CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4447|Reply: 44

[Tempatan] usah tamak gelojoh makan sempena aidilfitri

 Close [Copy link]
Post time 23-6-2017 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 23-6-2017 07:21 PM

assalamualaikom serta selamat petang sumua.disini sya ingin beri kongsi ilmu perihal adab ke jamua raya.setiap raya,musti sya terima undangan istimewa daripada bamyak istana dan jamuan para mentri.tapi sya keciwa kerna sya lihat sikap rakyat negara nih amat buruk makan.
apa nih?usah rebut rebut serta tolak menolak semasa mengambil lauk juadah yang dihidang.tak bagos lah sikap begitu.kita tak usah lah yer ikot resmi hewan binatang yang rebut makanan.
kan bagos kalau sumua beratur tunggu giliran?makan usah tamak lah yer,ambil juadah yang disedia oleh tuan rumah sikit demi sedikit.kalau lazat,baru lah tambah sikit.ini sya lihat ramai yang ambil makanan saperti tak makan selama satu tahun.malu lah sikit .

Disini sya mau ucapkan selamat hari aidilfitri.jaga lah adab makan .usah makan terlalu bamyak,nanti badan jadi amat gemok saperti pelampong .nawuzubilla


sumber rujok
Manfaatkan 
rumah terbuka, Adab di rumah terbuka Syawal
Adab di rumah terbuka Syawal
RUMAH terbuka atau open house sudah sinonim dalam kalangan umat Islam hari ini terutamanya apabila tibanya Syawal. Syawal juga dirasakan seolah-olah tidak lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.

Dalam penganjuran rumah terbuka ini biasanya tuan rumah akan menerima kunjungan kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-taulan di kediaman masing-masing bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri manakala ada segelintir umat Islam yang berkemampuan memilih mengadakannya di hotel-hotel mewah dan dewan-dewan besar. Tidak kurang juga ada yang sanggup berbelanja mewah dan berhabis-habisan semata-mata untuk mengadakan rumah terbuka dengan alasan bulan Syawal hanya sekali dalam setahun.

[size=0.9em]SPEAKER Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad (empat dari kanan) melayan sebahagian daripada tetamu berbilang kaum di Ayer Molek, Melaka, kelmarin. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Meskipun Syawal hanya setahun sekali namun sebagai tuan rumah perlulah bijak dalam menguruskan majlis agar tidak berlaku pembaziran. Berlebih-lebihan dalam sambutan atau menunjuk-nunjuk dalam penganjuran keraian sehingga akhirnya menjadi beban kepada diri sendiri dan keluarga adalah dilarang sama sekali oleh Islam.
Hakikatnya, Islam menganjurkan umatnya supaya bersederhana dalam segala hal terutamanya dalam mengadakan rumah terbuka. Amalan ini adalah selari dengan apa yang ditekankan oleh Islam menyuruh umatnya beristiqamah setelah berakhirnya Ramadan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka tetaplah (istiqamah) engkau wahai Muhammad di jalan yang benar seperti yang diperintahkan bersama orang yang bertaubat dan janganlah kamu melampaui batas.” ( Hud, 11: 112). Justeru meraikan rumah terbuka pada hari lebaran ini tidak semestinya secara besar-besaran namun apa yang penting niat kita untuk memuliakan bulan tersebut dengan penuh ke-syukuran.
Selain itu, dalam mengadakan majlis rumah terbuka umat Islam wajib menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang secara jelas dilarang oleh Allah SWT. Ada dalam kalangan umat Islam yang merosakkan ketaatannya selama sebulan sepanjang Ramadan hanya pada hari pertama Syawal. Mengadakan rumah terbuka dengan melayan tetamu sehingga meninggalkan solat, tidak menutup aurat, pergaulan bebas tanpa batas antara lelaki dan perem-puan yang bukan mahram, makan yang terlampau sehingga membahayakan kesihatan dan sebagainya.
Walaupun amalan rumah terbuka bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam sempena Hari Raya Aidilfitri, namun jika dilakukan menurut garis panduan syarak amalan tersebut boleh menjadi satu ibadah. Konsep rumah terbuka ini sebenarnya menyediakan ruang luas kepada umat Islam untuk terus melakukan amalan yang dituntut oleh Islam. Antaranya, memberi peluang kepada umat Islam untuk ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan, bertukar-tukar fikiran dan dapat melayan serta menjamu tetamu yang hadir.
Di samping itu, amalan kunjung-mengunjungi ini juga membolehkan persaudaraan yang selama ini renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang jauh menjadi dekat dan sebagainya. Lantaran itu, akan terbentuk satu ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan.
Sebagaimana Islam sangat menggalakkan agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (al Hujarat: 47: 10).
Dalam pada itu, Islam telah menggariskan beberapa adab ketika mengadakan rumah terbuka. Sebagai tetamu perlulah berniat baik atas kunjungannya, tidak memilih-milih tempat untuk berkunjung seperti rumah orang berharta, berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat manakala waktu berkunjung pula hendaklah memilih masa yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu tersebut pihak tuan rumah sedang berehat.
Begitu juga dengan adab bersalam–salaman dan berjabat tangan mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Jangan pula kita mengikut budaya Barat bersalaman tanpa mengira lelaki ataupun wanita. Majlis rumah terbuka juga perlu dijauhkan daripada menjadi medan pergaulan bebas antara te-tamu yang bukan mahramnya. Pergaulan bebas serta percampuran secara melampau antara lelaki dan perempuan boleh mengundang majlis yang asalnya untuk mendapat rahmat Allah SWT, bertukar menjadi majlis yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
Selain itu, sebagai tetamu, seboleh-bolehnya kita menjaga adab terutama ketika mengambil juadah yang disediakan. Cuba elakkan makan dengan tamak dan gelojoh di rumah terbuka. Makanlah sekadarnya dan ingatlah masih ada ramai tetamu yang akan datang untuk menjamu selera. Menjaga adab bertamu pen-ting agar tidak tercemar dan dapat menjaga imej kita sebagai tetamu serta disenangi oleh tuan rumah.
Sementara itu, bagi tuan rumah, beberapa adab yang perlu dipelihara antaranya, mestilah berniat ikhlas menerima kunjungan dan bukannya menunjuk-nunjuk serta memilih tetamu yang berpangkat untuk diajak bersembang. Tuan rumah perlulah menghormati dan memuliakan semua tetamu. Ingatlah bahawa memuliakan dan me-layan tetamu dengan baik, adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.
Konsep rumah terbuka sepanjang bulan Syawal adalah satu amalan yang baik. Walaupun penganjurannya hanya dilihat sebagai satu budaya masyarakat di Malaysia, namun jika caranya betul dengan menepati adab-adab yang bertiangkan syariat Islam serta jauh daripada perkara-perkara tercemar yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT, ia boleh dianggap ibadah dan wajar diteruskan.


Manfaatkan 
rumah terbuka

MUSIM rumah terbuka datang lagi. Bermula pada hari raya pertama lagi, sudah ramai yang mengadakan rumah terbuka. Walaupun pada hari raya pintu rumah sentiasa terbuka, tetapi bezanya, rumah terbuka diiringi dengan jemputan. Maknanya, ada hidangan istimewa untuk tetamu yang datang.

Ada yang berebut-rebut hendak mengadakan rumah terbuka. Ada yang sudah jadi rutin, mesti adakan rumah terbuka setiap tahun. Yang tidak pernah buat rumah terbuka pun hendak buat rumah terbuka. Pendek kata, dalam kalangan keluarga ataupun rakan-rakan, ada yang sudah menempah tarikh dan masa awal-awal lagi untuk mengadakan rumah terbuka supaya tidak bertembung dengan yang lain.
Bagi negara kita yang mewah dengan makan minum, tidak ada halangan untuk mengadakan rumah terbuka. Yang hendak datang pun tidak ada masalah kerana masing-masing mempunyai kenderaan. Cuma yang menjadi masalahnya adalah jika seseorang itu berada di luar kawasan dan tidak sempat untuk menghadirinya.
Kita juga mensyukuri nikmati keamanan negara yang memudahkan kita bergerak ke mana-mana untuk memenuhi undangan dan tuntutan sesuatu majlis. Oleh itu, rumah terbuka yang diadakan selalunya mendapat sam-butan menggalakkan.
Bagi yang memahami konsep hari raya dan rumah terbuka, tetamu yang datang bukan hanya untuk mengisi perut semata-mata tetapi yang pentingnya adalah untuk bertemu, mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang tidak sempat ditemui sebelumnya kerana rumah terbuka biasanya tempat semua berkumpul.
Rumah terbuka mendatangkan pelbagai kesan positif dalam kalangan anggota masyarakat dan ahli keluarga. Hubungan yang lebih akrab akan terjalin menerusi rumah terbuka. Maka tidak hairanlah, di kampung-kampung pun sudah diadakan rumah terbuka untuk merapatkan anggota masyarakatnya.
Di kawasan-kawasan bandar pula, ikatan kejiranan dan perpaduan kaum dapat dimantapkan lagi kerana proses kenal-mengenal akan lebih mudah berlaku dalam majlis-majlis seperti ini selain daripada aktiviti gotong-royong, hari keluarga dan sebagainya.
Penulis berpendapat, pengisian rumah terbuka ini sangat penting untuk mencapai matlamatnya. Rumah terbuka bukan hanya untuk bersuka ria di samping merasai juadah yang disediakan tetapi dari aspek lain, majlis mestilah memfokuskan kepada tujuan sambutan hari raya itu sendiri iaitu untuk bermaaf-maafan sesama kita.
Rumah terbuka bukan untuk menunjuk siapa lebih hebat dalam menyediakan makan minum beraneka jenis sampai tidak habis hendak dimakan, dan bukan juga untuk meraikannya dengan makan minum yang tidak halal, riuh-rendah seperti parti dengan majlis tari-menari dan sebagainya.
Kesucian Aidilfitri mesti dipelihara meskipun tetamu yang dijemput berbilang bangsa. Kita sangat bimbang rumah terbuka dicemari dengan acara-acara yang tidak diingini terutamanya sambutan yang diadakan oleh anak-anak muda di kawasan bandar.
Rumah terbuka juga mestilah disambut secara sederhana. Pembaziran selalu berlaku kerana pertembungan rumah terbuka yang diadakan oleh individu tertentu.
Di kawasan-kawasan padat penduduk, biasanya setiap hujung minggu, rumah terbuka diadakan dan ada yang terpaksa memenuhi lebih daripada lima undangan setiap hari. Penyediaan makan minum mestilah diambil kira supaya tidak berlaku pembaziran. Bagi yang sudah biasa mengadakan rumah terbuka, mereka sudah mempunyai pengalaman untuk mengetahui kuantiti makanan yang perlu disediakan supaya tidak berlaku pembaziran.
Di samping itu, golongan yang kurang bernasib baik tidak boleh diketepikan untuk diundang sama meng-hadirinya. Adalah lebih bermanfaat jika di sebalik kita meraikan hari yang mulia ini dengan pelbagai jenis makan minum, kita menoleh kepada mereka yang kurang berpeluang merasai nikmat yang sama kita kecapi. - M. Jasni Majed
Utuhttp://mt961013.livejournal.com/1255430.html


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2017 02:24 PM | Show all posts
moga sumua dapat ambil iktibar dari apa yang sya kongsi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2017 02:26 PM | Show all posts
ini juga contoh rebut makanan.tak bagos lah buat begitu.nawuzubilla lah yer

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 02:26 PM | Show all posts
Baiklah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nek pon usah gelojoh nk bukak thread merapu-rapu lg lps ni yach! gajah2 peliharaan nenek dh lame xnmpk berkeliaran dkt negeri rahsie la yer.. ape, sudah mampus makan sisa bauksit ke??
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan sumber takde. Kalau setakat karangan macam ni pun boleh lepas kat ci? @spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2017 04:21 PM | Show all posts
kuih apa merah dalam tu.. sedapnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 04:33 PM | Show all posts
hanisbunny replied at 23-6-2017 03:03 PM
nek pon usah gelojoh nk bukak thread merapu-rapu lg lps ni yach! gajah2 peliharaan nenek dh lam ...

kena setepek..

apa2 pun selamat hari raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 23-6-2017 04:33 PM
kena setepek..

apa2 pun selamat hari raya

Selamat Hari Raya jugak chuols.. berhati-hati dijalan raya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nawuzubilla rajin nenek bukak thread semata-mata nak kumpul points untuk masuk thread terhangat gosip Tok Buntatt

Deduct points dia pleassse abamm @spiderman80 sebab bukak thread mengarut macam ni.

Mohon nenek check dulu ejaan nenek sebelum post apa-apa pun kat sini. Ni saya bagi website dewan bahasa dan pustaka untuk nenek check dulu ejaan nenek tu betul ke tidak http://prpm.dbp.gov.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha lawak sial. Selamat hari raya kaka Burong aka Ghostwalking.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya Nenek.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mn ghostwalking..omg....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 06:49 PM | Show all posts

betul ke?

sukusakat dia je kut..

terlepas ikatan..merayau la
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 06:54 PM | Show all posts
Aaahhhh... X peduli. Waktu jemputan rumah terbuka ni la masa yang sesuai untuk bedal semua makanan yang ada. Percuma, kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2017 07:22 PM | Show all posts
andromeda84623 replied at 23-6-2017 04:38 PM
Nawuzubilla rajin nenek bukak thread semata-mata nak kumpul points untuk masuk thread terhangat gosi ...

usah buat cerita lah.nih sumber rujok http://mt961013.livejournal.com/1255430.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2017 07:23 PM | Show all posts
insulin replied at 23-6-2017 06:54 PM
Aaahhhh... X peduli. Waktu jemputan rumah terbuka ni la masa yang sesuai untuk bedal semua makanan y ...

terpulang lah nak.nanti kalau kena penyakit kembong perot usah salahkan sama sya lah yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2017 07:25 PM | Show all posts

mekasih lah nak.bagos bahasa ini budak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2017 07:29 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 23-6-2017 03:45 PM
Dengan sumber takde. Kalau setakat karangan macam ni pun boleh lepas kat ci? @spiderman80

kasihan kerna tak tau baca http://mt961013.livejournal.com/1255430.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2017 07:31 PM | Show all posts
hanisbunny replied at 23-6-2017 03:03 PM
nek pon usah gelojoh nk bukak thread merapu-rapu lg lps ni yach! gajah2 peliharaan nenek dh lam ...

nih arnab busok mana terlepas kandang nih?kasihan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.396688 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list