CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 2

[Tempatan] Hati-hati pakej murah melancong oversea

[Copy link]
Post time 22-6-2017 11:21 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan berhati-hati agar tidak terjerat dengan pakej pelancongan murah terutama untuk menunaikan umrah dan melancong ke luar negara menerusi beberapa syarikat pelancongan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu Azlan Abdul Samat berkata taktik penipuan boleh berlaku dalam pelbagai cara termasuklah dengan menunda jadual penerbangan.
Katanya setakat ini sebanyak 17 aduan telah diterima oleh pihaknya, membabitkan kerugian berjumlah RM30,904 dan sesetengan daripada kes tersebut telah dibawa ke mahkamah.

"Mangsa boleh tampil membuat aduan kepada KPDNKK. Jika ingin melancong, semaklah pendaftaran syarikat pelancongan berkenaan dengan kementerian pelancongan dan untuk pakej umrah, bolehlah membuat semakan dengan Tabung Haji kerana badan itu sahaja yang mengeluarkan visa menunaikan Umrah dan Haji.

"Orang ramai jangan mudah terjerat dengan tawaran murah yang disediakan oleh syarikat-syarikat pelancongan terutama membabitkan umrah, ada tawaran antara RM3,000 dan RM4,000 seorang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azlan berkata mereka yang tertipu boleh juga boleh melaporkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 01:07 PM | Show all posts
yg kes hari tu katanya melibatkan kerajaan negeri ape cer?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang nak melancong tu nak jimat, pergilah survey sendiri. Kalau nak ke Oz ni setakat Melbourne, Sydney, Gold Coast & Perth aku boleh la bagi idea dan jalan camne. Aku ajar semua cara. Takyah tertipu dgn ejen2 ni semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.052075 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list