Edited by Muntz at 24-10-2017 09:32 AM
Jumaat,23 Jun 2017 @ 12:03 PM Siti Kasim didakwa halang tugas penguat kuasa JAWI OlehSiti Nurazlinee Azmi sitinurazlinee@bh.com.my SITI Zabedah Kasim atau lebihdikenali sebagai Siti Kasim. - Foto fail NSTP/Rosdan Wahid
KUALALUMPUR: Seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhanmenghalang tugas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),tahun lalu. Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, 54,mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapanMajistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Mengikutkertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor JihanSaleh @ Md Ghazali, 36, untuk menjalankan tugas di dewan tingkat 2, HotelRenaissance di sini, pada jam 10.30 malam, 3 April 2016. Tertuduh didakwamengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara duatahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Peguam Roger Chan Weng Keng dalam rayuan, memohon anak guamnya diberi jaminantanpa cagaran.
Terdahulu,Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan jaminan. Mahkamahmembenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin danmenetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.
Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/295854
|