CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2947|Reply: 34

[Tempatan] [Kemelut Isa Samad] - Persatuan teksi mahu orang lain terajui SPAD

[Copy link]
Post time 21-6-2017 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan teksi mahu orang lain terajui SPAD


Gambar Hiasan

SHAH ALAM - Dua persatuan teksi menggesa kerajaan supaya melantik individu lain bagi menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), demi kebaikan industri itu sendiri. Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah berkata, persatuannya berpendapat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bukan individu yang tepat untuk menerajui SPAD, berdasarkan insiden yang melanda Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) baru-baru ini.

“Kalau kita lihat kepada latar belakangnya, Mohd Isa lebih dilihat sebagai orang politik, berbanding sebagai tokoh perniagaan. Jadi, saya kurang yakin Mohd Isa mampu melonjakkan industri pengangkutan awam ke tahap yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi dengan apa yang sedang berlaku terhadap FGV sekarang.

“Saya harap, kerajaan dapat mempertimbangkan semula untuk melantik individu lain untuk menerajui SPAD, bagi menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ditanya mengenai ciri calon yang sesuai untuk menerajui suruhanjaya itu, beliau tidak mempunyai calon spesifik yang sesuai untuk bagi menjawat jawatan Pengerusi SPAD. Namun, beliau berharap individu yang dilantik menjadi menerajui suruhanjaya itu mesti mempunyai latar belakang atau pengalaman luas di dalam bidang pengangkutan awam.

Sementara itu, Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubaharin Ismail mencadangkan kerajaan supaya melantik bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad sebagai pengerusi SPAD yang baharu. Katanya, Ismail mempunyai pengetahuan luas dan perundangan dalam industri pengangkutan awam, berdasarkan pengalamannya sebagai ketua pengarah jabatan terbabit selama tiga tahun.

“Jadi, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya ini, demi kebaikan industri teksi tempatan.
“Saya bercadang untuk menulis surat kepada Mohd Isa, sebaik sahaja beliau mula bertugas, untuk segera melakukan perjumpaan dengan pemain industri bagi mengetahui selok-belok industri pengangkutan awam,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 03:15 PM | Show all posts
gambar hiasan tak de kene mengena...
sekian
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:19 PM | Show all posts
elok le persatuan teksi bersuara
lepas ni harap jugak pengusaha bas express pun bersuara demi kebaikan sume pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:22 PM | Show all posts
malunyaaa org x nakkk   
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape lah nak dia .
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahhaha! ni la satu2nya toyol paling liat dan susahnak tangkap. siap dpt mandate lg utk meneruskan kerja2 pentoyolan. habis glc lain dikekah, anto plak ke tmpt lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kena tendang sana tendang sini, nyusahkan org pulak, baik brsara je senang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 03:44 PM | Show all posts
Isa ada isu, pengusaha teksi tidak senang bos baharu SPAD

PETALING JAYA: Dua persatuan pemandu teksi bimbang dengan kemasukan Tan Sri Isa Samad ke dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan berkata masa depan gelap menanti 70,000 pemandu teksi. Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) berkata SPAD seharusnya dipimpin individu yang tidak terlibat dalam kancah politik dan bebas daripada tuduhan salah laku.

“Berdasarkan apa yang sedang dihadapai Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, saya rasa ini satu keadaan yang sangat-sangat tidak baik, bukan sahaja kepada SPAD malah kepada semua pemain industri,” kata Timbalan Pengerusi PERS1M, Kamarudin Mohd Hussain kepada FMT. “Apabila beliau letak jawatan serta merta ketika syarikat FGV hadapi masalah dan meloncat ke SPAD, ini layak saya katakan suatu sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada FMT, hari ini.

Semalam, Isa, yang terlibat dengan kemelut dalaman Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD, menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar yang bersara pada 3 Jun lalu. Ia selepas jawatan Isa sebagai pengerusi FGV digantikan dengan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob. Isa sebelum ini terlibat dalam pertelingkahan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, yang kini bercuti sementara FGV disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kamaruddin menganggap tindakan membenarkan Isa “meloncat ke SPAD” sebagai sikap “tidak bertanggungjawab”. “Sepatutnya letak jawatan, rehatlah dulu sehingga isu FGV selesai, bukannya bawa masalah ke SPAD pula,” katanya yang melahirkan kebimbangan dengan kebajikan seramai 70,000 pemandu teksi seluruh negara. Sebuah firma teksi Big Blue Taxi berpendapat pelantikan Isa tidak akan membawa perubahan kepada SPAD dan industri teksi. “Dia (Isa) sudah diberikan tugas untuk memimpin Felda dan prestasinya sangat teruk. Dia gagal bangunkan Felda, jadi apa kemungkinan untuk prestasi sama tidak berulang?” kata penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail.

Sebaliknya, Shamsubahrin menawarkan dirinya sebagai pengerusi SPAD kerana lebih arif mengenai isu di dalam suruhanjaya itu.
“Isa ada isu dengan SPRM, sama seperti saya juga ada isu dengan SPRM. Lebih baik lantik saya sebagai pengerusi, kerana saya banyak libatkan diri dalam isu pengangkutan awam. “Apa beza saya dan Isa? Malah, beberapa pandangan saya sendiri diambil dan diterima kerajaan. Pelantikan Isa adalah langkah dan keputusan yang silap,” katanya kepada FMT.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 05:34 PM | Show all posts
nasib la yang naik bas ekspress...isa samad mgkin naikkan harga tiket bas tiket teksi berlipat ganda
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 05:57 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-6-2017 05:34 PM
nasib la yang naik bas ekspress...isa samad mgkin naikkan harga tiket bas tiket teksi berlipat ganda ...

Dahlah cabaran teksi ngan Uber lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:00 PM | Show all posts


kesiannnnnnnn.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:08 PM | Show all posts
kelakar la..
sume tak nak si isa samad ni..
nampak sgt tak berguna..
berenti je la..
aku saspek mesti die simpan rahsia besar pok jib..
tu yang pok jib syg lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:17 PM | Show all posts
Macam la kat Malaysia ni hanya Isa sorang jer yang pandai mengurus. Mesti kena bagi jawatan kat dia.. dah la rekod buruk memanjang.. Stupid najib.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Si Pendek Ambik Duit - SPAD...

Berkuasa sungguh penyamun pendek ni.. istimewa sungguh beliau dimata umno dan najib.... dah menyamun sampai jahanam pun tetap dibela dan istimewa.... apa rahsia si pendek ni kepada najib dan umno yer... i know what u did last Summer... i help u, u help me...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah akibat kalau tak berguna untuk Agama Bangsa dan Negara .

Takda siapa yang nak si pendek tua kutuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 21-6-2017 06:17 PM
Macam la kat Malaysia ni hanya Isa sorang jer yang pandai mengurus. Mesti kena bagi jawatan kat dia. ...

najib mmg syg org ada rekod buruk dan xtau malu ni..sbb sejenis dia.

boooo isa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malunya kena rejek awal2 patutnya kasi peluanglah orang lain yang jauh berkaliber..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sujud syukur...wrga fgv..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 21-6-2017 03:22 PM
malunyaaa org x nakkk

tp spesis pelahap mana ade tahu malu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kelibat replied at 21-6-2017 06:08 PM
kelakar la..
sume tak nak si isa samad ni..
nampak sgt tak berguna..

asyik kena troll je dr smlm.... si pendek ambik duit hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066672 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list