sahaja ini disasarkan untuk memudahkan urusan pelabur ASNB.
“Berikutan itu, selepas ini pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan untuk urus niaga dengan ASNB, termasuk untuk pengeluaran,” katanya.
Sehubungan itu, mana-mana pelabur yang kehilangan buku atau kurang pasti mengenai status pelaburan mereka, boleh menyemak status dengan hanya membawa kad pengenalan bermula 28 Jun ini.

Sebelum ini, pelabur perlu membawa buku pelaburan dan kad pengenalan untuk urus niaga dengan ASNB, terutamanya untuk urus niaga pengeluaran. Pelabur yang kehilangan buku pelaburan pula kadangkala terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan buku baharu kerana ia hanya boleh dibuat di Cawangan ASNB sahaja selain perlu membayar yuran penggantian buku.

Mohammad menambah, penambahbaikan sistem operasi ini juga membolehkan ASNB meluaskan rangkaian ejen yang menawarkan urus niaga ASB, meliputi Bank Simpanan Nasional (BSN), Affin Bank dan Ambank. Semua bank berkenaan sebelum ini hanya menawarkan produk unit amanah ASNB yang telah dinaik taraf sistem operasinya.

Rangkaian cawangan ejen ASNB yang menawarkan ASB kini meningkat kepada 2,262 cawangan.

Proses menambah baik sistem operasi untuk semua produk unit amanah ASNB ini telah bermula secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu.

Pada masa ini, semua produk unit amanah ASNB telahpun dinaik taraf kecuali ASB. Menurut Mohammad, oleh kerana proses migrasi dari sistem lama ASB iaitu Unit Trust System (UTS) kepada Fund Distribution System (FDS) ini akan mengambil masa dan memberi kesan kepada sistem operasi ASB, ASNB perlu melaksanakannya ketika cuti umum yang panjang bagi mengurangkan gangguan terhadap urus niaga pelabur.

Bagi pelabur di seluruh negara, transaksi ASB hanya ditangguhkan pada 23 Jun 2016, manakala bagi pelabur di Kelantan dan Terengganu, penangguhan urus niaga hanya pada 27 Jun 2017.

Berikutan penangguhan urus niaga ASB ini, pelabur dinasihatkan supaya merancang keperluan kewangan dan membuat transaksi berkaitan untuk mengelak sebarang kesulitan ketika meraikan Aidilfitri nanti.

ASB merupakan tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih 9 juta pelabur yang melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

[size=29.7675px]Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ASNB, www.asnb.com.my
[size=29.7675px]Dikeluarkan oleh:
[size=29.7675px]PERMODALAN NASIONAL BERHAD
[size=29.7675px]Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
[size=29.7675px]Encik Aziz Anuar
[size=29.7675px]Naib Presiden Kanan
[size=29.7675px]Bahagian Hal Ehwal Korporat & Komunikasi
[size=29.7675px]Tel: +603-2050 5810 | email: aziz_a@pnb.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 09:07 AM | Show all posts
time nk dekat raya ni la sibuk nk upgrade sistem la tukar sistem la
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 09:39 AM | Show all posts
xde buku ???...
rsa mcam susah la nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:07 AM | Show all posts
helicornia replied at 20-6-2017 09:07 AM
time nk dekat raya ni la sibuk nk upgrade sistem la tukar sistem la

tau xpe!                        
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangla org nak buat kluar duit
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:29 AM | Show all posts

mudah laaa
xlama lg bole tgk online je


regards
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2017 10:32 AM | Show all posts
xde buku... xnampak lah transaksi. mana nak tau baki ada berapa
aku ni bukannya ingat duit ada berapa, ingatkan ada banyak.... kang nak keluarkan duit rupanya ciput. x ke hampa aku masa tu
kalau ada internet banking yang boleh kita pantau, ok lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:40 AM | Show all posts
abih camne nak tau transaksi dan baki terkini??
susahkan orang jek hiksss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 10:41 AM | Show all posts
mcm tak releven jer..apa motif x nk buat buku lagi? xde budget??
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:42 AM | Show all posts
ToungeSoup replied at 20-6-2017 10:41 AM
mcm tak releven jer..apa motif x nk buat buku lagi? xde budget??

baca berita ke tajuk je?


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:44 AM | Show all posts
attyra replied at 20-6-2017 10:40 AM
abih camne nak tau transaksi dan baki terkini??
susahkan orang jek hiksss

baca berita ke atau tajuk je?
ASB cuma perkenalkan satu lagi pilihan sajabuku masih ada
cuma dulu kalau tak ada buku, memang tak boleh bawa keluar duit langsung.
kini, boleh bawa IC je untuk lakukan transaksi
tak ada buku pun still boleh keluarkan duit
buku ASB tu tetap ada, cuma ASB perkenalkan satu lagi pilihan



Berikutan itu, apabila ASB mula diurusniaga pada 28 Jun ini, pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan dengan ASNB, sama ada di cawangan atau ejen ASNB Mohammad berkata, sekiranya pelabur kehilangan buku pelaburan, mereka boleh membuat semakan status, mendapatkan maklumat pelaburan terkini atau menambah pelaburan dengan hanya membawa kad pengenalan, tanpa membuat penggantian buku.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh check baki online....okay je sistem ni....skang ni masukkan duit online je thru other bank...tp xleh tgk baki..nk kene bwk jgk buku gi update or tunggu awal tahun nnt asnb hantar statement tu...

Btw asb ni ok jgk la...arwah bapak aku meninggal tp xde buku asb...senang je pewaris boleh pergi mintak baki..bwk surat mati gn surat beranak waris je...and boleh dpt immediately...saja je nk puji
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat sistem online lagi senang, xpayah terhegeh2 nak beratur panjang2 dekat kaunter semata2 nam hapdet buku.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm CIMB la ni..kalau nak keluar duit kat kaunter , tak payah lgi nak isi borang withdraw tu..just kasi IC kat kerani kaunter n nanti dia tanya nak keluarkan berapa...teus dpt duit
Skrg pun ASB dah tak benarkan org lain update buku melain owner buku tu sendiri..aritu aku nak update buku ASB aku n ibu...ibu aku punya tak boleh nak update, kena ibu aku sendiri yg buat..kan leceh tu..setakat update buku je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:11 AM | Show all posts
Madel replied at 20-6-2017 11:09 AM
Mcm CIMB la ni..kalau nak keluar duit kat kaunter , tak payah lgi nak isi borang withdraw tu..just k ...

bolehlah updatekan buku untuk ibu kamu
cuma dapatkan borang pengesahan wakil
suruh ibu kamu tandatangan di rumah
dan bawa surat pengesahan wakil ke pejabat asb tu

nanti mereka updatekan


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:19 AM | Show all posts
Voyagers replied at 20-6-2017 10:44 AM
baca berita ke atau tajuk je?
ASB cuma perkenalkan satu lagi pilihan sajabuku masih ada
cuma dul ...

terima kasih atas penjelasan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 11:23 AM | Show all posts
helicornia replied at 20-6-2017 09:07 AM
time nk dekat raya ni la sibuk nk upgrade sistem la tukar sistem la

Masyuk woiii OT sewaktu musim perayaan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:27 AM | Show all posts
sapa yang suka tinggal ic tu, lepas ni kena la juga angkut ic ke mana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:29 AM | Show all posts

Eleh

Edited by tumpanglalu74 at 20-6-2017 11:39 AM

AKEI NAK SONGLAP DUIT ORANG LETTEW..

Tolong sertakan sekali polisi insuran jike pemegang akaun mati lemah jantung nampak belen dah KOSONG.



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
It's about time lah khuens... Buku buku ni so 90s
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.073527 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list