CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7567|Reply: 40

[Dunia] Seorang gadis dipukul kerana memakai seluar pendek di bulan Romadhan.

[Copy link]
Post time 22-6-2017 07:20 PM | Show all posts |Read mode


YouTube .. https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=AjzL4Xj1oIE

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 880x487.


Asena Melisa Saglam

TURKI: Aktivis hak wanita dan ahli keluarga membantah tindakan polis melepaskan seorang lelaki yang menyerang seorang gadis dalam sebuah bas di Istanbul hanya kerana beliau memakai seluar pendek pada bulan Ramadan.

AFP melaporkan kejadian itu bermula dengan seorang lelaki yang duduk di belakang Asena Melisa Saglam, memarahinya kerana memakai seluar pendek pada bulan Ramadan.

Suspek kemudian memukul mangsa di mukanya yang menyebabkan pelajar universiti itu bertindak balas dengan mengejar suspek.

Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat menolaknya ke bahagian belakang bas, sebelum berlari keluar dari bas itu.

Lelaki terbabit ditahan selepas serangan itu, sebelum dibebaskan berdasarkan keterangannya yang perbuatan wanita itu mencetuskan kemarahannya.

Susulan itu, sebuah pertubuhan hak asasi wanita mengadakan bantahan dengan menyifatkan pembebasan lelaki itu sebagai ancaman kepada semua wanita.

“Kami akan memakai apa saja yang kami mahu di luar, kami tidak akan berkompromi dengan kebebasan kami,” tulis organisasi dikenali sebagai “We Will Stop Femicide Platform” di Twitter.

Susulan bantahan itu, arahan dikeluarkan untuk menahan semula lelaki terbabit.

Global news memetik polis di Istanbul sebagai berkata, suspek sebenarnya tidak dibebaskan dan hasil pemeriksaan mendapati dia mempunyai waran tangkap kerana “kes penipuan cukai”.

Bantahan yang diadakan ahli keluarga mangsa dan orang ramai turut menyebabkan pendakwa raya mengenakan pertuduhan tambahan iaitu menghina, sengaja mencederakan dan menghasut orang ramai mencetuskan kebencian dan permusuhan awam, menurut kenyataan Anadolu Cumhuriyet dari pejabat ketua pendakwa raya.

Penentang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa kerajaan pimpinannya merosakkan prinsip negara sekular yang diamalkan bekas presiden, Mustafa Kemal Ataturk untuk melindungi hak wanita.

Kerajaan bagaimanapun bertegas, ia tidak menyekat kebebasan wanita berpakaian mengikut kehendak mereka, termasuk membenarkan mereka memakai tudung di universiti, sekolah dan dalam pasukan tentera.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-pada-ramadan/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tamat sudah era sekularisme Turki..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ada nnt lobai2 kon jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kat aceh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk agama la tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 08:12 PM | Show all posts
Hanya sekelumit sahaja spesis lobai mudah terhina di Turkey. Majoriti rakyatnya bersyukur, mendukong dan menyanjong sekularisma dan Kemalisma yang di bawa oleh Mustafa Kemal.

Namun jika sekelumit ini tidak di kawal dan di pam dari jamban negra Turkey, tidak mustahil Turkey akan menjadi seperti Afghanistan dan Kelantanistan suatu hari nanti.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermm... x perlu kot nak pukul perempuan tu. Over sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 22-6-2017 08:12 PM
Hanya sekelumit sahaja spesis lobai mudah terhina di Turkey. Majoriti rakyatnya bersyukur, mendukong ...

Sejak erdogan jadi president ni makin banyak golongan lobai bodoh di turki  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nawuzubilla
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 11:12 PM | Show all posts
finesse replied at 22-6-2017 07:24 PM
Yg ada nnt lobai2 kon jah

bencinya fin kat lobai kon.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 11:15 PM | Show all posts
mungkin baginda baru sahaja dapat wahyu dari yang maha berkuasa yang menyuruhnya supaya memukul wanita kayu api nuraka tersebut? takbirrr...... kemenangan buat islam sebagai agama keamanan!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Aku kah yg bersalah berseluar pendek di bulan ramdan...atau kau kah yg bersalah memukul aku berseluar pendek di bulan ramdan"..???????
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 12:36 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 22-6-2017 11:10 PM
Sejak erdogan jadi president ni makin banyak golongan lobai bodoh di turki

Tak apa....tentera Turkey mengawasi agar kemalisma senantiasa terjaga. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 02:20 AM | Show all posts
laki dayus..........   
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 03:09 AM | Show all posts
pastu mamat turki tu melancong ke malaysia mesti jadi gile mata cuci puas2 tgk bagaimana negara malaysia ni lebih sekular daripada turki...walaupun katanya negara isle.
pompuan bertudung tapi dengan seluar baju ketat mendat...bek bukak je tudung tu. Nak pakai seksi pakai jelah terus seksi toksah berselindung di balik tudung kot.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 23-6-2017 12:36 AM
Tak apa....tentera Turkey mengawasi agar kemalisma senantiasa terjaga. Insyaallah.

Melaya ni pun sebenernya asal nugara sekuler, tapi dah abis dikopamkan oleh lobai2 towngong lurus bendul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2017 07:11 AM | Show all posts
pyropura replied at 23-6-2017 05:09 AM
Melaya ni pun sebenernya asal nugara sekuler, tapi dah abis dikopamkan oleh lobai2 towngong lurus  ...

Kalau kita ikuti kata kata bapa Malaya Tunku Abdul Rahman, memang negta kita negra sekular. In fact sekulkarrisma itu adalah sesuatu yang amat Islamik.

Tapi ada satu ketika dahulu, Dr. Mahathir mahu mengumbirakan pakar pakar aurat dan bungkus kepala lagu kata Malaysia dah Negra Isle. Lalu pakar pakar aurat dan bungkos kepala berkata," Kalau  negra Isle, pompuan musti bungkus kepala!"

Abah dia ajar camtu  agaknya......
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa,bila org perempuan pakai tudung tapi pakai baju,seluar ketat disuruh buka tudung?

tapi bila perempuan muslim tak pakai tudung,tapi pakai baju,seluar ketat xde pulak disuruh bogel?

sedangkan dua2 nya berkaitan dgn aurat jugak,kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Melampaulah sampai pukul orang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la malaysia x smpi camnih lagi...paling jahat pun stakat snap gambar senyap2 pastu viralkan sambil beriwayat ala2 stazah kat socmed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.095527 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list