View: 58287|Reply: 148
|
[Haiwan & Tumbuhan]
Pokok Lemon Hidup Subur Di Kawasan Panas
[Copy link]
|
|
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:05 PM
Jalan-jalan di pasar dan terjumpa kedai tumbuhan jual pokok lemon. Saya tak yakin dan tanya taukeh tu betul ke boleh hidup di Malaysia ni? Katanya memang boleh sebab pokok lemon tahan panas. Saya cuba tanam dan memang subur, kali pertama berbuah, yang lekat cuma sebijik je Pergi balik ke kedai tu dan taukeh tu suruh guna ubat semburan untuk elakkan bunga gugur. Sekarang ada 13 biji atas pokok, bunga pun banyak lagi. Saya cadangkan bagi yang minat bercucuk tanam, cubalah
Baru nak kuning
Putik lemon
Bunga yang berkembangan
Tanaman Lemon
LIMAU LEMON (Citrus limon) adalah sejenis buah dari kumpulan Limau atau Citrus dari keluarga RUTACEAE yang digunakan sebagai sumber untuk vitamin C dalam minuman, makanan dan juga boleh diproses untuk pelbagai kegunaan lain.
Ramai orang Malaysia tidak pasti perbezaan antara Limau Nipis (Citurs aurantifolia) dengan Limau Lemon (Citrus limon) kerana nama dan buahnya mungkin macam serupa dan juga cara penggunaannya juga agak sama tujuannya. Limau Lemon lazimya mempunyai buah yang berwarna kuning apabila cukup masak dengan bentuk bulat bujur sementara limau nipis tetap hijau.
Keluasan tanaman limau lemon di Malaysia tidak dapat dipastikan keluasannya tetapi saya menganggarkan lingkungan 200-240 hektar CHE. Ini berdasarkan kepada keluasan keseluruhan tanaman limau di Malaysia seluas 4,200 kektar pada tahun 2010 dengan penghasilan sebanyak 18,620 mt (Sebahagian besar adalah limau manis). Artikel ini saya menulis mengenai teknologi penanaman limau nipis berdasarkann pembacaan dan pengalaman penulis selama 30 tahun dalam bidang agronomi.
Tumbuhan limau lemon seperti pokok limau yang lain merupakan pokok jenis saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan rimbun dengan ketinggian sehingga 5-7 meter. Daunnya berbentuk tirus dengan susunan bersilang berwarna hijau gelap.
Dahan terbentuk dengan merimbun dan menghasilkan kanopi yang seimbang. Bunga Limau Lemon mempunyai 3-6 kelopak yang berwarna putih dengan stamen dan stigma ditengahnya. Pendebungaan dijalankan oleh serangga dan bunga limon memang mengeluarkan nektar manis. Buah Limau Lemon berbentuk bulat bujur dengan mempunyai bucu buah yang unik dan ada bonjolan.
Buah lazimnya berwarna hijau pekat ketika muda dan bertukar kepada warna kuning kuat yang sangat menarik. Akar pokok mempunyai akar tunjang yang kukuh dan juga akar serabut.
Limau Lemon adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya sederhana besarl dan bulat bujur berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau keputihan atau kekuningan, berair tetapi masam. Kandungan pH atau kemasaman buah lemon lingkungan pH 2 - pH 3 iaitu sangat masam.
Tanaman ini sesuai ditanam dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Tanah yang sesuai adalah dari pelbagai jenis tanah tetapi didapati lebih subur ditanam di atas tanah jenis lom berpasir. Tanaman ini mesti ditanam dikawasan yang mempunyai saliran sempurna kerana ianya tidak tahan dengan banjir.
Limau Lemon senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Benih ini ada di jual di nurseri swasta dengan anggaran harga antara RM 5.00 - RM 12.00 sepokok bergantung kepada saiz pokok varieti. Jika anakbenih dibiak secara tut maka biasanya pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal iaitu 2-3 tahun berbanding dari biji benih hingga 4-5 tahun. Ini juga dapat mengelakkan serangan nematod dan Citrus Greening Disease yang perlu di elakkan pada peringkat awal lagi.
Pastikan membuat kajian awal mengenai kualiti anak benih tanaman agar sesuai ditanam. Sebaiknya dibuat busut atau batas penanaman jika kawasan kebun adalah tanah rendah seperti di atas bekas tanah sawah.Tanah baru di teroka perlu dibajak dulu dan berikan baja organik. Pemasangan sistem pengairan samaada sistem pengairan titis atau sistem renjis akan meningkatkan kesuburan tanaman.
Penanaman Limau Lemon di ladang dibuat dengan jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini iaitu 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organik atau organan ke dalam lubang. Baja CIRP atau MOP juga diberikan untuk menggalakkan pengakaran. Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Selain daripada itu pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu.
Kadar pembajaan awal yang disyorkan adalah sebanyak 30 - 40 kg/ pokok/ tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40 - 60 kg /pokok /tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.
Aktiviti Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah kritikal dan sangat perlu dilakukan. Pembentukkan dahan pokok dijalankan sejak peringkat awal dengan teliti agar pokok mempunyai dahan yang seimbang.
Potong menggunakan 'gunting atau scateurs' jika dahan bersaiz kecil atau 'gergaji cantasan' bagi dahan bersaiz besar. Kawalan rumpai dijalankan dari peringkat awal penanaman dimana bagi pokok-pokok muda dimana kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok.
Bila pokok sudah cukup besar dan matang kaedah kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai. Pastikan menyembur racun rumpai dengan kadar yang disyorkan. Elakkan menggunakan racun rumpai jenis sistemik.
Pembajaan pada pokok limau lemon penting dijalankan menggunakan dua jenis campuran baja kimia yang boleh digunakan iaitu Baja NPK jenis Baja Tumbesar iaitu NPK Mg (15:15:6:4) dan Baja Buah iaitu NPK Mg (12:12:17:2).
Cara membaja bagi baja tumbesaran dengan kadar yang diberikan sebanyak 0.3 kg/pokok ( Tahun 1), 0.5 kg/pokok (Tahun 2) dan sebanyak 1.0 kg sepokok (Tahun 3) dengan aplikasi 3 kali setahun. Bagi membaja dengan Baja Buah, kadar yang diberikan adalah sebanyak 1.5 kg/pokok (Tahun 4), 1.8 kg/pokok (Tahun 5) dan 2.0 kg (Tahun 6). Kadar pembajaan selepas 6 tahun keatas sebanyak 2.5 kg/pokok/tahun. Penggunaan baja foliar juga boleh diberi mengikut kesesuaian. Baja Kimia NPK di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.
Antara masalah serangan serangga dan perosak tanaman Limau Lemon adalah Penyakit CGD (Citrus Greening Disease), Penyakit Kanker Batang, Penyakit Antraknos (Buah dan Daun) yang perlu dikawal dengan cara bersepadu dan racun kimia. Serangga perosak adalah seperti Cengkerik, Cacing Nematod (Meloidogyne spp), Aphid, Koya, Semut dan sebagainya. Kawasan yang lembab, tanaman terlalu padant dan kurang di buat cantasan mudah di serang oleh musuh dan penyakit. Buah-buah yang masak dan gugur perlu di kutip dan di buang untuk elakkan menjadi perumah kepada perosak.
Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 12 -15 kg/pokok/tahun boleh diperolehi. Buah yang matang berwarna kuning cantik dan dipetik menggunakan pisau tajam dan dikumpulkan.
Bersihkan dan cuci (Jika kotor) dan buat pengreddan mengikut saiz dan buang buah yang cacat serta tidak unifom. Sebaiknya hantar kepada pembeli seberapa segera bagi mempastikan kesegarannya. Berat buah akan berkurangan jika disimpan agak lama. Buah limau Lemon tahan sehingga 10-14 hari dalam keadaan biasa dan lebih lama jika di simpan dlam bilik sejuk. Kajian dan pemerhatian penulis mendapati jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.
Jus limau lemon merupakan minuman yang paling sedap apa lagi kalau di sediakan dengan ais ketika tekak terlalu dahaga. Apa lagi kalau minuman dapat free... Minuman jus lemon yang dicampur dengan sedikit gula dan kadar kemasaman sederhana serta dihidangkan bersama sedikit keratan lazim di hidangkan di hotel lima bintang, restoran, jamuan makan VVIP dan sebagainya.
Minuman ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi dan juga asid citrik yang menyihatkan manusia. Limau Lemon ini juga digunakan sebagai buah untuk perubatan sama ada untuk perubatan tradisional atau perubatan moden. Diharap pada masa akan datang banyak lagi maklumat mengenai limau lemon untuk pengetahuan semua.
Sumber: http://animhosnan.blogspot.com/2011/04/limau-lemon.html
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 04:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
dok lalu rumah jiran masa kat sydney dulu geram tgk lemon dia penuh pokok, nampak buah ja tak nampak daun.. tak sangka kt malaysia pon boleh tanam |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 05:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
zawara replied at 2-7-2017 05:02 PM
dok lalu rumah jiran masa kat sydney dulu geram tgk lemon dia penuh pokok, nampak buah ja tak nampak ...
Boleh. Mula2 nmpk taukeh tu jual anak pokok lemon tu, rs x percaya boleh hidup. Tp dia beria suruh cuba tanam. Senang jugak nak hidup klu selalu dibaja & sembur ubat utk elak bunga gugur. Kali pertama berbunga, mmg byk sgt bunganya tp sebiji je buah yg lekat. Skrg ni byk buahnya |
|
|
|
|
|
|
|
lemon kulit dia bukan kuning ke? ke dah di melayukan jadi hijau. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 05:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-7-2017 05:13 PM
lemon kulit dia bukan kuning ke? ke dah di melayukan jadi hijau.
Dah masak baru kuning skrg ni ada sebiji je br nak kuning |
|
|
|
|
|
|
|
lah cmtu rupanya. maaf fikir sbb khatulistiwa dia tukar jd hijau.. kalau benih harum manis rogerlah kaka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 05:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-7-2017 05:29 PM
lah cmtu rupanya. maaf fikir sbb khatulistiwa dia tukar jd hijau.. kalau benih harum manis rogerla ...
Kat kawasan sy ni klu tanam mangga mesti byk ulat tp klu tanam jenis limau2 mmg menjadik. Klu limau kasturi sampai x larat nak petik |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu jenis lemon tu. tak fully kuning tp ada sikit hijau + kuning. baka tu boleh tanam kat iklim malaysia. tak tau nama saintifik dia sbb baru2 ni je ramai org mula tanam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AbukRokok at 2-7-2017 06:36 PM
dulu kat rumah nenek haku
ada tanam pokok limau purut..sama gak la kan limau purut dengan lemon?
pokoknya renek renek je
skrg dah xde lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 2-7-2017 04:42 PM
@sukacactus
Aduh!
Jelesnya tgk...banyak bunganya
Pokok iols rajin berdaun je
Dah boh baja tabur, baja spray dok camtu jg
Dah pangkas, buang daun sampai botak pun pernah
Skrg kurangkan siram plak nak tgk dia camna plak |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 2-7-2017 06:34 PM
dulu kat rumah nenek haku
ada tanam pokok limau purut..sama gak la kan limau purut dengan lemon?
p ...
Limau purut orang x buat makan kan?
Bukan x boleh makan, tapi limau purut xde jus. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 06:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sukacactus replied at 2-7-2017 06:40 PM
Aduh!
Jelesnya tgk...banyak bunganya
Pokok iols rajin berdaun je
Byk u bunganya...cuma dulu tak lekat. Tp i spray ubat tu menjadik pulak. Sll beli baja buah warna putih tu..nama x tau lak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 06:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
drivethru replied at 2-7-2017 06:41 PM
Limau purut orang x buat makan kan?
Bukan x boleh makan, tapi limau purut xde jus.
Haah..tp sll guna daun utk masak tomyam ke apa...sbb bau n rasa lg kuat dr daun limau biasa |
|
|
|
|
|
|
|
time kecik2 dulu ada je buat air limau dengan limau purut tu
selain limau2 tu digunakan ketika nenek berjumpa pawang
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 06:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tapayana replied at 2-7-2017 06:12 PM
ada satu jenis lemon tu. tak fully kuning tp ada sikit hijau + kuning. baka tu boleh tanam kat iklim ...
Yang sy tanam ni la kot? Tp tak tau gak nama saintifiknya |
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 2-7-2017 06:47 PM
Byk u bunganya...cuma dulu tak lekat. Tp i spray ubat tu menjadik pulak. Sll beli baja buah warna ...
Boleh share pic baja tu tak nnt JC?
Pokok citrus mmg pakai baja lain dr pokok biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-7-2017 06:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sukacactus replied at 2-7-2017 06:51 PM
Boleh share pic baja tu tak nnt JC?
Pokok citrus mmg pakai baja lain dr pokok biasa
Boleh nnt i share..tp klu pegi kedai tokeh tu i gtau je nak baja buah..dia kasi yg biji2 putih. Pastu ada serbuk kuning ni utk elak bunga gugur...klu nama saintifik ni i mmg x pernah tanya |
|
|
|
|
|
|
|
JeepersCreepers replied at 2-7-2017 06:54 PM
Boleh nnt i share..tp klu pegi kedai tokeh tu i gtau je nak baja buah..dia kasi yg biji2 putih. Pa ...
Tq JC
Skrg ni pakai baja serbuk putih hitam2
Tu la kan...nama mmg xtau
Apa org recommend, kita try sj la |
|
|
|
|
|
|
|
"When life gives you lemons, make lemonade"
btw sis, daun die mmg same dgn daun limau kan..yer la spieces same..tp bau die same jgk ke n blh ltk dlm masakan.. n lg satu nnt sis blh la cube tanam buah tin plak.. I tgk ade jgk org tanam n menjadi.. nnt boleh2 feeling2 kokesen buat salad buah tin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|