CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2969|Reply: 9

Bintang Sensasi K-Pop Taeyang Dilantik Jadi Duta Olimpik 2018

[Copy link]
Post time 26-6-2017 09:17 PM | Show all posts |Read mode


sumber : www.olympic.org/



Sambutan sukan Olimpik 2018 bakal dimeriahkan dengan kehadiran pemuda yang menjadi kegilaan peminat lagu-lagu K-pop, Taeyang.


Memetik laporan laman sesawang rasmi Sukan Olimpik 2018, penyanyi dan penulis lirik itu diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta dalam perlawanan musim sejuk pada Februari tahun depan di PyeongChang.


Menurut Taeyang, muzik boleh menjadi faktor penyatu rakyat berlainan negara dan budaya yang berbeza bukan merupakan halangan.


Taeyang atau nama sebenarnya Dong Young-bae, 29, memiliki seramai 7.4 juta pengikut di Instagram.


Taeyang seorang daripada anggota band paling popular Korea Selatan iaitu Big Bang dan menjadi artis K-pop pertama memasuki senarai berprestij Forbes bagi Celebrity 100.


sumber : www.olympic.org/



Sementara itu, Penganjur dan Presiden PyeongChang 2018 Lee Hee-Beom berkata, pembabitan Taeyang mampu mendorong peminat dari generasi muda untuk turut serta menjayakan sukan berkenaan.


Taeyang menyertai senarai duta dari dunia sukan dan hiburan sebagai langkah mempromosi sukan berkenaan yang akan bermula dari 9 hingga 25 Februari tahun depan.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2017 03:49 AM | Show all posts
oklah.. pilih tae yang.. imej dia pon bersih.. kalau pilih TOP kang, ramai pulak yg berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
next Olympic tahun 2018?? bukan tiap 4thn sekali ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2017 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
hok aloh winter Olympic rupanya. ingatkan summer Olympic. tak baca abis
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 01:07 PM | Show all posts
Ok le tu dia amat berbakat dengan penampilan bersih kurang gossip dah dapat 2nd place paling kacak lagi kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 04:12 PM | Show all posts
Oh mai. Terus rasa nak start bersukan tgk taeyang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
iols suka taeyang. .OMG
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 12:49 PM | Show all posts
New MV dia untuk lagu Darling macam dalam movie.  Nampak betul2 prepare untuk penghasilan MV yang baik.  So looks forward untuk solo konsert white night  dia di KL Oct nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Win Taeyang concert tiket sini
http://www.11street.my/benefit/promotionDetail.do?planDisplayNumber=595875&sourcepage=mainpage&clicklocation=billboardbanner&promo-id=DriveSales-CategoryMD5-NESCAFElatteTaeyang-20170927  
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
hanakikan replied at 28-6-2017 01:39 PM
hok aloh winter Olympic rupanya. ingatkan summer Olympic. tak baca abis

Tu lah... iols pn still igt tahun lepas olimpik yg lcw tk dpt emas tu... takkan ttbe tahun depan olimpik lg... sekali, rupanya... choi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.619372 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list