CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56441|Reply: 312

Anak derhaka acah2 anak jutawan

  [Copy link]
Post time 3-7-2017 04:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by geramkecewa at 4-7-2017 12:19 PM

Hi, I newbie dekat sini, I perlukan satu tempat untuk minta pendapat, dan I rasa macam malu nak tanya dekat rakan2, so I want to ask here to stay anon.

Benda ni berkaitan dengan my brother dan adik ipar i, dorang baru je berkahwin few months ago, akhir tahun lepas, adik i yang baru je grad, tiba2 nak kahwin tergesa2, of course la tak ada orang yang akan setuju sebab tak ada perancangan, tiba2 je nak bernikah. Sampai mama i gaduh dengan dia sampai tak mengaku anak, but adik lelaki i tetap berkeras. Actually silap my mom jugak, mulut tak mengaku anak, tp tangan menghulur, mana tak budak tu naik hantu. So my mom pon pergila meminang this girl, tengah2 malam tau, meminang koboi, time tu janji nak nikah mas kahwin 6000 je, dan hantaran chocolate dengan buah je. Kedengaran innocent la kn. My mom bagi adik I 10k untuk hantaran. Dia beli nya gelang tangan harga 6000, terperanjat la ktorang, hari tu janji mas kahwin, 6000, ini gelang je dah 6000. Sebelum tu my mom ada bagi adik i 15k + 6k+10k. Keluarga perempuan pandai sangat ambil kesempatan dalam masa yang kejap dan singkat, dari 6000 tiba2 jadi 6 angka, korang imagine, janji 6000, apesal tiba2 jadi 6 angka. hantaran yang kononya 6000 tu dah jadi 13000, dan macam2 barang hantaran handphone, jam, etc. Lepas tu banyak lagi yang dua ekor ni kikis sampai spend 6 angka. Untuk pengetahuan, adik i dgn pmpn tu tak kerja, duit 6 angka tu hard earn my mom, duit kwsp dia. Dia memberontak sgt nak kawin. Dari konon nak kahwin simple and biasa2 je, tiba2 jadi 6 angka. I macam terkejut tau, I suruh dia buat wedding proper, sbb I kesian dekat my mom takkan anak nak kahwin koboi, antara masa dia cakap nak kawin sampai ke tarikh majlis is around a month je, so semua persiapan last minute, tp macam2 lah peel nya sampai keluar 6 angka. I suruh dia spend dalam 10k je. Tapi i xtahu la apa yg bini dia hasut, sampai jadi banyak, I suruh buat majlis proper, i x suruh buat majlis mewah, beza kot proper dengan mewah.

I tak berapa suka dengan adik ipar I, salah satu nya waktu akad nikah, mas kahwin yang kami bagi tu x sampai pon 13 k, tp dia boleh tipu sebab nk up status dia, dekat imam, baru akad nikah, tak melompong my mom dgn i, yelah, kita takut nikah tak sah kan? I rasa dalam 10k je x silap. I da pelik, sebab ini nikah kot, pe salahnya kalo ko sebut rm100 pon, asalkan nikah, tp nak juga up2 sampai 13k. akad nikah je kot. time tu I diam lagik. lepas tu waktu majlis, ibu mertua my bro, besan my mom, siap berdoa, bila berdoa dia perli my mom kaw2, sbb my mom kan macam bebelah bahagi, yelah, kata hari tu 6000, ni sampai 6 angka, tak ke orang tua tu angin, dalam masa sebulan pulak tu habis, so lepas je besan dia doa, terus orang kat majlis tu pandang serong kt keluarga lelaki, semua orang macam berubah muka. Orang kahwin doakan kebaikkan, ini perli pulak besan yang dah keluarkan duit. Family perempuan tu pulak susah, dan boleh kata mostly ktorang yang tanggung, adik i dengan perempuan tu mana ada duit, family orang tu pon bukan berduit sangat. I even suspect adik I guna duit my mom support family sana. Banyak la kisahnya tp malas nk go into detail.

Lepas je wedding, adik i borak dgn i kt luar, dia kata kesian la family in law dia, sampai tak tidur rebus telur sebab mama nak telur rebus, act majlis tu kan tergesa2, so rebus telur tak ada dlm plan, tp biasalah majlis kahwin, biasalah tak tidur kan, I macam dah pelik, yang dia nampak mertua dia dgn bini je yang betul, my mom yang keluar 6 angka ni dia buat tak nampak je. And then adik i pernah ckp dkt i something, waktu my mom tak nak terima this girl, dia kata my mom la yg kena ambil hati sebab kita nak ambil anak orang. I macam terperanjat, patut ko dah tahu mak ko tak terima that girl, ptt girl tu lah yg ambil hati, girl tu adalah buat percubaan ambil hati my mom dgn bagi my mom pinggan yang hodoh gila, dan beli perfume. Tapi point dia my brother suruh ambil hati menantu.

Lepas je kahwin, my mom bagi adik i, 20000, berapa minggu je habis, i terkejut la, wedding punya lah habis banyak, ini 20000 ko abes dlm masa 2 bulan je. 20000 ni duit untuk lepas kahwin. I pelik sgt sbb kenapa nak bermewah macamni, korang ni tak ada kerja, yg keluarkan duit my mom, sebab my brother janji nak kerja betul2, time pass, sampai setengah tahun pon tak kerja, keep mintak duit kt my mom.

So i bgtau la intro pasal adik i, adik i ni budak baik, pandai, dr kecik x pernah buat masalah, ada cita2 tinggi sebab tu smpi belajar dkt oversea. belajar pon top uni dkt luar negara. so i nampak dia budak cerdik, until everything jadi terbalik since perempuan ni. adik i ada je ex lain. bila dgn perempuan ni dia jadi bodoh. macamana i kata pelik, dia belajar tinggi2, bila dengan ex gf, still mcm biasa la, ambitious, bila kwn dgn pmpn ni tiba2 kata nak kerja biasa2 pon xpe, kerja biasa2 i maksudkn bukan kerja exec ye, kerja biasa2 mcm kuli pon xpe, ni i nak highlight kan sangat, dia kata as long boleh pergi kerja naik kereta sama2 ngn bini. i rasa macam nak pitam bila dengar, dia nak kerja dengan bini, sebab tu dah lebih stengah tahun tak dpt kerja, sebab nak duduk berkepit dengan bini. I rasa macam tak logic tau, budak pandai kot.ok, tu satu.

Dua, adik i kan tak kerja, sewa rumah mahal, rumah landed, full furnish, i pelik la, kenapa x sewa je rumah biasa2 kn. Dua2 bukan kerja pon. Sebulan sewa mahal sgt, i nak sebut pon bunyi tak logic, adik i x kerja, tp nak berkira2 beli kereta baru la, apa lah, tapi point nya sekarang, dia gunakan duit kwsp my mom, hard earn money my mom tok mewahkan bini, i pelik sebab ko dah lah baru kahwin, ko kerja pon takde, sebok nak beli kereta, sebok sewa rumah mahal2, besar2, full furnish landed, and sebok mewahkan bini. I was shock. Dia boleh kata apa kt i, kahwin dia habis RM20000 je, i pelik la, duit lepas kahwin yang mama bagi RM 20000 pon boleh habis in 2 months, ko nak kata habis majlis ko RM20000 je, hantaran ko pon dah berapa, time tu i dah pelik, before ni i tak bising tau, kahwin habis 6 angka, i diam lagi, tapi RM20000 ko habis 2 bulan, ko sedar tak duit tu banyak yang ko habiskan dalam masa yang sangat singkat, sedangkan sebelum kahwin sampai habis kahwin, sampai lepas kahwin beratus ribu dah habis.

So I dah start mengamuk kt dia, dengan my mom, apa ni, dah bagi RM 20000, mintak lagi berapa ribu, ko tu baru kahwin, plus my mom dah habis 6 angka sebab ko. FYI, my brother ni anak kesayangan, and the only guy, so dia memang manja, plus dia kan budak baik dari kecik, mana ktorang boleh expect sebab perempuan dia boleh jadi bodoh sangat..

So tahun ni, waktu raya, my mom termenung, baju raya tak ada, makanan raya pon simple sangat, in fact ktorang tak berapa sambut, sebab duit berhabis, dia janji kan nak kahwin supaya dia boleh kerja, ni habuk tak ada sampai sekarang, ktorang ada expectation tinggi lah, belajar top uni dkt luar negara, kalo sebut kt msia ni semua orang tau, mmg universiti famous, anak harapan, faham tak tiba2 jadi seorang yang hilang akal semata2 perempuan. Mana nya tak hilang akal, ko dah grad dr universiti ternama, ko nak kerja kuli je asal berkepit dengan bini, ko spend duit mama macam air tanpa rasa bersalah sikit pon, and ko indenial ko buat apa2 salah.

So, lately ni my mom makin tak ada duit, yelah, korang boleh imagine kan, anak kesayangan mewah dengan status menganggurnya, so tiba2 this girl cakap nak sambung belajar, i pelik tau, family perempuan tu sangat susah, majlis buat sekali je,adik i x kerja, duit my mom makin habis, siapa nak tanggung? So my mcm mengamuk la, janji dulu nak kerja la apa lah, igatkan mama ni cop duit. Adik siap boleh tanya kereta my mom, my mom ada 2 kereta, 1 kereta baru, and 1 kereta lama, my mom mengamuk, dah lah habis duit ko kerjakan, ini nak rembat pulak kereta my mom, so dorang pon macam tak berbaiklah.

And then adik I pon hantar message berkajang2 ckp yg dia tak nak pon duit, harta my mom, hello, ko cakap ko tak nak, yang selama ni ko guna duit my mom macam air tok mewahkan bini boleh pulak? Banyak la penipuan dalam message tu, dah perempuan tu confess dekat my mom yang dia tak boleh kerja sebab dia ada penyakit TB. I was like ko dah tahu ko ada penyakit TB selama ni, ptt la selalu nampak sakit, and ko tak de bagitahu kami apa2? kalo kami ni kena jangkit pon ko x kisah? tok pengetahuan penyakit TB ni senang sgt berjangkit. I was shock.

Kalau duit, kami boleh cari, InsyaAllah, tp ko ni boleh pulak ada TB lepas tu kahwin, dia dah mmg lama ada TB, lepas tu mingle2 dgn kami? I sampai mengeletar, apa ni. Hello, kalau ko nak sambung belajar pon uni suruh ko rehat 2 sem tau, setahun, ini, dengan ko sakit, ko kahwin, sah2 la adik i pon jangkit, i pon rasa maybe penyakit tb ni da jangkit dekat otak dia sebab tu cognitive function dia macam orang tak ada akal. Yelah, grad luar negara, top uni nak kerja jadi kuli asalkan pergi kerja naik kereta sama bini, pitam, cerita macam tak logik kan, tapi this is what really happen.

So, I dengan my mom rasa tertipu sangat, my brother ugut dekat my mom nak kahwin, dengan perempuan yang tak ada apa yang baik pon, nak kata cantik, x, nak kata kaya pon x, nak kata kan pandai, adik i makin bodoh sejak kawan dengan dia. maybe yelah jugak pandai, sebab tu pandai mengikis harta mertua, sikit sikit.

Sampai sekarang adik i still backup bini dia, tak nampak apa salah dia, tak rasa dia gunakan harta my mom pon, dari message dia, padahal semua ditaburkan, padahal orang tua dah bergolok bergadai, apa pon tak nampak, yang dia nampak bini dia jugak baik, padahal penipu.

I dengan my mom memang cop adik ipar dengan family dia menipu, bayangkan macamana dari 6000 tiba2 jadi 6 angka, pandai sangat dorang ni, and perempuan jenis apa menipu tok imam? sebenarnya dalam 10k je tp nak up2 diri? akad nikah kot, ko sedar x akad nikah? tp ktorang suspect dia mintak balance tu kt adik i, adik i kan act macam anak jutawan, padahal tak pon. Boleh je sebut akad nikah 1000 pon, awat nak akad nikah smpai 13000!!!

Adik i tak sedar, sampai sekarang, yang perempuan tu aniaya kami, bukan je duit, yang tiba2 ada TB baru bgtau, ke ko nak bagi mertua ko mati cepat?

This girl is cunning and freaking manipulative!!! So i bgtau serba sikit pasal dia, dia pakai tudung labuh, pandai baca quran, ex sekolah agama, cakap lembut je, tp kalo akad nikah pon ko nak bangga2 diri, apa benda ko ni? lepas tu i perasan tau, family dia dengan dia tak boleh tgk orang lebih, and why boleh spend sampai 6000, family dia kan biasa2 je, time majlis sewa homestay, semalam je tahan, lepas tu malam seterusnya sewa service apartment x silap for seminggu rasanya, duit siapa kan? lepas tu bukan nak cakap apa, dia perhati beg i, barang2 i, dia kata dia x pakai barang branded pon, pastu adik i punya la bangga isteri dia tu jenis tak pakai barang branded, yeah right.

So sekarang ni, i dengan my mom rasa tertipu, duit habis 6 angka dah, my brother in denial hantar message kata dia tak hingin pon harta mama, dia boleh cari sendiri, hoi, yang ko kawin, yang ko dpt duit lepas kahwin tu duit siapa? Duit mama aku kan, nak habis ko kikis, baru ko cakap tak hingin kan. Dia boleh tanya2 kereta my mom, tp lepas my mom mengamuk dia boleh ckp dia tak hingin pon kereta tu, yeah right, buat apa ko tanya pasal tu, isteri dia ada TB, and of course la TB ni senang berjangkit. Dulu aku ingatkan masalah duit je, rupanya sekali package dengan penyakit.

So sekarang i dengan my mom cadang nak boikot adik i sampai dorang sihat, sampai dorang berubah, patut tak tindakan kami ni? kejam ke? tapi yang dia kejam dengan my mom dia pura2 tak nampak? Tolonglah bagitahu apa yg i terlepas pandang sampai adik I macam orang tak betul. Yelah, belajar pandai, nak kerja kuli, ni dah maybe kena Tibi jugak, mana company yang akan terima? Duit my mom dah almost habis dia kerjakan. I suruh dia business online je.

My mom still cakap elok2 dengan dia even tak nak jumpa dia dah. I dah maki dia berbulan2 since after kahwin, sebab u see, good cop, bad cop supaya dia sedar. And langsung tak ada any tanda yang dia tu waras. Yang asik dia fikir, bini, bini, bini.

Tok pengetahuan, perempuan tu tak ada kawan sgt pon, berkepit dengan adik i je, dorang sama2 belajar dekat luar negara, tp perempuan tu pemikiran kampung. So bila pemikiran kampung ni, dia boleh hasut adik i, tak perlu improve diri, kerja kuli je, kenapa i cakap dia yang cucuk, sebab adik i tak macam ni. Adik i sorang je kata perempuan ni baik. I tak nampak mana baiknya, mana eloknya, kecuali part dia pandai baca Quran, pandai agama, but sikap dia, serious i tak faham. Waktu kahwin dia, i memang ada tunjuk i tak suka, tipu iman, nak up2, berlagak, jenis tak boleh tengok orang lebih, banyak, so lepas dia kahwin, i hantar message biasa2 adik i x balas pon, i suspect pmpn tu da cucuk2, lama2 i hantar message dr biasa2 terus maki hamun, sbb ko terus buang kakak ko sebab bini ko ye.

Ini sekarang ni dia tgh pujuk my mom through, nak kasih sayang my mom la, my mom xnk bgi dia dtg rumah dah, hello, ko selama ni boleh jadi senang, anak yang taat, tapi jadi bengap sebab perempuan. sgp ugut2 mama semata2 nk kawin dgn perempuan penipu. Adik i tak nampak semua tu, tak nampak yang bini dia kaki mengikis, ambil kesempatan, kuat menipu, and etc, yang dia nampak bini dia juga angel.

I nak mintak pendapat sangat, apa I patut buat, I tak nak adik I berterusan menderhaka macamni, sanggup biar mama tu tak makan semata2 nak mewahkan bini, habiskan duit orang tua tu, lepas tu claim tak nak harta mama la, yelah, dah abes ko kerjakan. Sampai orang tua tu plan nak berniaga pulak. Dia indenial, sampai sekarang dia kata dia tak habiskan duit my mom, I rasa salah satu punca, budak2 muda zaman sekarang kan sebok nak mewahkan bini, inilah salah satu contoh relationship goal yang bergadai tok bini, i x kisah tau adik i nak bergolok bergadai tok bini, but cari duit sendiri!!! Ini duit mama ko, ko ambik ko salur kat bini




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2017 04:34 AM | Show all posts
Salah satu I x boleh nak terima bila my brother siap hantar list berapa keluarga perempuan habiskan, majliskan sekali je, Tak sampai 3000 pon, my mom spend 6 angka tak hantar pon list berapa dia keluar dekat my brother.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 04:49 AM | Show all posts
kerja kuli yg dia maksudkan, kerja MCD, kerja 7E, asalkn pergi kerja sama bini. I tak hina tau kerja kuli pon as long halal, tp adik I ni belajar universiti terkemuka dunia, pelajar cemerlang, ambitious, tiba2 kawan dengan perempuan ni, tak payah improve diri, kerja kuli, macam bodoh sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 04:52 AM | Show all posts
I tak tahu lah apa yang jadi kat dia, sampaikan sanggup nak sakit TB sama2 dengan bini, macam merajakan bini sangat, boleh kahwin, tunggulah sihat setahun dua, i suspect dia tak makan ubat, i suspect makan ubat kampung je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 04:56 AM | Show all posts
I nak cerita dekat orang pon malu, yelah, budak pandai, cerdik, tiba2 jadi lagu ni, lepas tu I tuduh la ko ni nak gadai rumah mama ke? reason dia sebab dia mana ada kerja, spend mewah, my mom punya duit dah susut, maybe boleh survive setahun dua, kalo tak ada apa2 jadi, kalo ada apa2 jadi macamana? Nak kerja apa dengan bini ada TB, adik I confirm pon kena sekali sebab TB ni senang berjangkit? company mana nak terima? ko kalo dah plan nak menganggur, boleh tak jangan spend duit macam air? penipu, macam tulah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 05:00 AM | Show all posts
I betul2 perlukan pendapat, apa patut i buat dengan adik i ni? dua2 cakap elok2, manis je, lembut je, tapi sikit2 dia pergunakan mama i, kami plan nak boikot je dua2 ni, pandai2 la nk hidup, tu yang bila kena gertak, of course, mama i kan sumber kewangan dorang dua yang berlagak macam anak jutawan. Tiba2 si adik ipar baru nak mengaku ada TB sebab tu tak boleh kerja. Tiba2 adik i hantar message berkajang2 perlukan kn kasih ibu. Message nya elok je bunyi, bunyi je la elok.

Family besan tu mmg nampak baik, nampak alim, sekali la dgn adik ipar i, tp boleh fikir kot, alim apa nya kalo melekat dgn adik i macam sesumpah, ambil kesempatan, cunning, manipulative, ni baru je berapa bulan sgt kahwin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2017 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp emak kamu bodoh sgt keluarkan duit epf dia untuk perkahwinan adik kamu. Lainle kalau kecemasan cth duit perubatan untuk adik sakit ke ape.  Pasal kawin ni kotey dia dan burit perempuan tu yg gatal terpakse emak kamu berkorban duit dia.  Keluarge perempuan tu x keluarkan duit satu sen pun untuk anak betine mrk.  Ape mak kamu ibu tunggal ke sampai org boleh pijak2 tanpe hormat termasuk anak sendiri
Aku pulek panas hati bace peel perempuan tu dan adik kamu :zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 05:07 AM | Show all posts
Maybe salah my mom jugak manjakan anak, tp kami x sangka pulak budak yg baik jdk mcmni, yg my mom menyesal hantar belajar oversea, orang tu dah bergolak bergadai hantar ko belajar oversea, kahwin kan dia, habuk tak ada, yg dia fikir bini, yg dia fikir bini, tak habis2 bini, dia indenial, but we all can see his priority.

Orang syg mama ke ambil duit mama mewahkan bini? sampai orang tu nak raya pon tak ada duit, ada lah duit nya sikit, tp dia fikir duit makan hari2 dr tok beraya. Ini pon mcm tengah hint2 perlukan duit dalam RM60000, kalo my mom jutawan i xkisah tau, my mom ni nk kata susah tak lah, tp duit tu dia ptt boleh spend tok diri dia, tp anak dia yg feeling jutawan ni spend mcm no body business.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2017 05:11 AM | Show all posts
sebu1 replied at 3-7-2017 05:06 AM
Knp emak kamu bodoh sgt keluarkan duit epf dia untuk perkahwinan adik kamu. Lainle kalau kecemasan ...

Yes, my mom ibu tunggal, i pelik tau dengan adik i, my mom bergolak bergadai besarkan kami berdua sampai cemerlang pelajaran, macamni dia balas!!! Anak tak sedar diri betul!! Anak kesayangan, anak lelaki tunggal, anak harapan keluarga, my mom memang aspect anak ni lah yang akan jaga dia bila dia tua nanti, rupanya menghabiskan beras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 05:14 AM | Show all posts
sebu1 replied at 3-7-2017 05:06 AM
Knp emak kamu bodoh sgt keluarkan duit epf dia untuk perkahwinan adik kamu. Lainle kalau kecemasan ...

Yang I geram, dia dah buat macam2, tp dia x rasa bersalah sikit pon, dr message dia nampak yg dia indenial sgt, tu pon hantar msg mengelabah sbb my mom tak nak jumpa dorang da, kalo my mom tak ada harta lagi, rasanya dah tak pedulik pon, sebab adik tu mcm bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
geramkecewa replied at 3-7-2017 05:11 AM
Yes, my mom ibu tunggal, i pelik tau dengan adik i, my mom bergolak bergadai besarkan kami berdua  ...

Duit tu untuk hari tua mak kamu sepatutnye.  Kamu bygkan tetibe mak kamu sakit yg perlukan duit yg byk untuk selamatkan nyawanya. Mane mak kamu nk cari .Dari cerite kamu mak kamu dah berhabis simpanan sampai raye pun x cukup duit.  Lepas ni pedulikan adik kamu dah.  Dia patut pikir siape yg lebih penting dlm hidupnye selame ni. Bini ni x kekal sb kalau nasib x baik boleh cerai berai dan akan putus jue tapi family mak xkan putus sampai mati pun hubungan tu :zz
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
geramkecewa replied at 3-7-2017 04:52 AM
I tak tahu lah apa yang jadi kat dia, sampaikan sanggup nak sakit TB sama2 dengan bini, macam meraja ...

   .sakit bahaye tu. Boleh berjangkit
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
geramkecewa replied at 3-7-2017 05:07 AM
Maybe salah my mom jugak manjakan anak, tp kami x sangka pulak budak yg baik jdk mcmni, yg my mom me ...

Mule 10k, pastu 13k then mak kamu bg lg 20k.  Ni nak 60k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 05:27 AM | Show all posts
sebu1 replied at 3-7-2017 05:18 AM
Duit tu untuk hari tua mak kamu sepatutnye.  Kamu bygkan tetibe mak kamu sakit yg perlukan duit yg ...

Kami nak buat bodoh je, tp dia keep buat ayat kesian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 05:28 AM | Show all posts
sebu1 replied at 3-7-2017 05:26 AM
Mule 10k, pastu 13k then mak kamu bg lg 20k.  Ni nak 60k

act dah habis 6 angka, bukan yg i mention tu je, banyak mintak dalam belas ribu, puluh ribu, total ratus ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
geramkecewa replied at 3-7-2017 05:28 AM
act dah habis 6 angka, bukan yg i mention tu je, banyak mintak dalam belas ribu, puluh ribu, total ...

Entah2 untuk mertua dia sekali.  Silap mak kamu treat adik kamu gini sb sampai bile2 sampai ke tua dia akan meminte bantuan dari mak kamu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2017 05:53 AM | Show all posts
Edited by geramkecewa at 3-7-2017 05:57 AM
sebu1 replied at 3-7-2017 05:31 AM
Entah2 untuk mertua dia sekali.  Silap mak kamu treat adik kamu gini sb sampai bile2 sampai ke tua ...

yes, mmg ktorang suspect sbb in law dia susah, sampai hati dia buat mcm tu, tp yang i pelik, budak cerdik buat lagu ni, dah la sampai skrg tak rasa salah, bukan mat rempit ke, bukan budak takde pelajaran, ni sebok cakap nak cari harta sendiri, hello, yang selama ko menganggur ni ko tarah duit mama ko tak fikir ke? heran betul, dah nak habis ko tarah, ada hint2 nak minta 60000 pulak tu, yang i heran jumlah dia minta pon sama macam jumlah VSS yang my mom dapat, heran binti ajaib kan, my mom patut kerja berapa bulan je lagi, tp berhenti awal sikit, tu pon nak dikekahnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
geramkecewa replied at 3-7-2017 04:23 AM
Hi, I newbie dekat sini, I perlukan satu tempat untuk minta pendapat, dan I rasa macam malu nak tany ...

Eh. Mcm sama plak cerita kita. My mom pon mmg akan lebih kan the only son in the family. Nak wat cmane kan, it's Asian culture. The P is always more valuable than the V  

Anywho, before I commented further on, both your brother and sister-in-law ni grad apa ye? Dh 6 bulan tak kerja; musykil plak I.

And maaf cakapla, set2 tudung labuh ni dia punya damsel in distress game mmg 1st class.

I agree with the idea of ostracising them for a bit. Cut all their resources. Baru dia tau langit tu tggi ke rendah. Ask the SIL and your brother to get cured first. Then you guys will talk. But for this method to work, your mom kena hati kering la
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa tak perlu nak salahkan pompuan semata. Kita ni kenalah pandai. I pernah come across org gini. Keluarga salahkan perempuan. Padahal anak jantan dia pun sama naik. Depa ni nak senangkan diri je. So kalau kena nangis merintih hiba utk dapatkan duit they will do it. Utk break rhe viscious cycle, ur mother has to put a stop. Kalau di bk kerja kuli pun it is his life. Ur mom has done her duties. Now it is for her to take care of herself. Tak pyh nak worry. Nasihat saya kalau dua malaun tu nak terjun dalam black hole. Biar depa je terjun. Ramai yg tak nampak concept enabler ni. Your mom sebenarnya sudah jadi enabler and sekarang dah jerut diri sendiri. Sounds like serious. Klau target habis rm10k pastu sampai habis ratus ribu. Takkan msa menginjak ke rm20k tapi tak sedar masa tu. Nak tunggu ratus ribu habis baru nak sedar. Tak boleh salahkan opportunist or org jahat. Kita ni kenalah sedar dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu rasa bersalah utk buat benda yg betul. Kalau dia merintih menangis biarkn saja. Sekarang ada atm machine free (ur mother) apa susahkan. Bila dah susah sendiri nanti pepandai lah dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.078629 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list