|
|
Nama penyampai Wan Kamarudin Wan Ibrahim, 47 bukan calang-calang dalam bidang pengacaraan dan juga penyampaian berita.
Meskipun telah meninggalkan bidang tersebut selama 12 tahun, namun auranya masih dapat dirasai.
Disebabkan itu, Wan Kamarudin dilamar untuk membuat kemunculan semula sebagai penyampai berita di TV Al Hijrah, seperti yang dipetik Sinar Harian.
“Saya dipelawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar. Dah lama tak baca berita, rasa lain juga.
“Insya-ALLAH, segala ilmu di dada akan dikongsi bersama. Satu kelainan yang membuatkan saya teruja untuk bersama Berita AlHijrah,” katanya.
 Foto: Berita Harian
Antara sebab mengapa figura ini bersetuju untuk kembali bersiaran di kaca TV adalah kerana stesen TV berkenaan dilihat sering memaparkan isu umat Islam.
“Ia dikupas secara mendalam dan telus bagi mendidik jiwa penonton secara ilmiah,” ujarnya lagi.
Bagi anda yang biasa dengan penyampaian Wan Kamarudin sebelum ini, pasti tidak dapat melupakan tagline 'apa kejadahnya'.
Kini, anda boleh menyaksikan semula Wan Kamarudin di kaca TV tepat jam 8 malam. - CARI
 Foto: Sinar Harian
|
|