CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2027|Reply: 9

Disyaki Hisap Dadah, Rakaman Pelajar Khayal Dibuli Rakan Jadi Tular

[Copy link]
Post time 23-6-2017 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Setelah digemparkan dengan berita kematian remaja T Nhaveen dan Zulfarhan Osman akibat perbuatan membuli, kini muncul pula video sekumpulan pelajar bertindak buli seorang yang kelihatan dalam keadaan khayal menjadi tular di media sosial.







Memetik laporan Astro Awani, video berdurasi dua minit setengah itu dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural kelmarin.


Paparan video menunjukkan beberapa orang pelajar sedang mengganggu seorang pelajar yang kelihatan khayal.


Kesemua mereka saling berbalas kata dengan menggunakan perkataan tidak sopan dalam bahasa Tamil, dan adakalanya didengari menggesa mangsa dibuli untuk menari.


Adalah dipercayai pelajar-pelajar berkenaan yang masih berpakaian seragam sekolah, ponteng sekolah kerana salah seorang daripada mereka menyebut waktu itu adalah pukul 10 pagi.




sumber : Facebook Malaysian Tamilar Kural



Namun demikian, setakat ini lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih tidak diketahui.


Pada masa artikel ini ditulis, video itu mendapat lebih 26,000 tontonan dan 855 perkongsian.


Mereka yang memberikan komen sebulat suara mengecam perbuatan remaja lelaki itu dengan beberapa orang mendesak pihak polis mengambil tindakan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2017 04:57 PM | Show all posts
Mabok todi kah sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 05:17 PM | Show all posts
gelap je.. mana nampak muka
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ni semua training kaum depa, takpayah masuk campoq. depa ni tgh training nak jadi samseng atau kepala gangster koliang dimasahadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ni semua training kaum depa, takpayah masuk campoq. depa ni tgh training nak jadi samseng atau kepala gangster koliang dimasahadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2017 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ada juga duit nak makan dadah budak sekolah...nauzubillahminzalik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2017 06:25 PM | Show all posts
heiii...diaorg ni tak habis2...tp kena gak terima hakikat, benda cam ni berlaku dlm masyarakat kita gak...tak kisah lar siapa, mak bapak serta polis sila amik tindakan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci la tgk benda mcm ni.. malas nak tgk video, baca berita dia pun dah buat terganggu.. haihh.. yennadeyyy!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2017 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Camnolah jibon nak capai matlamat TN50 bagai ...tgk je la bbnu zaman skang.. Kecik2 lg dah rosak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2017 02:49 PM | Show all posts
mabuk todi ni            
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.066112 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list