View: 1575|Reply: 10
|
Kapal Tangki Diesel Milik Thailand Disamun Lanun Di Perairan Kuantan
[Copy link]
|
|
Sebuah kapal tangki membawa minyak diesel milik syarikat Thailand disamun sekumpulan lelaki dipercayai lanun ketika berada di perairan luar Kuantan pada 23 Jun lalu.
Ketua Tentera Laut Thailand Bahagian ke-2 Laksamana Pornchai Pinthong berkata sekumpulan enam atau tujuh lanun itu berjaya mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan yang dibawa kapal itu.
"Kapal itu yang membawa muatan diesel dalam pelayaran ke Songkla dari Singapura."
sumber : www.malaysiandigest.com
Kapal tangki dikenali CP14 itu yang membawa 17 anak kapal meneruskan pelayaran ke Thailand selepas kejadian dan selamat tiba di perairan Songkla petang semalam, katanya.
Pinthong berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam di perairan Kuantan apabila kapal tangki itu dinaiki kumpulan lanun terbabit yang bertindak mengikat kapten dan semua anak kapal serta memusnahkan peralatan sistem amaran keselamatan kapal.
Semua lanun itu membawa senjata dan mengancam akan mencederakan anak kapal jika tidak mengikut arahan, katanya dan menambah, kesemua anak kapal bagaimanapun tidak dicederakan.
Beliau juga berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berkenaan kejadian terbabit untuk tindakan lanjut.
Tentera Laut Thailand turut meminta kapal-kapal supaya berhati-hati ketika belayar di kawasan perairan terbabit berikutan ancaman daripada lanun.
Kelmarin, Tentera Laut Thailand menghantar kapal tenteranya ke kapal tangki terbabit yang sedang berlabuh di perairan berhampiran Pulau Tikus, Songkla untuk memeriksa keadaan kapal itu serta krunya.
Pemeriksaan turut disertai pegawai Jabatan Kastam serta Jabatan Khidmat dan Perlindungan Buruh.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lanun mana dtg ni? X sangka kat perairan msia pun da ada lanun. |
|
|
|
|
|
|
|
aikkkk kata ritu tldm tingkatkan kawalan di perairan malaysia lebihhh semasa ramdhan dn raya....
tah2 samun diri sndrik kot...mklomlah nak claim insuran |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik sgt la..Lanun ke..Pd hal bru je nmpak tracking kapal CP14 tu tgh underway atas sikit dr Malaysia..atau crew sendiri yg melanun..dh deal siap2...bawak cargo komoditi tu..
kalo lanun onboard...biasanya diaorg akn off tracking kapal siap2...itu mmg SOP Lanun2 sedunia...
Agak2 la crew siam ni nk burukkan Malaysia..Nak masuk songkhla port tu dh tentu akn passing dekat2 field Anoa (indon) - Cakerawala (Malaysia) - Arthit (Siam) sebelum smpai songkhla port tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik sgt la..Lanun ke..Pd hal bru je nmpak tracking kapal CP14 tu tgh underway atas sikit dr Malaysia..atau crew sendiri yg melanun..dh deal siap2...bawak cargo komoditi tu..
kalo lanun onboard...biasanya diaorg akn off tracking kapal siap2...itu mmg SOP Lanun2 sedunia...
Agak2 la crew siam ni nk burukkan Malaysia..Nak masuk songkhla port tu dh tentu akn passing dekat2 field Anoa (indon) - Cakerawala (Malaysia) - Arthit (Siam) sebelum smpai songkhla port tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izwan_izi at 27-6-2017 02:51 PM
-double post- |
|
|
|
|
|
|
|
Baru aje berangan nak naik kapal layar. Terus terbantut imaginasi bila keluar berita lanun tengah laut ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg jadi dekat lanun lepas tue?berita tergantung..kena tangkap kea dpt lari ? |
|
|
|
|
|
|
|
Standard kalo lanun hijack kapal..biasanya diaorg akn disable tracking dgn comm kapal siap2...yg kapal siam ni...diaorg kate kene hijack kt area kuantan...tp system tracking diaorg ni masih je aktif smpai kt border..
Kalau lanun yg betul2 buat kerja...amik contoh la kes kapal tanker Malaysia yg kene hijack sebelum ni..ORKIM HARMONI...lanun onboard...disable tracking dgn comm once dh take over kapal...bkn stakat bawak lari kargo...dgn krew2 dan kapal skali lanun tu bawak lari...siap tukar nama kapal yg kt blakang tu dari ORKIM HARMONI ke KIM HARMON...sb itu mmg dh standard lanun2 sedunia buat kerja...kirenye mcm SOP diaorg la kalo lanun tu cuma target 100% kargo kapal je...kalo lanun nk ransom...diaorg bawak lari kapal dgn krew2 skali terus...
Yg kapal siam ni...siap declare ada lanun hijack kt area kuantan...pulak tu lanun yg diaorg ckp tu amik separuh je dr kargo...agak2 la nk menipu pon...our radar never lies.... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kalau sebut lanun haaaaa yg mata tutup sebelah beserta tgn cangkuk.
skg? |
|
|
|
|
|
|
| |
|