CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 4

Pesuruhjaya PAS Perak Memohon Maaf Kerana Mengaitkan Parti Amanah Negara Dengan

[Copy link]
Post time 20-6-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 20-6-2017 10:51 PM

Diugut saman, Razman pun minta maaf.

Beberapa jam selepas diancam untuk disaman, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memohon maaf kerana mengaitkan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta pemimpin pertubuhan itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

"Dah mereka terasa hati, kita minta maaf sajalah. Daripada pergi (ke mahkamah) membuang masa, minta maaf sajalah.

"Kalau dia (AMANAH) terasa hati dengan perkataan itu, sekurang-kurangnya dia tak sukalah perkataan itu, tetapi itulah hakikatnya.

Tak apalah dia minta (permohanan maaf), itu proses saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, AMANAH melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin memberi masa 14 hari kepada Razman untuk memohon maaf kerana cuba membuat provokasi terhadap pemimpin parti berkenaan.


"Saya bercadang sehari dua lagi akan menghantar surat (tuntutan guaman) kepada Razman untuk meminta maklum balas.

"Sekiranya dalam masa 14 hari tidak ada respon daripada beliau, kita akan teruskan saman dan [color=rgb(41, 121, 255) !important]kita akan jumpa dia di mahkamah," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.

Poster yang dirujuk Hanipa itu ialah imej dikongsi Razman yang memaparkan "sejarah yang berulang" dengan membandingkan penubuhan AMANAH - didakwanya sebagai proksi DAP - dengan Rejimen ke-10 PKM.

Rejimen ke-10 itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan Melayu.

Tiga pemimpin kanan AMANAH Mohamad Sabu (presiden), Salahuddin Ayub (timbalan) dan Anuar Tahir (setiausaha agung) antara yang kelihatan dalam poster itu.

Turut dipaparkan ialah wajah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Razman yang baru dilantik sebagai bendahari agung PAS mengakui poster tersebut bukan hasil tangannya dan hanya berkongsi imej berkenaan di media sosial miliknya.

"Bukan saya buat, saya kongsi saja. Maksudnya kita nak bagi jelas bukan apa pasal masyarakat duk tanya dalam keadaaan... kita minta maaflah tapi kita kena bagi jelas perjuangan kita," katanya.

Sos: m.malaysiakini.com/news/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 10:01 PM | Show all posts
Basah jubah lobai kepam.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjejerrr kenceng lobai
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jgk la.. dasar lobai piss.. :
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahman zakaria tau pun takut

Dia nk ikut naib presiden ketua penerangan dia yg hansuang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060231 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list