akbiratul Ihram
“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:”Apabila kamu berdiri untuk mengerjakan solat,hendaklah kamu mengucapkan takbir (Allahu Akbar) takbiratul ihram.” (HR.Bukhari dan Muslim)
Berdiri tegak
“Dari Abu Humaid al-Saaidi r.a. katanya Rasulullah s.a.w. apabila berdiri hendak mengerjakan solat baginda berdiri tegak dan mengangkat kedua tangannya hingga menyamai kedua bahu (lalu bertakbir dengan takbiratul ihram).” (HR Imam Ahmad)
Membaca A-Fatihah
“Dari Ubadah al-Somit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak sah solat bagi orang-orang yang tidak membaca Al-Fatihah.”” (HR.Bukhari dan Muslim)
Rukuk berserta Tumakninah
“Wahai orang-orang yang beriman rukuklah kamu,sujudlah kamu,sembahlah Tuhanmu dan lakukanlah kebajikan,supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj:77)
Iktidal (Berdiri semula daripada Rukuk) berserta Tumakninah
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,”Kemudian bangunlah dari rukuk sehingga engkau berdiri tegak (dan berhenti sebentar) tumakninah padanya.” (HR.Bukhari)
Sujud berserta Tumakninah
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,”Kemudian sujudlah sehingga engkau berhenti sebentar,tumakninah dalam sujudmu itu.”” (HR.Bukhari dan Muslim)
Duduk antara Dua Sujud berserta Tumakninah.
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,”Kemudian sujudlah,sehingga engkau tumakninah (berhenti sebentar) dalam sujudmu itu,kemudian bangunlah dari sujud sehingga engkau tumakninah duduk dan sujudlah (sekali lagi) sehingga engkau tumakninah padanya.” (HR.Bukhari dan Muslim)
Membaca Tahiyat Akhir
“Dari Ibnu Abbas r.a. katanya,Rasulullah s.a.w. mengajar kami bacaan tahiyat sebagaimana baginda mengajarkan bacaan sesuatu surah Al-Quran yang lain iaitu baginda bersabda (bacalah kamu).” (Riwayat Muslim)
Duduk pada Tahiyat Akhir
“Dari Abu Humaid al-Saaidi r.a. katanya,aku melihat Nabi Muhammad s.a.w. apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir (untuk membaca tahiyat akhir) baginda melepaskan kaki kirinya (di bawah kaki kanannya) serta menegakkan kaki kanannya dan baginda duduk dengan meletakkan punggung di atas lantai.” (Riwayat al-Bukhari)
Berselawat dalam Tahiyat Akhir.
“Sesungguhnya Allah s.w.t. dan Malaikat malaikatnya berselawat (memberi salam,penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi,wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada-Nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya.” (Al-Ahzab:56)
Memberi Salam
“Dari Aisyah r.a. katanya,Rasulullah s.a.w. membuka solat dengan takbiratul ihram yang disertakan dengan niat…..dan menyudahinya dengan salam.” (Riwayat Muslim)
Tertib
“Dari Malik bin al-Huwairith r.a. katanya,Rasulullah s.a.w. bersabda,”Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Berakhir sudah dalil-dalil yang membukitikan rukun-rukun solat kita.Bila timbul keraguan terhadap sesuatu perkara dalam Agama jangan kita menidakkannya tapi sebaliknya kita cuba mencari bukti yang akan menyelesaikan keraguan kita.Harap-harap ia memberi manfaat kepada teman-teman semua.
sikit pon meolls x surprise..
dah ramai yg meolls jumpa gini.
antara alasan famous yg diberi
- tak bawak telekung nak solat, tp x suka guna telekung wakaf or pinjam
- rasa sentiasa dlm hadas kecil
- balik rmh qada terus zuhur n asar
- malas nak cuci make up mampan..
hina btl acik2 tudung litup tp bagi meolls alasan2 kat atas tu just sbb x nak solat.