CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 2

[Tempatan] Pembukaan hari pertama taman tema animasi MAPS meriah

[Copy link]
Post time 27-6-2017 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Pembukaan hari pertama taman tema animasi MAPS meriah
Diterbitkan pada Jun 26, 2017 21:02 MYT


Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama watak Boboiboy dan Yaya sempena pra-pembukaan Movie Animation Park Studio (MAPS) hari ini. --foto
BERNAMA

IPOH: Sambutan hari pertama pembukaan taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini hari ini, meriah.

Biarpun dibuka pada hari kedua Aidilfitri, namun taman tema yang ditunggu-tunggu pembukaannya itu telah mulai sesak seawal pukul 8 pagi lagi.

Menurut seorang pengunjung, Noor Mas Ayu Che Noor Rasek, 33, beliau amat gembira dapat meluangkan masa bersama anggota keluarganya di MAPS.

"Kami lima beranak datang sejak pukul 11 pagi tadi dan berpuas hati dengan permainan atau tarikan yang ada dalam MAPS ini. Walaupun ada beberapa tarikan belum dibuka kepada pengunjung namun setakat ini kami amat seronok," katanya ketika ditemui pemberita pada pra-pembukaan MAPS.

Bagi N. Murugan, 39, pula yang berasal dari Ipoh berkata beliau telah lama membeli tiket masuk kerana ia amat ditunggu-tunggu oleh anggota keluarganya.
"Kami datang awal untuk masuk ke sini, bagi saya tempat ini memang sangat seronok terutama kanak-kanak. Biarpun ada yang kata tiketnya mahal tapi bagi saya setelah bawa keluarga ke sini semua itu berbaloi," katanya.

Selain itu, menurut Dah Hock Phiao, 44, yang datang dari Sitiawan pula berasa amat berbangga negeri kelahirannya mempunyai satu tempat pelancongan yang bertaraf dunia.

"Sudah lama saya tunggu pembukaan MAPS ini, bila dikatakan dibuka hari ini saya sudah cakap dengan isteri saya mahu ke sini pada hari pembukaan.

"Jadi selepas datang saya rasa tempat ini memang menarik dan banyak tarikannya lain daripada taman tema yang ada di negara ini dan yang paling seronok tentunya kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, menurut Anggota Lembaga Pengarah MAPS Ramelle Ramli, pihaknya menjangkakan sehingga 7,000 pengunjung akan datang ke taman tema animasi itu sehingga ia ditutup pada pukul 10 malam ini.

"Semua tarikan sudah dibuka kecuali beberapa lagi masih di bawah percubaan teknikal.

"Kita juga memberi promosi istimewa kepada sesiapa yang membeli tiket pada hari ini atau minggu ini akan dapat satu tiket 'extra day pass' yang boleh digunakan hingga 30 Sept ini," katanya.

MAPS mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia termasuk Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi daripada Dreamworks.

Taman tema itu, yang dibina di kawasan seluas 21 hektar, dapat menerima kira-kira 8,000 kunjungan sehari.

Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Harga tiket sehingga 2 Julai ini ialah RM131 bagi orang dewasa manakala RM104 dikenakan untuk kanak-kanak pemegang MyKid dan warga emas.

Pada hari biasa, tiket MAPS bagi pemegang Mykad ialah RM148 manakala RM117 dikenakan untuk pemegang MyKid serta warga emas.

-- BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita ... -maps-meriah-147489

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2017 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay la. Ada banyak tempat main, macam2 la. Ala-ala Disneyland jugak. Tiket harga mcm tu dgn banyak benda nak main, sepadan la. Mahal lagi kat Times Square tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Td lalu dr belakang highway tu x nampak org pun ..ke arini tutup?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049043 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list