CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 2

[Tempatan] [Edisi Lepas Beri Keterangan Automatik Suchi] - Isa, isteri beri keterangan lebi

[Copy link]
Post time 21-6-2017 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Isa, isteri beri keterangan lebih 4 jam



BEKAS Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad ditemuramah pemberita selepas selesai memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi. - Khairull Azry Bidin


PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isteri memberi keterangan lebih empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat agensi itu, pagi tadi.

Isa dan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, tiba jam 9.40 pagi tadi dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna hitam. Isa dan isteri terus memasuki pejabat SPRM sebelum keluar pada jam 2 petang. Isa yang ditemui pemberita sebaik selesai memberi keterangan berkata beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan membuat penentuan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya.

Ditanya mengenai permasalahan dalam FGV, katanya beliau tidak mempunyai kapasiti untuk menjawab berhubung isu itu kerana sudah tidak mempunyai jawatan dalam syarikat berkenaan. Mengenai mengapa isterinya turut dipanggil memberi keterangan, beliau menjelaskan perkara itu adalah normal dan menjadi kebiasaan selain tidak perlu dipersoalkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 02:58 PM | Show all posts
hujung si katik diselamatkan pak jibby......next plis....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:00 PM | Show all posts
dia ni since zaman jadi MB N9 memang dah ada kes politik wang. kenapa la diambik dia ni lagi..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056250 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list