CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1452|Reply: 19

[Tempatan] Hangus duit KWSP, ditipu jualbeli tanah

[Copy link]
Post time 21-6-2017 10:36 AM | Show all posts |Read mode

BERNAMA

HASRAT seorang bapa membelikan anaknya sebidang tanah lot di sekitar Gombak dan Hulu Langat, lebur apabila dia bersama​​​​​​ 150 yang lain menjadi mangsa penipuan satu syarikat hartanah sehingga mengakibatkan kerugian dianggar RM9 juta.

Bekas pekerja Bank Negara, Othman Sabri, 72, mendakwa dia kerugian hampir RM72,000 apabila syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tanah itu kini tidak lagi wujud.

“Saya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membeli tanah lot itu kerana harganya murah selain cara syarikat itu menerangkan bagaimana projek berkenaan dilaksanakan menyebabkan saya tidak ragu.

“Namun, selepas setahun menunggu dan apabila berkali-kali panggilan tidak berjawab, saya nekad ke pejabat syarikat itu tetapi mendapati ia sudah ditutup," katanya pada sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, hasil siasatan mendapati penipuan syarikat hartanah itu dilakukan dua ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dengan seorang adalah suami selebriti tanah air.

Yusuf berkata ahli perniagaan itu bergiat aktif mencari pelanggan sejak 2011 dengan modus operandi menjual tanah milik orang lain yang belum bertukar hak milik kepada pembeli pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Menurut Yusuf, syarikat berkenaan sebelum ini pernah ditutup namun pelaku membuka sebuah syarikat baharu bagi meneruskan kegiatan mereka.

“Kami berharap pihak berwajib seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli tanah lot ni memang byk risiko.....
Salah satu nya, proses tukar hakmilik tanah...bila dah byr duit kekdg pemilik tanah suruh uruskn sendiri....giler bapak nk cari semua pembeli yg dah byr pd dia...

@sebu1  kau mesti arif mcmana nk beli tana tanah lot kan...blh bg tips...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:54 AM | Show all posts
pernah tengok psal pembelian tanah2 lot kt area ni masa cari tanah haritu..tapi tidaklah terpedaya dgn harga murah dgn title sgala lengkap..nampak nau menipu..kesian pacik tu ex bank negara pun hangus duit epf
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lot lidi.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:56 AM | Show all posts
yang penting, laki retis mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-6-2017 10:53 AM
Beli tanah lot ni memang byk risiko.....
Salah satu nya, proses tukar hakmilik tanah...bila dah byr ...

Jazaa aku seru kamu kat thread masyarakat kite  mental oleh forumer nick bipolar tu. Alamak pasal tanah aku x brp arif le tapi ade le hajat satu mase nk jd broker kalau ade duit nanti  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 11:42 AM | Show all posts
nie mesti kes lot acacia tah apa menda katanya blh dpt duit balik. buat rumah atas lot pun murah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:45 AM | Show all posts
pernah survey tanah lot kat kawasan hulu langat belakang rumah datuk usop selam many years ago... teruja dengan kawasan sekeliling... very serene, cooling gitew, siap ada sungai lagi sebelah tanah... nasib baik tak beli sebab murah sangat... takut tertipu...

end up beli juga tanah lot tapi di kawasan lain.. tukar milik buat sendiri kat pejabat tanah accompanied by pemilik tanah.  alhamdulillah settled semua.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 11:45 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-6-2017 10:56 AM
yang penting, laki retis mana tu?

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, hasil siasatan mendapati penipuan syarikat hartanah itu dilakukan dua ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dengan seorang adalah suami selebriti tanah air.
Gossip kata Datuk Red, laki Adira.




Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja bank negara pon boleh kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:49 AM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 21-6-2017 11:45 AM
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, hasil siasatan mendapati penipuan syarikat ha ...

wah... beraya sakan la adira
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 21-6-2017 11:47 AM
Pekerja bank negara pon boleh kena tipu.

Tu laaaaa..

Tapi bkn semua orang faham dgn land regulation.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 21-6-2017 11:56 AM
Dunhill. replied at 21-6-2017 11:52 AM
Tu laaaaa..

Tapi bkn semua orang faham dgn land regulation.


Land regulation di Malaysia ni memang tahap haprak pprt.

Sebaik-baiknya lantik lawyer utk urusan pembelian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:58 AM | Show all posts
padan muka..pembelian tanah ni kena upah loyar...bukan upah malaun datuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 12:29 PM | Show all posts
dua ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dengan seorang adalah suami selebriti tanah air.



Laki Adira ayah baby Anggrik?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 12:46 PM | Show all posts
lot lidi yang serapuh lidi. kekadang ahli perniagaan ni kahwin dengan artis atas dasar nak kepercayaan orang la. konon orang tu dikenali maka takda tipu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 12:52 PM | Show all posts
sbb tu la aku tak penah impress pun dgn title datuk2 nih walau berkelayakan dpt datukship skalipunnnnn
kalo urusan2 penting better deal dgn expert yg mmg  sah2 la expert dlm bidang dia
contohnya mcm urusan jual beli tanah, baik le deal dgn lawyer/banker/property valuer etc yg berkenaan.......bukan dgn ntah samdol mana tetiba ada datukship murahan
sama le mcm perubatan..drdp hadap dgn so called  jual ubat2 bagai siap dgn title datuk2 bagai, baik le pegi jumpe doktor yg sah2 blajor medic dan anatomi manusia
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
zafira replied at 21-6-2017 11:45 AM
pernah survey tanah lot kat kawasan hulu langat belakang rumah datuk usop selam many years ago... te ...

Fira....tanah lot tu ada brp lot iya...

Sbb klu nk tukar nama, kena one short, tak blh tukar sikit sikit...

Maksud akk, katalah tanah satu ekar tu di pecahkn jadi 10lot....jadi bila nk tukar nana kat pej tanah...semua pembeli yg 10org tukar sekali...

Kwn akk ada beli tanah...dah byr pd tuantanah, bila nk tukar nama tuan tanah kata uruskn sendiri & dia kena cari pembeli lain utk dptkn info &,submit kat pej tanah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 01:51 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 21-6-2017 11:54 AM
Land regulation di Malaysia ni memang tahap haprak pprt.

Sebaik-baiknya lantik lawyer utk uru ...

true!

apapun lantik peguam, semua jual beli mesti menerusi bankers cheque...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 02:33 PM | Show all posts
Edited by zafira at 21-6-2017 02:35 PM
jazaa100 replied at 21-6-2017 01:25 PM
Fira....tanah lot tu ada brp lot iya...

Sbb klu nk tukar nama, kena one short, tak blh tukar si ...

ooo... itu yang satu geran yang banyak nama tu... yang saya beli ni tanah hakmilik individu... so geran satu nama aja.. jadi tak ada masalah...  saya dan pemilik tanah jumpa kat pejabat tanah, buat permohonan pertukaran hak milik bagai...pergi pejabat hasil untuk mati setem & kira cukai taksiran.... lepas 3 bulan pejabat tanah telefon suruh ambil geran...  saya pernah juga beli tanah yang geran banyak nama tu... memang leceh kalau nak jual balik... nasib saya baik sebab saya jual balik tanah tu kat orang yang jual tanah pada saya... so dia uruskan semua....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.249607 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list