CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 18

[Tempatan] Terkejut dengan perlantikan Isa - gesa Najib contohi PM singapura

[Copy link]
Post time 22-6-2017 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Syed Hamid terkejut dengan pelantikan Isa

By
admin -

22 Jun 2017 890
0



Syed Hamid Albar

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berasa terkejut dengan pelantikan Tan Sri Isa Samad untuk menggantikan tempat beliau.

Syed Hamid ketika dihubungi Sinchew Daily berkata, seperti dengan banyak orang lain, beliau berasa terkejut dengan pelantikan Isa yang baru sahaja meninggalkan Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Syed Hamid juga bimbang kerajaan akan terjerumus ke dalam kontroversi baharu dengan pelantikan Isa sebagai Pengerusi SPAD.

Beliau bagaimanapun mempercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pertimbangan sewajarnya mengenai pelbagai faktor termasuk reaksi orang ramai sebelum melantik Isa sebagai Pengerusi SPAD.

“Perdana Menteri seorang pemimpin berpengalaman yang aktif dalam politik selama 40 tahun, jadi beliau semestinya sudah membuat pertimbangan dan berpendapat Isa merupakan calon yang sesuai,” katanya.

Syed Hamid juga mengharapkan yang terbaik buat kerajaan dan juga Isa.

“Ini bukannya benda yang boleh saya beri ulasan kerana ia merupakan kuasa Perdana Menteri.

“Beliau tidak perlu berunding dengan mana-mana menteri, saya sendiri merupakan orang yang dilantik Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi SPAD,” katanya.

Menurut Syed Hamid lagi, Perdana Menteri bagaimanapun perlu memberi jawapan jika berlaku kontroversi mengenai pelantikan Isa seperti mana Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjawab mengenai isu keluarganya yang mencuri tumpuan.

Walaupun meminta supaya tidak mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Syed Hamid bagaimanapun berpendapat pelantikan yang mengambil tempat adalah “perkara malang” buat Najib dan Isa kerana ia akan memulakan banyak kontroversi.

“Saya bersimpati dengan Isa kerana orang akan mengajukan pelbagai persoalan apabila beliau memulakan tugas nanti,” katanya. – MalaysiaGazette





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 04:00 PM | Show all posts
Cover jgn tak cover.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:03 PM | Show all posts
habis hancur lebur semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:19 PM | Show all posts
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh ku bayar
Hutang budi dibawa mati
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:25 PM | Show all posts
sempat lg nasihat najib suh contohi s'pore




Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang hantar kat watsapp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2017 04:30 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 22-6-2017 04:28 PM
Ada orang hantar kat watsapp




kena plak dgn akronim tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 04:35 PM | Show all posts
di bulan ramadhan yg mulia ini, adalah lebih baik kalau warga SPAD mendoakan kecelakaan buat si katek
sblm korang dirogol oleh si katek, lebih baik la korang buat damage control in early stage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 05:08 PM | Show all posts
PM Singapore telus dan profesional, walau bukan suruhan agama tapi xbuat benda2 haram..kita jgn cakap la..tunggu mati la baru nak bertaubat mcm Ramses
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 06:29 PM | Show all posts
ape agak rahsia pok jib y isa samad ni pegang..
curious betol..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
babi betul :zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ni pon salah satu contoh pembulian dalam diam :zz
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpan rahsia besar memang byk kelebihannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpan rahsia besar memang byk kelebihannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga geng2 najib cepat2 dpt selongkar bukti rahsia besar tu dr tangan pak cik katik nu... Duk biar pakcik katik lg, buat rosakkan parti umno jek
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 08:36 PM | Show all posts
Edited by highcastle at 22-6-2017 08:38 PM

Najib dengan 2 orang warga negeri sembilan bertubuh rendah, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Jadi, jangan pandang rendah kepada orang yg bertubuh rendah, kuasanya tinggi...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia tangkap basah kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 10:35 AM | Show all posts
sepantas mgkin tu lantik kt tempat lain, hrmjdh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 10:53 AM | Show all posts
mrseller replied at 22-6-2017 10:13 PM
Rahsia tangkap basah kah?

rasanya kes tangkap basah bukan isu sebenar itupun hanya cakap2 org ...kalo benar ZZ pun dah kawin aman bahagia..

isu sebenarnya isa dan bijan saling memerlukan aku perlu ko, ko perlu aku mungkin utk kesenangan hidup masing... dan isa mmg seorg yg setia dan sanggup buang apa saja utk bang jib ... janjii duit masyuk

aku mmg x sbar nak tunggu umno lingkup... sbb semua korup

Umno dan x significant dengan zaman skrg mungkin boleh jadi kenangan... simpan dalam buku sejarah

sape x sayang melayu tapi kalo melayu mcm pemimpin skrg baikk korang semua meninggal... tertekan rakyat dengan tindakan pemimpin yang seolah olah menidakkan kuasa rakyat...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066949 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list