CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 3

[Tempatan] 402 buah sekolah ada masalah disiplin teruk dikalangan pelajar

[Copy link]
Post time 21-6-2017 06:33 PM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA: Sejumlah 91 buah sekolah ‘panas’ dan 311 buah sekolah lain dikenal pasti sebagai memiliki masalah disiplin oleh Kementerian Pendidikan setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon  berkata, pihaknya dan beberapa agensi lain akan memantau sekolah berkenaan secara lebih dekat selain akan melaksanakan beberapa mekanisma yang lebih proaktif dalam membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

“Sebab kita mahu melihat keadaan yang sebenarnya. Kita tidak mahu laporan yang (hanya) menunjukkan semuanya baik, tetapi hakikat sebenarnya berlaku banyak isu.
“Jadi sekarang kita menegaskan pelaksanaan, (daripada pihak PPD hinggalah ke pihak sekolah) supaya membuat pelaporan secara terperinci. Kalau itulah jumlah kes (disiplin), perlu lapor dengan betul.

“Maka, perlulah mereka melaksanakannya, dan kita ada pegawai yang akan melakukan pemeriksaan ke atas pihak sekolah,” uar beliau.

Menurutnya lagi, pihak kementerian mendapati jumlah murid yang terlibat dengan masalah disiplin adalah pada kadar 2.03 peratus setahun bagi tempoh 2012 sehingga 2016.

Kes-kes disiplin itu termasuklah kes berat seperti kelakuan berunsur jenayah, buli, kelucahan, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin ringan.

Bagi kes buli sehingga Jun 2017, rekod menunjukkan sebanyak 872 kes dicatatkan. Walaupun sesetengahnya dianggap terpencil dan bukan berterusan sepanjang tahun, pihak Kementerian Pendidikan tetap memandang serius kes berkaitan buli.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuaratjawatankuasa Induk menangani gejala Disiplin Murid Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Putrajaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nawuzubilla
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 11:34 AM | Show all posts
mmg tahap teruk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 11:38 AM | Show all posts
rasanya kebanyakan sekolah bermasalah adalah SBP dan MRSM, dan sekolah2 yg mempunyai asrama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.408349 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list