View: 5779|Reply: 30
|
[Tempatan]
'Dah lebih 70 kali...' Rumah pakcik Romly di rempuh kenderaan tapi pakcik Romly
[Copy link]
|
|
Quote:
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x517. |
RUMAH Romly yang dirempuh kenderaan.
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x612. |
RUMAH Romly yang berada di selekoh jalan. |
Antara kejadian terbaru dirempuh Myvi dipandu wanita
Permaisuri: “Lebih 70 kali kenderaan terbabas dan merempuh rumah kami sejak enam tahun lalu,” kata Romly Ismail, 61, yang menetap di pekan Sungai Tong, di sini.
Berkongsi cerita, Romly yang juga pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kediamannya yang terletak di Kilometer (KM) 48 arah Kuala Terengganu, sering dirempuh kenderaan yang terbabas ketika musim hujan terutama selepas melalui selekoh tajam pada waktu subuh dan lewat petang.
“Bukan sekali dua, tetapi puluhan kemalangan berlaku sejak kerja menaik taraf dan melebarkan jalan di hadapan rumah kami dilakukan sekitar 2011.
“Kebanyakan kejadian berlaku selepas pemandu gagal mengawal kenderaan disebabkan permukaan jalan licin lalu terbabas ketika melalui selekoh tajam dan akhirnya rumah kami menjadi sasaran,” katanya yang ditemui di rumahnya di Sungai Tong, di sini.
Menurut Romly, selain rumahnya yang dihuni enam sekeluarga itu, turut menjadi sasaran ialah kediaman orang tuanya yang tinggal berjiran.
Kejadian terbaru pada 27 Mei lalu (1 Ramadan) membabitkan kemalangan maut antara treler dengan kenderaan pacuan empat roda berhampiran hadapan rumahnya.
“Sebelum itu, pada 1 April lalu Perodua Myvi dipandu seorang wanita juga terbabas ke kawasan garaj rumah saya dan merempuh dua kereta yang diparkir di situ sebelum merempuh dinding rumah orang tua saya.
“Kesan rempuhan kuat menyebabkan berlaku keretakan pada dinding rumah dan bumbung garaj juga tercabut. Kereta saya yang diparkir juga mengalami kerosakan hingga terpaksa membuat tuntutan insurans untuk membaikinya.
“Bukan semua pemandu sanggup bayar ganti rugi untuk membaiki kerosakan ini, jadi terpaksa saya tanggung sendiri kerugian itu,” katanya.
Romly berkata, setakat ini tidak ada lagi kenderaan terbabas ke dalam rumah dan hanya membabitkan kawasan hadapan serta bersebelahan rumahnya.
“Bagaimanapun, saya tetap risau dan bimbang keselamatan kami sekeluarga terutama apabila semua anak cucu berkumpul di sini ketika musim cuti persekolahan.
“Saya berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini terutama untuk mengurangkan risiko kenderaan terbabas di kawasan selekoh berhampiran.
“Kami minta pihak berkaitan ambil tindakan terbaik dengan memperbanyakkan papan tanda amaran supaya pengguna jalan raya tidak memandu terlalu laju dan lebih berwaspada di kawasan ini,” katanya.
Romly berkata, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengambil tindakan dengan meletakkan benteng batu untuk menghalang kenderaan terbabas ke kawasan rumahnya.
“Walaupun lega dengan tindakan itu, kami tetap risau dengan sikap segelintir pemandu masih memandu laju ketika melalui selekoh tajam tanpa mengetahui kawasan rumah kami kerap menjadi lokasi kemalangan maut.
“Saya harap apabila lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di kawasan ini dan lampu jalan sentiasa berkeadaan elok, ia akan dapat mengurangkan kes kemalangan di sini,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/setempat/20...-lebih-70-kali
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada tanah pusaka tempat lain, pindah la rumah tu ke sana,drpd berhadapan risiko dirempuh kenderaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada tanah pusaka tempat lain, pindah la rumah tu ke sana,drpd berhadapan risiko dirempuh kenderaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu treler berbelas tayar rempuh baru trauma kut |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu doakan perkara seperti kepada pakcik tu. Dia bukan minta makan minum dari kamu pun....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tgk tv pon tak tenang. Byk duit pakcik ni dok betulkan rumah je.
Nak bina rumah takde syarat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik ni xde duit kut nak pindah bina rumah lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian family pakcik romly. Mungkin tu je tanah yg ada.. trauma ke x trauma ke terpaksa tempuh jua..
pakcik buat tembok jela besar2..biar terbabas tu rempoh je tembok. Rasakan nak laju sgt hujan2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Takkn sampai 70 kali.....
Iya iya je....
|
|
|
|
|
|
|
|
napa pakcik tu tak claim insurance kereta yang langgar rumah dia tu..
tak pun cari je lawyer untuk uruskan..
kalau dah 70 kali kena, claim dah boleh buat istana kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon pakcik romly buatkan tembok paling kebal ya. Jenuh juga kalau nak bayar kerosakan tiap kali accident.
Kalau pakcik romly banyak duit lebih, beli saja tanah baru. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 20-6-2017 10:50 PM
Nak tgk tv pon tak tenang. Byk duit pakcik ni dok betulkan rumah je.
Nak bina rumah takde syarat ...
Bimbonya akak.dah sah2 gomen yg melebarkan jln sampai depan rumah pakcik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
gamba van tu, batu2 yg jkr letak pn beralih
buatla bumper byk2 cm kt manjung perak tu, tk smpai 5km, ada dkt 10 bumper,
terenjut2 aku lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Rumah betul-betul di selekoh jalan besar. Tak boleh ke kerajaan ganti tanah tu dengan tanah di kawasan lain yg sama luas siap sekali dengan rumah? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke kena ada reserve area dr jlnraya ke sungai dll utk tujuan pembesaran kemudian? Kalau ada yg buat binaan juga kat reserve area tu, bila2 ada projek, kerajaan ada hak nak robohkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ulamalu replied at 21-6-2017 07:09 AM
Bukan ke kena ada reserve area dr jlnraya ke sungai dll utk tujuan pembesaran kemudian? Kalau ada y ...
Biase ade rizab jln khen . Bahaye betul pertaruh nyawe bine rumah mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
buat benteng dgn meriam sekali..agak ade kete nk terbabas rempuh rumah,ko bagi fire terus sampai lumat... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa yg salah tu driver. dah kenapa kawasan selekoh jalan licin pun nak bawak laju? pastu claim hilang kawalan. paling celaka dah langgar taknak bayar ganti rugi rumah pakcik tu. kesian kot. nsb baik rumah pakcik tu ada kalau tak terbabas sampai mati kot driver driver tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya lahai..
kalau jenis yg suke duk rileks kat luar tu, tetiba eksiden..
aisehhhh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|