Zuraini digesa segera bertaubat
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Oleh EDDY HAMIDI, IKHWAN IDERIS dan ADIL AIZUDDIN YUSOF
Zuraini
KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Malaysia, Ani Zonneveld, 55, yang men-jadi imam kepada jemaah lelaki ketika bersolat di sebuah masjid liberal di Berlin, Jerman baru-baru ini dinasihatkan supaya bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, individu yang melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran Islam namun merasakan mereka berada di jalan yang betul merupakan manusia yang rugi.
“Wanita tidak boleh menjadi imam kepada jemaah lelaki apatah lagi dalam keadaan tidak menutup aurat.
“Ia merupakan satu fahaman liberal yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta amalan masyarakat Islam di seluruh dunia,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. |