View: 3105|Reply: 25
|
[Tempatan]
Malaysia Mendunia: Sampul Passport Malaysia Jadi Rebutan Dibulan Romadhan.
[Copy link]
|
|
Sempena kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, 'pasport Malaysia' ini semakin mendapat perhatian.
Kanak-kanak bukan sahaja gembira bila mendapatnya, malah ia menjadi keperluan untuk orang dewasa ketika mengunjungi sanak saudara mahupun jiran tetangga.
Namun jangan keliru kerana 'pasport Malaysia' yang dimaksudkan bukanlah dokumen perjalanan rakyat Malaysia untuk ke luar negara, tetapi ia sebenarnya adalah sampul duit raya.
Bentuknya sama seperti kebanyakan sampul duit raya, dengan rekaan kulit hadapannya seperti pasport Malaysia dan di kulit belakang tertera perkataan ‘Dengan ingatan tulus ikhlas’ berserta nama dan logo Jabatan Imigresen.
Bagi raya kali ini, sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Johor.
Pengarah Imigresen negeri itu, Datuk Rohaizi Bahari berkata, ia dikeluarkan oleh jabatan itu sejak 2013 dan sehingga kini menjadi rebutan setiap kali menjelang Aidilfitri.
“Kami pernah mengeluarkan dua rekaan yang lain sebagai tambahan selepas itu tetapi tidak mendapat sambutan.
“Jadi, kami hanya mengekalkan satu rekaan ‘pasport Malaysia’ sahaja sehingga ke hari ini. Namun, terdapat penambahbaikan dari segi kualiti dari segi penggunaan kertas termasuk rekaan secara ‘emboss’ (cetakan timbul) berbanding dulu hanya cetakan biasa,” katanya.
Rohaizi berkata, sempena Aidilfitri kali ini, sebanyak 7,000 keping dikeluarkan menerusi cetakan pertama dan kedua.
Sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ yang dijual dalam setiap pek mengandungi 10 keping itu dijual pada harga RM5.
Ditanya sama ada pek sampul duit raya itu dijual kepada orang ramai, Rohaizi berkata, setakat ini ia dijual kepada kakitangan imigresen.
“Setakat ini, ia tidak dijual secara langsung kepada orang awam. Sampul duit raya ini bukan sahaja dibeli kakitangan imigresen di Johor malah mendapat permintaan dari cawangan negeri-negeri lain termasuk di Sabah,” katanya sambil menambah sampul berkenaan akan membantu orang ramai mengenali Jabatan Imigresen termasuk pasport sebagai dokumen perjalanan penting buat rakyat Malaysia.
Pasport Malaysia merupakan pasport kelima paling berkuasa di dunia, menurut kedudukan terkini Global Passport Power Rank 2017.
Malaysia berada pada kedudukan kelima bersama Ireland dan Kanada yang berkongsi mata keseluruhan Visa-Free-Score (VFS) sebanyak 155 mata.
Berdasarkan kedudukan yang diterbitkan laman web Arton Capital’s Passport Index, VFS mewakili jumlah negara bagi pemegang pasport yang boleh melawat tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan.
Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berit...-raya-pasport/
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa jdt mendonia |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkn org kat UK nk beli |
|
|
|
|
|
|
|
Lawalah..sapa ada aku nak beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting isi berapa dalam sampul tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah depa nk gumbira raya ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow cantik jgk..thn ni tema sampul raya akak kaler monochrome jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sampul x lawa x pe
Asalkan isi tu
Dan tolong bg kpd remaja purba mcm meols gak
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka sampul raya yg dapat free dr bank bank atau badan badan swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik. Kalau I dapat memang I simpan tak bagi orang sampul tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku lantak le sampul nya pun..kadang 2 pakai raya cina lepas yg x tepakai.janji isinya kaw |
|
|
|
|
|
|
|
Satgi kalau aku guna sampul ni, simpan pulak dalam beg travelling, silap2 masa imigresen mintak terkasi pula sampul ni, bukan basbort. |
|
|
|
|
|
|
|
Laku keras katanya |
|
|
|
|
|
|
|
sampul je pun..itu pun berebut3.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_premierleag at 23-6-2017 06:36 AM
Kalo nak buat bisnes seludup bangla masuk msia ni, bleh la suruh bangla ni selit rm 100 ka 500 ka dlm sampul ni masa kat kaunter imigresen klia
Dah paham sgt perangai rasuah imigresen ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah betul nk dpt sampul raya free skg ni
Bank pun kedekut nak bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Susah betul nk dpt sampul raya free skg ni
Bank pun kedekut nak bagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha.... samada ko otak immigresen tak pun otak bangla.... sama kreatif....
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-6-2017 10:09 AM
Ha ha ha.... samada ko otak immigresen tak pun otak bangla.... sama kreatif....
Hidup kene kreatif bang
Baru le bleh survive |
|
|
|
|
|
|
| |
|