CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1144|Reply: 5

Bot Pelancong Karam Di Colombia, 9 Maut, 28 Hilang

[Copy link]
Post time 26-6-2017 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Sekurang-kurangnya sembilan penumpang maut dan 28 yang lain masih hilang selepas bot membawa kira-kira 150 pelancong tenggelam di kawasan tadahan air di barat laut Colombia semalam.


Video yang tular di media sosial menunjukkan bot berkenaan tenggelam dan puluhan kapal lain mendekatinya untuk cuba menyelamatkan penumpang.



#AvanceInformativoTA Emergencia en el embalse El Peñol - Guatapé por hundimiento de un barco con aproximadamente 150 personas - #TANoticias pic.twitter.com/CaW44U7gJ1
— Teleantioquia (@Teleantioquia) June 25, 2017







Pihak berkuasa tidak mengatakan apa yang menyebabkan Almirante empat dek karam di kawasan tadahan air El Penol di bandar pelancongan Guatape, yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

"Setakat ini tiga penumpang maut dan kira-kira 30 hilang," kata komander polis Jorge Hernando Nieto kepada BluRadio.


Memetik laporan Reuters, pasukan tentera udara berkata helikopter sedang dalam perjalanan untuk membantu operasi menyelamat.


Lokasi itu terletak 68 kilometer dari bandar Medellin dan salah satu tarikan pelancongan utama di bahagian Antioquia.


Datuk Bandar Medellin Federico Gutierrez berkata mangsa yang diselamatkan dihantar ke hospital tempatan di Guatape.


Tambahnya, pasukan daripada tujuh cawangan yang diketuai seorang kapten dan lima penyelam skuba telah dihantar ke lokasi untuk membantu.


Guatape menjadi tumpulan pelancong pada cuti hujung minggu yang panjang memandangkan hari ini cuti umum di Colombia.- CARI

sumber : Reuters



sumber : Reuters

sumber : Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
allah..sempat ke bot2 banyak2 tu selamatkan orang2
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah untuk heshe
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kasihan.takjiah lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2017 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kasihan.takjiah lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 03:09 PM | Show all posts
takziah... aduh la kesian sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045912 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list