CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 53379|Reply: 45

[Haiwan & Tumbuhan] Pokok Merunggai atau Kelor

[Copy link]
Post time 29-6-2017 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:04 PM

POKOK MERUNGGAI ATAU POKOK KELOR
Nama saintifik: Moringa oleifera

Pokok kelor, juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae. Lemunggai mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Ia berasal dari India.
[size=12.3704px]
Lenggai (pod) Kelor ("Moringa oleifera") di Panchkhal, Nepal



Pokok Kelor merupakan spesies ditanam secara meluas dalam genus Moringa, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa, pokok kayu dram (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil(dari minyak yang dihasilkan dari benihnya). Ia merupakan pokok cepat tumbuh, tahan kemarau tempatan di kaki bukit selatan Himalayas di barat laut India, dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran. Ia juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.

Ia boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) dan batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki).Kulit batang pokok Kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuhdan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnate.
Bunganya wangi dan biseksual, dikelilingi oleh lima kelopak kuning-putih tidak sama rata, dengan urat yang sedikit. Bunganya sekitar 1-1.5 cm (1/2 ") panjang dan 2.0 cm (3/4") lebar. Ia tumbuh di batang berbulu halus dalam kelompok tersebar atau merundup dengan kelompok bunga yang mempunyai panjang 10-25 cm.
Tempoh berbunga bermula selepas enam bulan mula ditanam. Di Kawasan musim sejuk, ia berbunga hanya sekali setahun yang berlaku antara April dan Jun. Dalam suhu bermusim berterusan dan dengan hujan berterusan, ia berbunga dua kali atau boleh sepanjang tahun.
Buahnya adalah lenggai bertantung, kapsul coklat tiga segi dengan saiz 20-45 cm perang gelap, yang mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.
Semasa penanaman, ia sering dicantas setiap tahun kepada 1-2 m (3-6 kaki) dan dibenarkan untuk tumbuhkan kembali agar buah dan daun kekal boleh dicapai dalam jangkauan lengan.
Tumbuhan ini mempunya nilai perubatan yang tinggi memandangkan ia tidak beracun dan tidak bertoksik. Di India, merunggai digunakan sebagai ubat untuk anti kanser dan menstabilkan tekanan darah tinggi selain daripada masakan.
Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Sementara daunnya digunakan sebagai penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan untuk mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka akan mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakannya untuk mengubati kelenjar yang bengkak dan orang Jawa menggunakannnya untuk mengubati sakit usus. Di kawasan Amerika Tengah terutama di Curacao, akar merunggai di cuci bersih dan cecair dalam akar dihisap dan ia dikatakan boleh menjadi penawar selesema. Di sesetengah negara lain, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga sebagai pelawas buang air besar.
Walau bagaimanapun, kegunaan merunggai sebagai bahan ubatan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kulit kayu merunggai mengandungi B-sitosterol dan beberapa jenis alkaloid. Daun segar yang dihancurkan dan disapu pada kulit jika berlebihan akan menyebabkan kulit berasa gatal dan di peringkat yang ekstrem boleh melecurkan kulit.

Khasiat Daun Merunggai

Mempunyai vitamin A yang lebih tinggi  daripada karot.
Mempunyai vitamin C yang lebih tinggi daripada limau
Mempunyai zat besi yang lebih tinggi daripada bayam
Mempunyai protein yang mudah untuk dihadam oleh perut.
Boleh digunakan dalam pelbagai resepi masakan: Masak lemak putih, masak air dan masak kari
Boleh disimpan kering tanpa menjejaskan khasiatnya

Buah Merunggai


Boleh dimasak seperti masakan daun merunggai
Biji merunggai boleh diekstrak untuk  sebagai bahan asas dalam minyak wangi yang dikenali sebagai BEN OIL.
Biji merunggai yang matang boleh dikisar menjadi debu dan digunakan untuk merawat air menggantikan aluminium sulphate, bertujuan untuk penapisan air, pemendakkan, anti-biosis etc.



Serbuk Merunggai daripada daun dan biji.




Masakan daripada Merunggai

Sayur air

Telur Goreng

Teh daun merunggai

Masak lemak


Kari buah Merunggai





Kegunaan lain:
Buah dan daun merunggai juga dikatakan berguna dalam istiadat kepercayaan tradisional iaitu dipercayai bagi menghalau hantu. Jika ada orang yang dirasuki hantu, kepalanya atau badannya disebat dengan merunggai segar untuk menghalau hantu keluar dari badan mangsa dan meninggalkan tempat itu. Juga dip4ercayai digunakan untuk mengubati santau.

sumber: wikipedia


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kari sedap ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh yg gulai btg munggai xdak ka..baru ku tau nama betui dia merunggai..mak aku masak gulai parpu .boh teluq n batang munggai ni laa..daun dia x penah lak masak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa yang sembelit tu, try masak daun merunggai ni buat sayur. Tumis macam sayur manis + telur. Makan macam tu saja. Tunggu 30 minit, confirm rasa lega ke toilet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Another name jugak ...drumstick...arwah ayah aku puny fevret buah dia campur dlm kari...ada member aku beli serbuk kering daun dia tabur dlm semua makanan..lg sedap dr matcha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2017 08:27 AM | Show all posts
alieyrina replied at 29-6-2017 10:56 PM
Eh yg gulai btg munggai xdak ka..baru ku tau nama betui dia merunggai..mak aku masak gulai parpu .bo ...

ada ada..dah tepek masak kari buah merunggai

saya pun dah pernah makan kari ni, sedap!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2017 08:34 AM | Show all posts
umah aku ada pokok ni..arwah mak tanam..xpnah mkn pun daun or buah pokok nie..jiran slalu dtg minta buah nie buat syur kari..
bila bca info nie..byk khasiat pokok nie.. thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 08:35 AM | Show all posts
biasanya orang india wajib tanam pokok ni kat rumah dorang
sayur dia aku makan la
buah tu kalau buat masak kari, kari aku makan
buah aku tolak tepi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2017 08:46 AM | Show all posts
masa aku ke lombok mkn ikan bakar tepi pantai.. tetiba nampak tuan kedai g petik daun kitaorg pun ckp jgn dia petik nak masak utk kita sudah lah sekali mmg betul, dia masak sayur air. baru tau nama daun ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2017 10:18 AM | Show all posts
rumah kt kmpg ada pokok ni...besa guna daun je buat telur dadar. sedap.

nenek aku meniaga daun n buah merunggai ni kt pasar laku gile
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang masak kari tu sedap. Masa kecik x berapa suka sgt. Dah besar dah tahu khasiat mkn juga lah. Byk juga khasiat yg lain pokok ni. Nice info.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dgr nama saintifiknye  tapi bukan nama melayu, kalau sng hidup, interesting ni utk buat kajian
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah,x sedar pun pokok ni ada byk khasiatnya..good info tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
weols panggil mungai..biasanya masak kari..
orang kata angin buah mungai ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelo (kay loh) ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Slh sorg abg sy ada mkn biji buah kelor ni yg jenis kering sbb katanya bole jg ksihatan, pjgkn umur n awet muda.sbb abg suka bgaul dgn org bangsa lain tmsuk india. Kwn abg ni umur da 75 tp fizikal n rupa mcm 50. bjalan pun steady je x mcm warga emas lain.Lgpun murah since x mkn supplement.

ade juga sy try mkn n rsnya sedikit pahit tp minum je air kosong,seluruh mulut akn rs manis sgt.esoknya mmg lancar sistem cerna sy. Tp sy x amalkn la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2017 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Daun munggai masak lemak buh keledek pon sedap oii lama tak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2017 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap dimasak sup dgn labu kuning. Didihkan air baru masukkan daunnya kemudian padam  api...boleh dibuat puding juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2017 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
buah munggai buat campur dlm dalca mmg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 09:41 AM | Show all posts
kat kampung banyak pokok ni
tak tahu pulak boleh makan daun dan buahnya
banyak khasiat pulak tu..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.589024 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list