CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4591|Reply: 55

[Tempatan] Gadis lepasan giatmara mampu raih pendapatan RM20K di setiap lokasi.

[Copy link]
Post time 21-6-2017 11:49 PM | Show all posts |Read mode


DR. Mohamad (tengah) menunjukkan peralatan suntikan yang dirampas dalam sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA TERENGGANU 21 Jun – Seorang lepasan sebuah pusat latihan kemahiran meraih keuntungan lumayan hasil penawaran khidmat suntikan kecantikan secara bergerak ke setiap negeri mengikut temujanji yang ditetapkan.

Walaupun tanpa sebarang tauliah bagi perkhidmatan tersebut, dan menggunakan produk tidak berdaftar, gadis berusia awal 20-an itu berjaya menyakinkan orang ramai malah nenpunyai lebih 10,000 orang di Facebook dan instagram.

Bagaimanapun kegiatannya itu berjaya dikesan oleh Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan setelah menerima aduan orang ramai baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar berkata, gadis itu ditahan oleh penguat kuasa sewaktu merawat pelanggan di sebuah inap desa di Cukai, Kemaman pada 17 Mei lalu.

“Dalam serbuan pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 16 produk suntikan dianggarkan bernilai lebih RM13,000 milik suspek turut telah dirampas,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, suspek yang mengikuti kursus kecantikan di sebuah Pusat Giat Mara telah menjalankan perkhidmatan secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang turut bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa

Tambahnya, suspek akan meminta bakal pelanggan yang biasanya terdiri daripada individu obses kecantikan membayar wang pendahuluan secara dalam talian sebelum melangsaikan pembayaran penuh sewaktu temujanji.

Katanya, suspek menawarkan pelbagai pakej suntikan antara Vitamin C, Putih Pinky, Advance, Extrame dan Highyway yang berharga antara RM200 hingga RM400 dengan campuran beberapa bahan bagi tujuan memutih dan mencerahkan kulit serta anti penuaan.

“Malah kesemua bahan yang dicampur dan dibancuh sendiri oleh suspek adalah mengikut resepi sendiri yang dibeli secara online.

“Difahamkan dia memperoleh pendapatan dianggarkan RM20,000 di setiap lokasi.

“Kesemua produk suntikan yang dirampas tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan jika sabil kesalahan boleh dikenakan denda RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Oleh itu beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan memastikan produk yang berdaftar kerana banyak implikasi dan terdedah kepada pelbagai risiko.

Dalam kejadian lain, katanya, pihak jabatan turut menjalankan operasi di beberapa premis di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Besut pada 15 Mei, 13 Jun dan 15 Jun lalu. Produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi yang dianggarkan bernilai RM230,000, dirampas.

Turut dirampas adalah beberapa kosmetik yang terkenal yang telah dibatalkan notifikasi kerana dikesan mengandungi bahan-bahan terlarang seperti merkuri, hydroguinone dan tretinion yang bukan sahaja boleh menghakis kulit bahkan boleh menyebabkan kanser dan kegururan janin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4kd50jBFa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr google ker Dr youtube ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif laa bdk2 skang buat duit...
Pasang braces kat hotel
Suntik cantik kat homestay
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 12:05 AM | Show all posts
senangnya nk kaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa perasaan acik2 yg suka suntik2 tu
Adoiiii... bahan kimia apa la dia tempek ke muka u all  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 02:17 AM | Show all posts
Perghh!~~ senang nyer nak kaya
sekali suntik dekat rm1k

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2017 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 21-6-2017 11:55 PM
Kreatif laa bdk2 skang buat duit...
Pasang braces kat hotel
Suntik cantik kat homestay

Ai kalau nak lebih putih dr kokosen.. bahya tak main suntik2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 baca tajuk ingat kan kisah inspirasi.. Rupanya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 22-6-2017 02:30 AM
Mula2 baca tajuk ingat kan kisah inspirasi.. Rupanya......

Hahaha aku pun fikir benda yang sama  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:14 AM | Show all posts
kreatif dia utk mencari pendapatan,tp cara salah..

kalau tak dibendung,5,6 tahun lagi akan jadi jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 22-6-2017 02:24 AM
Ai kalau nak lebih putih dr kokosen.. bahya tak main suntik2 ni?

Kau berlumur cat putih je lah dek klu camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nk heran....

Nurse sendiri pun buat keeja ni....blh beli kondo kat jln duta tu....siap pakai uniform nurse letak profile kat wassap...

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nk heran....

Nurse sendiri pun buat keeja ni....blh beli kondo kat jln duta tu....siap pakai uniform nurse letak profile kat wassap...

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
D good thing psl budak ni, dia pandai cari duit dan mmg dpt hasil lumayan
Tapi sayangnya, cara dia ni salah dan mmg sah2 memudaratkan org lain dr segi kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 21-6-2017 11:52 PM
Dr google ker Dr youtube ni?

Haha kan?
Ada tu bole 24/7 berforum cari
Tapi adik ni dr yg sebok di fb
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 06:33 AM | Show all posts
Yang pelanggan pun satu...percaya sangat dengan khidmat rawatan kecantikan dari entah sapa2 dan obses nak cantik secara cepat...kalau dapat side effect atau penyakit kemudian...cash la masing2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani gilerrrr yg ambik servis haram mcm ni:::. Aku inject2 ni semua siapada ambil nurse hospital pakar  dan siap pantauan dari pakar kecantikan, bukan main terjah je . Dulu aku obses cucuk2 utk cantik juga tapi semua melalui doktor, produk2 semua ada kelulusan. Memang harus la ko kene tangkap dekkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-6-2017 05:44 AM
Apa nk heran....

Nurse sendiri pun buat keeja ni....blh beli kondo kat jln duta tu....siap pakai  ...

Uikkk sape tu jaza? . Berdose hasil keje membahayekan nyawe org lain. Aku ni pun kulit kusam keje bawah matahari tp x berani ambil produk kalau bukan dari farmasi atau doktor yg ade klinik  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuiyooo buat duit..jahanam muka org ko kerjakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 22-6-2017 06:52 AM
Berani gilerrrr yg ambik servis haram mcm ni:::. Aku inject2 ni semua siapada ambi ...

Cucuk muke ke  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.085008 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list