CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 0

Anggota Parlimen DAP Diminta Memberi Tumpuan Kepada Masalah Serius

[Copy link]
Post time 2-7-2017 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 2-7-2017 02:06 PM

Setiausaha akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad meminta Anggota Parlimen DAP, Liew Chin Tong memberi tumpuan kepada “masalah serius” berhubung penggunaan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan malam ini, Tengku Sariffuddin turut menyatakan analisis anggota parlimen Kluang itu mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai “berita palsu”.

“Liew Chin Tong sepatutnya berhenti bercakap apa yang jelas berita palsu, bohong dan kepura-puraan tentang Kerajaan. Dia harus lebih prihatin terhadap masalah serius partinya, DAP.

“DAP tidak tahu sama ada mereka dibenarkan menggunakan logo roket mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Tengku Sarifuddin.

Tengku Sarifuddin berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menyedari kesahan jawatankuasa eksekutif pusat DAP.

Beliau juga mendakwa DAP tidak demokratik apabila memanipulasi pemilihan parti, manakala ‘Penang Official 1’ dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.

“Ini bermakna bahawa setiausaha agung DAP, Penang Official 1, tidak mempunyai kedudukan untuk sebarang kuasa dalam parti itu kerana dia tidak diiktiraf secara sah.

“Malah, kepimpinan DAP seluruhnya berada dalam ancaman dan boleh diisytiharkan sebagai haram kerana dakwaan manipulasi pemilihan mereka,” katanya.

Istilah “Penang Official 1” dicipta oleh Tengku Sarifuddin, merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia sebagai tindak balas terhadap gelaran “Malaysian Official 1”, yang didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai pihak yang menyelewengkan dana 1MDB.

Kenyataan Tengku Sarifuddin terhadap Liew berlaku sehari selepas Ketua Biro Pendidikan Politik DAP itu membuat analisis menakutkan mengenai kedudukan Najib, dengan mendakwa perdana menteri kini berada dalam keadaan yang lemah.

Pembantu perdana menteri itu berkata Liew dan rakan-rakannya perlu memberi tumpuan kepada hal dalaman DAP sendiri, seperti meminta “Penang Official 1” dan Lim Kit Siang meletak jawatan dan sebaliknya melantik Anggota Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw sebagai pemimpin baru parti itu.

“Kita sekarang berada di abad ke-21. Diktator adalah peninggalan masa lalu – walaupun pembangkang mendakwa bercakap untuk demokrasi, kini bukan satu tetapi dua diktator yang memimpinnya,” katanya.

– M’kini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.191742 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list