CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 13

[Tempatan] Trafik cecah 90.1 peratus, rakyat beli secara online time sahur

[Copy link]
Post time 21-6-2017 10:34 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 20 Jun - Rata-rata rakyat Malaysia mula aktif membeli-belah secara dalam talian seawal pukul 4 pagi iaitu pada waktu sahur dan peningkatan trafik itu mencapai paras tertinggi sebanyak 90.1 peratus pukul 5 pagi, sepanjang bulan Ramadan ini.

Kaji selidik oleh IPrice Group mendapati, trafik dalam talian te­rus meningkat selepas azan berkumandang menandakan peng­guna kekal aktif pada siang hari kerana memulakan hari de­ngan lebih awal sebelum pergi ke tempat kerja atau sekolah.

Kajian itu juga mendapati, trafik dalam talian meningkat sehingga 21 peratus pada waktu rehat tengah hari kerana waktu itu digunakan untuk membeli-belah, berbeza dengan hari biasa sebelum Ramadan, trafik lebih tinggi pada waktu petang.

“Sepanjang bulan ini juga, trafik hanya menurun selepas pukul 3 hingga 7 petang secara beransur-ansur iaitu sebanyak 9.7 peratus kerana sebahagian besar rakyat Malaysia bersedia untuk menyediakan persiapan berbuka puasa.

“Kebiasaannya, pengguna paling aktif pada 10 malam, namun pada malam bulan Ramadan, ia adalah lebih rendah kerana mereka meluangkan masa untuk beribadah atau mengakhiri hari lebih awal sebagai persediaan hari esok,” jelasnya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

IPrice Group me­rupakan platform perban­di­ngan harga di Malaysia untuk beratus-ratus rangkaian e-dagang tempatan dan luar negara dan kajian yang dijalankan me­ngenai gelagat dan sikap pengguna membeli-belah dalam talian sepanjang Ramadan ini dengan membandingkan Ramadan tahun lalu dan hari-hari biasa.

Menurut IPrice, dalam tempoh selama 30 hari, lebih 61 peratus rakyat Malaysia akan berpuasa dan meluangkan masa dengan lebih banyak amal ibadah, justeru perubahan gaya hidup itu akan memberi kesan kepada aktiviti trafik membeli-belah secara dalam talian.

Jelasnya, berdasarkan kaji selidik itu juga, trafik membeli-belah itu akan mencapai puncak tertinggi dan paling aktif pada minggu ketiga Ramadan apabila mereka menyedari Aidilfitri akan menjelma kurang dua minggu sahaja lagi.

“Mengikut data tahun lalu, terdapat penurunan trafik pada minggu terakhir Ramadan dan akan diikuti dengan lonjakan terakhir dua hari sebelum Raya iaitu pembelian lewat, ia masih sempat dengan kecekapan sistem baharu.

“Pada hari raya, trafik akan mencapai tahap paling rendah kerana pengguna akan memfokuskan kepada sambutan Aidilfitri bersama keluarga atau rakan dan walaupun gemar membeli-belah, sambutan hari raya tetap menjadi keutamaan,” jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 11:04 AM | Show all posts
trafik online forum pun ikut trend yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:06 AM | Show all posts
oo lepas sahur tu diorg online ke..patutnya time tu kena baca Al Quran smpi terang hari.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tang mana yang kata rakyat Malaysia Susan sampai Nak makan kena catu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
@dodolgemok tipu kata rakyat susah terseksa yer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 12:07 PM | Show all posts
Ni sume salah bijan ni

sukses meningkatkan ekonomi rakyat

smpai mereka leka bershoping online

hingga sanggup bangun awal pagi

sanggup korbankan masa utk tido

sehingga lalai utk beribadat di bln ramadhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 12:13 PM | Show all posts
beli online cepat siap, jimat masa, waktu hampir raya mmg waktu shopping, next shooping semasa bln 12 sblm naik sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 12:19 PM | Show all posts
sumber mana ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 12:30 PM | Show all posts
mustahil la, kite ni tgh ssah, mne mmpu nk bershopping2 lgi ha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 12:36 PM | Show all posts
CJ Wow Shop kat tv3suku pun ditayang ms lps sahur..harus la ummah yg baru jah shalat subuh berjemaah akan tonton tv jap sambil mendial nombor CJ Wow shop utk order barang
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah ekonomi merundum , harga barang naik aktiviti shopping tetap diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 01:22 PM | Show all posts
Amboi dekk celik2 mata terus shopping online ke cemaner tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 06:35 PM | Show all posts
mungkin time tu offer menarik kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Time korg sahur, aku baru berbuka, soping time tu lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.227609 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list