View: 778|Reply: 7
|
[Tempatan]
Sekitar KL lebih 2,364 kenderaan buruk dan tersadai
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil sikap tegas terhadap kenderaan buruk dan tersadai di bandar raya ini apabila telah menunda sebanyak 2,364 kenderaan terbabit sepanjang tahun lalu sehingga April lepas.
Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ibrahim berkata, lambakan kenderaan buruk tersebut antara lain berpunca daripada sikap pemilik sendiri apabila membiarkan ia terbiar selain mempunyai lebih daripada sebuah kenderaan.
“Kenderaan buruk atau tersadai itu rosak serta memerlukan masa untuk dibaiki dan pemilik tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung kos ber­kenaan.
“Lebih teruk lagi apabila kenderaan buruk itu menjadi salah satu punca pembiakan nyamuk aedes serta kehadiran binatang liar yang boleh mendatangkan risiko dari segi keselamatan dan kesihatan orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
lucut hak je...lupuskan kenderaan gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcmne la boleh tgalkan gtu je kereta.. beli mahal2 kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni isu nasional
bkn takat kl..sume bando menyemak keta buruk
yg terbiar |
|
|
|
|
|
|
|
lupuskan je la.. pastu plat number tu jual la balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tarik & lupuskan jer lah. Semak, amik lot parking. Belum masuk yg meniaga dlm lot parking |
|
|
|
|
|
|
| |
|